Friday, December 4, 2009

musim meronggeng attempt 1.



"Nama saya Rain".

(=_=)"



Sumpah menyampah gila tengok iklan ini. Rasa macam nak sepak-sepak saja si mamat hujan ini. Nasiblah kau jauh-gila-berpuluh-juta-kilometer sehingga niat untuk menyepak kau tidak kesampaian. Walaupun kau agak menyampah di situ tapi kau tidak menyampah di dalam cerita Ninja Assasin. Ya, kau sangat bergaya di sini. Mungkin sebab kau hero cerita ini kot. OK, sebenarnya aku ingin mereview cerita Ninja Assasin sahaja. Tah macam mana boleh terkutuk pula si mamat hujan ini. Ajaib betol.(-_-)"




Hiyarghhh...mari baca review Kz!!!



Cerita Ninja Assasin mengisahkan tentang Rogue Ninja(si mamat hujan tu la) yang ingin membalas dendam terhadap ketua puak ninja Onuzu kerana telah membunuh kekasihnya(juga seorang rogue ninja). Dalam keadaan Rogue Ninja ini ingin membalas dendam, dia pula diburu oleh ketua puak ninja ini. Ironi kan? Main kejar-kejar pula. Jika kamu ingin tahu apa kesudahan cerita ini, pergilah ke kaunter tiket wayang lalu beli dua tiket seat belakang dan beri pada saya satu. Terima kasih in advance.





Huh..terserlah gila ke-rogue-an kau itu, katang pula tu. Ni yang buat aku rasa ingin pergi ke gym ni. *bersemangat*


Storyline cerita ini pantas dan mudah untuk difahami. Dari awal hingga akhir cerita ini penuh dengan aksi-aksi bertarung yang hebat kalah cerita pepaya-man slot Aksi TV3. Memang sesuailah cerita ini dikategorikan 18SG kerana keganasan dan kekejaman babak-babak pertarungan dalam cerita ini boleh menyebabkan penonton menyumpah-nyumpah si tukang bunuh. Mungkin sebab inilah penonton bawah umur 18tahun tidak dibenarkan menonton, dikhuatiri akan terpengaruh dengan anasir negatif yang diberikan penonton lain seperti mencarut(ek eleh). Rating yang aku berikan ialah 4 bintang. Jadi kalian semua, selamat membeli dua tiket wayang dan memberi pada saya satu. *)


3 comments:

aideeb said...

ko jgn kutuk buah hati aku tuh...hahaha...(lebih nyaman menikmati suasana rain kat luar tuh)

Panorama Ria said...

hehehehehe. kan best klu kz jd hero! XD

kzklub said...

@dib haha..aku sengaja kutuk buah hati pujaan ramai tu, sesuailah dengan tema blog ini "banyakkan bebelan, tingkatkan kontroversi". hehe

@shuk memang best. sambil bertarung sambil berblogging. (gila macam sivaji-the-boss) haha..