Monday, November 30, 2009

bak datang

bangun pagi, gosok gigi, cuca muka sekali, makan roti, minum kopi, pergi sekolah tak mandi.

Eh rasa-rasa macam dah ternyanyi lagu zaman kanak-kanak dulu lah. zaman kanak-kanak dulukan, aku malas membaca tau. Sekarang dah terbawak-bawak tabiat ni. Ini terbukti kerana apabila aku buka sahaja buku yang penuh dengan tulisan pasti aku akan menguap seperti singa laut. Kuat tapi merdu. Haha.



comel kan? aww~ =)
eh ini badak. hantam sajalah. siapa peduli.



Macam mana aku nak jadi rajin membaca ha? Korang ade tips tak. Sedekah la sikit. Sedekah itu amal jariah yang mulia tahu tak.

Saturday, November 28, 2009

taman permainan

rasanya nak blog sesuatu tapi tak tau nak type ape. tapi rasa macam kene blog sesuatu. tapi nak blog pasal apa eh? banyak pulak tapi² nih. ok, jap jap.. nak fikir nak blog pasal ape....... (tapi tapi tapi tapi tapi...)




masih berfikir.....(tapi tapi tapi..)




berfikir lagi..(tapi tapi..)



dan lagi...(tapi..)


dan lagi..



ahh..dah dah..


haa..nak citer pasal port main(taman permainan) untuk kanak² riang seperti saya(sila beri saya sekotak ribena perisa anggur lemon sekarang, terima kasih) =) . kat mana port tu? kat IKANO power centre lah. kat mana pulak IKANO power centre tu? (nama panjang sangat lah IKANO cukup). IKANO ni terletak kat Mutiara Damansara, dekat je ngan rumah kira² 15menit camtu sampai dah tapi sebab traffic jam skit jadi up skit jadi 20menit.

kat IKANO ni memang best tau sebab macam² ada(alah.. macam pakcik ASTRO cakap tu). tempat ni bertambah-tambahlah bestnye bile ia menjadi taman permainan saya. mari kita lihat sedikit bibit² keseronokan ketika berada di sana.




ambience tempat makan yang mengkagumkan plus berposing sebelum makan adalah sangat bergaya. 8D




gaya muncung beruk semasa makan adalah tidak cool lansung. tapi makanannya sedap² tau. swedish gitu(eleh~).




kan dah cakap best gila. siap bole santai² lagi lepas makan. selesa wa cakap lu~




tengok lampu dia tu, macam permainan kan. gambo ni macam video klip bola² api achik spin ngan nana kan?
bola² api, yang dulunya kecil~ *nyanyi*



mari nyanyi bersama mr. froggy sekali.
~bola² api.. lalala~~




lepas nyanyi², masa untuk study pula. ok kamaruzaman, study ABC sekarang.
A B C D E F G HUJAN X Y W Z. habis.



oppss..salah. ni kat times square ni. (wat profile picture fesbuk cara nih)




okeh. lepas main² boleh terus melepak di kawasan air terjun yang nyaman. ehek..tipu je :P . ternyata ini bukan di IKANO. tapi lawakan tempat ni. plus ade jenggo berposing yang kiut² gitu(ahaks). ni kat jerankang, pahang. tempat ni pon best best best best best jugak.



tengoklah air terjunnya yang memukau tu. ada pulak kamaruzaman tabah di situ. memang hensemlah. ahaha..

ok bye. =)

Wednesday, November 25, 2009

ada apa dengan Nuang?

wokey, setelah sekian lama aku tunggu untuk post cerita² di gunung nuang, selangor. kini tibalah masanya. hiyahhh!(bersemangat macam atromen). mari kita tengok ada apa dengan Nuang?


pegi dengan bas sekolah cukup.


posing standard apabila beramai-ramai.


bergambo sebelum sampai camp site adalah wajib.


landmark campsite kami (kem Lolo).


Apek memang suka bau khemah orang lain.


kitaorang naik sampai kem pacat je.


aksi cucuk² hidung.


aku baru perasan. banyak betol gambo apek nih.


posing mesti tak nak kalah beb.


model teh lipton 1.


model teh lipton 2. sila vote model kegemaran anda sekarang.


gelongsor.


akak ni suka main gelongsor² gamaknya.


comel kan mereka berdua ni.




makanan ruji kami di sana.


bye..nak balik dah.

by the way, kami tak sampai puncak pon. tetapi tetap puas hati jugalah. lain kali pasti mahu pergi lagi. seronok tau. boleh main gelongsor² macam akak tadi. hehe.

harap maaf.

kepada rakan² yang memang takde harapan terus nak update blog anda, (panjang gila. biasa macam kepada saudara/saudari je)

dengan ini saya memohon maaf kepada saudara/saudari kerana telah membuang link ke blog anda di dalam senarai blog list(geng bas sekolah) saya. tujuan saya berbuat demikian adalah untuk mengemas kini blog saya. segala kesulitan amat dikesali.

(amik kau. skema gila. haha)

Wednesday, November 18, 2009

program minggu ini

ney ney ney..insyaAllah sabtu ini aku dan rakan² akan ke gunung nuang untuk melakukan satu aktiviti mendaki yang mencabar kononnya. huu..bapak gaban atromen satria baja hitam dan dash yankuro terujanya aku ini. *nama superhero tersebut adalah untuk menunjukkan teruja tahap maximum*. biasalah, dah lama tak melakukan aktiviti seperti ini, rindu pula.


kat gunung nuang la ni.
picture credited to mind-fields-ahead.blogspot.com

oh, bercakap tentang aktiviti mendaki ni aku teringat pula masa mula² dipaksa rakan² menyertai mereka bercamping di dalam dalam dalam dan dalam lagi di sebuah hutan di kemensah. ku sudah menarik muncung panjang gila menandakan rasa tidak puas hati yang terpendam dalam hati karena dipaksa mereka(tipu²). mula² macam tak suka sebab tak pernah camping walaupun di depan laman rumah, jangan haraplah aku akan camping. al maklumlah, aku kan orang yang selalu memanjakan diri sendiri. tak mainlah camping² ni(pengakuan berani mati). tapi selepas camping di dalam dalam dalam dalam hutan tersebut, ku menjadi seorang yang ternyata berbeda seperti bezanya warna hitam dan putih(cewwahh..prosa² kosanostra pula aku ini).

aktiviti berkumpulan seperti ini banyak mengajar aku nilai² kehidupan yang sangat aku hargai terutamanya kerjasama dalam kumpulan dan sifat setia kawan. teringat pula rakan² memberi dorongan dan motivasi yang kononnya menguatkan lagi daya tahan mental untuk menuju ke destinasi yang ternyata jauh jauh jauh dan jauh lagi untuk tiba.

*situasi satu*

ketika jarak untuk berhenti rehat di checkpoint ialah kira² 1.5km dihadapan dan perlu mendaki sedikit. bercampur pula memikul beg yang berat gila dan badan yang lenguh-letih-nak-baring-sangat.

rakan 1 : rakan 2, brape jauh lagi nak sampai ni? (suara letih tapi pura² bertenaga)
rakan 2 : dua minit je lagi, dua minit je lagi..
rakan 1 : yess, dah nak sampai.

5minit kemudian....

rakan 1 : rakan 2, bila lagi nak sampai ni?
rakan 2 : dua minit je lagi, dua minit je lagi..
rakan 1 : aii..tadi dah kata dua minit dah(berkata dalam hati)

lagi 5minit berikutnya

rakan 1 : rakan 2, bila nak sampai ni?? dah lebih 2minit dah ni (nada mengharapkan jawapan 2minit tidak berkumandang lagi)
rakan 2 : 2minit je lagi, 2minit je lagi..
rakan 1 : aku dah penat ni, kau jangan main². dari tadi 2minit. padahal tak sampai² pon.
rakan 2 : depan tu je.. depan tu je..sikit je lagi
rakan 1 : depan tu je lagi ea. bersemangat bersemangat.

walhal jauh lagi. adalah kira² lagi 800meter perlu mendaki untuk sampai ke checkpoint. sampai² checkpoint terus campak beg bagak lalu baring²-duduk²-mengeluh kepenatan-pastu minum air. kalau habis pow rakan punya air bagi habis juga. kerjasama kerjasama. kemudian kami rehat² sambil menunggu rakan² yang tertinggal jauh jauh jauh dan jauh di belakang..

memang pandai rakan 2 memberi motivasi pada rakan 1 kan?

pengalaman² seperti inilah yang membuatkan ku sekarang suka dan ketagih untuk melakukan aktiviti outdoor. ketagih kau tahu tak.

*situasi kedua*

ok bye.haha.

Monday, November 16, 2009

acuan



tahukah anda saya di sekolah belajar tentang acuan? acuan adalah alatan yang di gunakan untuk menghasilkan sesuatu produk dalam kuantiti yang banyak. merekacipta dan membuat acuan bukanlah sesuatu yang mudah, ia memerlukan daya kreativiti dan ilmu teknikal yang tinggi. namun begitu, ia adalah sesuatu perkara yang sangat mengujakan dan seronok untuk dilakukan. (dah la ayat skema gila, pastu macam tipu pula tu. seronok ke buat acuan? susah kau tahu tak, benda yang susah biasanya tidak seronok)

bercakap tentang acuan membuatkan saya tertanya-tanya tentang sesuatu yakni acuan yang dihasilkan oleh ibu bapa kita untuk membentuk kita. berikut adalah antara soalan² yang sering bermain di kotak minda saya sejak akhir² ni. (mainlah tempat lain dow, kat malaysia ni kan banyak taman permainan untuk kau main) okey². ni hah soalannye :-

perlukah kita mengikut acuan ibu bapa kita?
apakah acuan mereka tu terbaik buat kita?
kenapa kita perlu mengikut acuan mereka?
bolehkah kita tidak mengikut acuan mereka?
perlukah kita menjadi seperti bakal² biskut yang akan dihasilkan oleh acuan seperti gambar di atas?
bagaimana kalau kita ingin menjadi lebih atau kurang daripada apa yang ditetapkan acuan tersebut?

semua jawapan ini terletak pada diri kita sendiri. tepuk dada sakit dada. maksud saya tepuk dada tanya selera.

okay, sampai sini saja saya membebel. bye.

Sunday, November 15, 2009

Dying Breed

hai kaki² wayang semua. korang suka makan pai sambil tengok wayang ataupun sambil tengok wayang makan pai?haa..kalau dua² pon korang suka, ni ade cerita best untuk korang layan. sesuai sangatlah tambah² lagi bila korang makan pai.emm..nyamannya..

tajuk ceritanya ialah Dying Breed. tadaa~



yess..tengoklah posternya. gambar pai. sesuai kan? mesti korang dah teruja nak makan pai sambil tengok cerita ni ataupon sambil tengok cerita ni korang makan pai.. kan kan kan? saya tahu anda teruja-

ceritanya mengisahkan sekumpulan kecil kanibal yang ingin terus hidup di sebuah pulau tasmania di sekitar britain. mereka didatangi empat pengunjung yang memang cari nahas-padan-muka-kau. nak dijadikan cerita, pengunjung² ini tidak tahu akan kewujudan kumpulan kanibal ini, yang mereka tahu ialah kewujudan kumpulan Search, Scoin, Spin, Spoon dan macam² lagilah kumpulan yang bermula dengan huruf S. Siti Nurhaliza termasuk juga kot.(OK, ini tipu sahaja..haha..korang terkena). Tujuan sebenar si pengunjung² melawat pulau tersebut adalah kerana ingin membuat dokumentari tentang singa tasmania yang dipercayai pupus tetapi malangnya sedang mereka asyik memburu singa tanpa mereka sedari mereka pula yang diburu kanibal. main kejar² kau orang ya. part yang menariknya ialah kanibal ini tahu membuat pai, pai mereka sedap tau. disebabkan itulah anda yang gemar makan pai wajib tonton cerita ini.

okeh, cukup satu perenggan sipnosis yang merepek itu saya teruskan pula dengan komen saya tentang cerita ini. keseluruhannya cerita ini sangatlah kejam-sial-kau. kanibal ini makan manusia seperti makan pai sahaja. tak bergaya lansung, harimau makan kambing lagi bergaya tau. robek²!! walaupun gaya makan mereka tidak kuul, tatapi cerita ini tatap mak laku weh. aksi² seram dan kejam yang dipaparkan cerita ini boleh membuatkan para penonton memberikan reaksi seperti ingin ke tandas dalam keadaan emergency. menyorok di sebalik beg atau sweater untuk tidak melihat tayangan adalah perkara normal yang berlaku di dalam panggung. untuk rating, saya bagi 4.52 bintang lah kerana cerita ini berjaya menyentuh perasaan cuak para penonton. okeylah anda² semua, selamat menonton.

Thursday, November 12, 2009

sampah masyarakat

yay! exam suda abis..terlalu banyak masa terluang tapi ku risau ku akan jadi seperti ini..


sampah masyarakat

*sesi berposing tanpa malu di sebuah shopping complex terkemuka di damansara.

Wednesday, November 11, 2009

tora datang lagi!

hai..dah lama tak apdet blog ini..kelihatan sama saja dulu dan sekarang(mestilah sama..tak apdet dod,apalah kau ni!) tiba² memarahi diri sendiri..apakah??

huh..aku dengan sengajanya lagi bersifat sombong angkuh tamak haloba dan kuat makan tidak mahu update blog ini kerana aku..aku...aku..aku malulah nak cakap aku bizi..aiii..(ceh padahal dah cakap dah..malu konon.apalah!!) marah diri sendiri lagi. =(

hari ni tiba² ingin update blog yang penuh inspirasi ini kerana terlalu banyak masa terluang. =) (inspirasi lah konon)

okey, lainkali aku akan memaparkan crita baru untuk tatapan anda semua..hari ini ku terlalu penat berposing tak malu tanpa gaji di sebuah shopping complex terkemuka di damansara.

sampai di sini saja, to be continued.....