Wednesday, November 18, 2009

program minggu ini

ney ney ney..insyaAllah sabtu ini aku dan rakan² akan ke gunung nuang untuk melakukan satu aktiviti mendaki yang mencabar kononnya. huu..bapak gaban atromen satria baja hitam dan dash yankuro terujanya aku ini. *nama superhero tersebut adalah untuk menunjukkan teruja tahap maximum*. biasalah, dah lama tak melakukan aktiviti seperti ini, rindu pula.


kat gunung nuang la ni.
picture credited to mind-fields-ahead.blogspot.com

oh, bercakap tentang aktiviti mendaki ni aku teringat pula masa mula² dipaksa rakan² menyertai mereka bercamping di dalam dalam dalam dan dalam lagi di sebuah hutan di kemensah. ku sudah menarik muncung panjang gila menandakan rasa tidak puas hati yang terpendam dalam hati karena dipaksa mereka(tipu²). mula² macam tak suka sebab tak pernah camping walaupun di depan laman rumah, jangan haraplah aku akan camping. al maklumlah, aku kan orang yang selalu memanjakan diri sendiri. tak mainlah camping² ni(pengakuan berani mati). tapi selepas camping di dalam dalam dalam dalam hutan tersebut, ku menjadi seorang yang ternyata berbeda seperti bezanya warna hitam dan putih(cewwahh..prosa² kosanostra pula aku ini).

aktiviti berkumpulan seperti ini banyak mengajar aku nilai² kehidupan yang sangat aku hargai terutamanya kerjasama dalam kumpulan dan sifat setia kawan. teringat pula rakan² memberi dorongan dan motivasi yang kononnya menguatkan lagi daya tahan mental untuk menuju ke destinasi yang ternyata jauh jauh jauh dan jauh lagi untuk tiba.

*situasi satu*

ketika jarak untuk berhenti rehat di checkpoint ialah kira² 1.5km dihadapan dan perlu mendaki sedikit. bercampur pula memikul beg yang berat gila dan badan yang lenguh-letih-nak-baring-sangat.

rakan 1 : rakan 2, brape jauh lagi nak sampai ni? (suara letih tapi pura² bertenaga)
rakan 2 : dua minit je lagi, dua minit je lagi..
rakan 1 : yess, dah nak sampai.

5minit kemudian....

rakan 1 : rakan 2, bila lagi nak sampai ni?
rakan 2 : dua minit je lagi, dua minit je lagi..
rakan 1 : aii..tadi dah kata dua minit dah(berkata dalam hati)

lagi 5minit berikutnya

rakan 1 : rakan 2, bila nak sampai ni?? dah lebih 2minit dah ni (nada mengharapkan jawapan 2minit tidak berkumandang lagi)
rakan 2 : 2minit je lagi, 2minit je lagi..
rakan 1 : aku dah penat ni, kau jangan main². dari tadi 2minit. padahal tak sampai² pon.
rakan 2 : depan tu je.. depan tu je..sikit je lagi
rakan 1 : depan tu je lagi ea. bersemangat bersemangat.

walhal jauh lagi. adalah kira² lagi 800meter perlu mendaki untuk sampai ke checkpoint. sampai² checkpoint terus campak beg bagak lalu baring²-duduk²-mengeluh kepenatan-pastu minum air. kalau habis pow rakan punya air bagi habis juga. kerjasama kerjasama. kemudian kami rehat² sambil menunggu rakan² yang tertinggal jauh jauh jauh dan jauh di belakang..

memang pandai rakan 2 memberi motivasi pada rakan 1 kan?

pengalaman² seperti inilah yang membuatkan ku sekarang suka dan ketagih untuk melakukan aktiviti outdoor. ketagih kau tahu tak.

*situasi kedua*

ok bye.haha.

No comments: