Sunday, September 27, 2009

rongeng-rongeng bebeh!

fuh..lame siyot tak upload gambo kat blog ni..tetibe hari ni dengan rase gedik2 tak berbelah baginye aku nak upload gambo..cube test power skit ngan kelajuan broadband yang sembang kencang tak nak kalah+bajet terbaik antara lain+service mahal daripada kualiti ni untuk upload gambo2 yang telah di kecikkan saiznye agar cepat sikit upload jap(ayat panjang sangat sampai susah nak paham kan)..hasilnya ialah masih lembab macam siput varvey tapi syabas bete jugalah kerana process mengupload gambo telah berjaya walaupon sempat membancuh dan meminum dua gelas kopi sambil menyusun playlist mp3..syabas inpektor sahab!


ni ha gambo kami sekuarga bercuti kat melaka..sebelah kiri saye adelah musuh ketat


alamak eii..bajetnyer..kompem musuh2 akan kondem habislah gambo ni..


eh eh..senget senget plak..tengah main joget2 ngan anak sedara gamaknye..


seperti yang karam singh walia cakaplah..alah membeli menang memakai ataupun harapkan pagar, pagar makan padi*tetibe*

okelah..setakat ni saje sesi gambo2 ni..malu la i kalu sume gambo i letak sini..(pehal tah membuat perangai menyampah ni)okey..babai..

Thursday, September 24, 2009

tujuh (7) part 2

oklah kawan2, ni aku dengan bajet rajinnye telah menyambung entri bertitle tujuh(7) ni..rajin sungguh aku ni..ni yang mak bapak suke ni..dah la rajin suka nombor 7 pulak tu..gile berbaloi-baloi..ok, terlampau-lampau lak promote diri, kang ade yang kene conteng arang di muka kang..hehe..

mengikut sebuah hadith yang aku tak ingat sape yang sampaikan(korang boleh cekidaud sendiri kalau tak caye), pada zaman baginda(Nabi Muhammad s.a.w), sahabat2 ade menanyakan tentang makna hari-hari pada baginda, maka baginda pon bersabda :-

  1. Jumaat - Hari Jumaat adalah hari yang baik untuk mengadakan perhubungan dan pernikahan.
  2. Sabtu - Hari Sabtu adalah di namakan sebagai hari tipu daya, kerana pada hari itu orang-orang kafir Quraish telah mengadakan tipu daya pada perjanjian Darrun Nadwah.
  3. Ahad - Hari Ahad adalah hari yang baik untuk bertanam dan membuat binaan, kerana pada hari Ahad Allah memulakan menciptakan dunia dan membangunnya.
  4. Isnin - Hari Isnin adalah hari yang baik untuk musafir dan untuk berniaga, kerana bahawasanya pada hari Isnin Nabi Syith telah musafir dalam urusan perniagaan dan beliau banyak mendapatkan keuntungan dari perniagaannya.
  5. Selasa - Hari Selasa adalah hari berdarah, kerana pada hari itu, bermulanya Siti Hawa berhaid, dan pada hari itu pula mula-mula terjadinya pembunuhan anak Nabi Adam iaitu Qabil membunuh Habil.
  6. Rabu - Hari Rabu adalah hari kebinasaan yang berkekalan, kerana pada hari itu Allah SWT menenggelamkan Fir'aun bersama kaumnya. Kaum Samud dan kaum 'Ad yang mereka itu adalah kaum Nabi Saleh, juga di binasakan oleh Allah pada hari Rabu.
  7. Khamis - Hari Khamis adalah hari yang baik untuk menuntut sekalian hajat, kerana bahawasanya Nabi Ibrahim AS pergi ke istana raja Mesir, maka raja Mesir menunaikan hajatnya dan mengembalikan isterinya Siti Sarah.
owh..bercakap pasal makna hari ni kan, aku ade ter-across satu website ni..dia citer pasal hari sabtu yakni hari tipu daya..korang boleh cekidaud website ni (klik sini) sendiri sebab memang lagi best bace sumber dia daripada bace kat blog aku neh..korang bolehlah wat research sendiri pasal makna2 hari ni..seronok tau, macam2 boleh blaja..mungkin boleh membantu mempertingkatkan kualiti kehidupan korang(chewah..bajet dow aku ni)

ow oh..nampaknya "to be continued" telah mencemburui kita, jadi sampai sini saja kawan2..ok babai

tujuh (7) part 1

ye, tengok tajuk pon patut dah dapat agak dah entri ni pasal nombor 7..kenapa dengan nombor 7? ape yang bes sangat pasal nombor 7 ni? apesal kau buat entri nombor 7 ni? (mungkin ni lah soklan2 yang bermain di kotak pemikiran korang--jadi berpikirlah di luar kotak..*tetibe je*)
ok lah, membazir sungguh perenggan ni..skip to the content..zassSs

nombor 7 ni kan adalah salah satu nombor feveret aku..ini adelah kerana ia adalah nombor 7(sebab ni macam tak konkrit..rase cam nak penyepak jer si penulis ni..haha) oklah2, ia mungkin kerana aku lahir pada bulan ketujuh dalam calendar gregorian yakni bulan julai..tahukah anda nama julai diambil sempena nama diktator roman dulu2 iaitu Julius Caesar..mungkinkah emak Julius panggil Julius dengan panggilan "Julai' atau mungkin kawan2 Julius penah mengejek Julius dengan panggilan "Gulai"..itu kita tidak tahu(ape yang aku merepek ni??)

okay, balik kepada cerite asal yang aku nak cerite kat korang daripada tadi lagi..tahukah korang bahawa nombor 7 ni memainkan peranan besar dalam fakta (tau, tapi wat2 dono je..pebende faktanye weh..citer ah skit)

faktanya adelah seperti berikut:-
  • ade 7 hari dalam seminggu
  • ade 7 lapis tanah di bumi
  • ade 7 lapis langit
  • ade 7 tingkat surga
  • ade 7 tingkat neraka
penerangan untuk fakta2 ni memang banyak..kalo nak citer dalam entri ni memang panjang tak ingat la beb..insyaAllah nanti aku akan terangkan satu persatu untuk korang (tu pun kalo aku rajin la..hehe) oklah..sampai sini saje..sekian..

Wednesday, September 23, 2009

ucapan to everibadi..

dengan segala sifat standard belom modified kedai-nya lagi, saye ingin mengucapkan selamat hari rayer pada semua yang menyambut hari raye..
sesape yang tak sambut hari raye, saya ucapkan selamat hari-hari..
sesape yang bershopping di kedai pakaian hari-hari, saye ucapkan selamat membeli-belah..

trimas saye ucapkan pada JKR, PLUS dan sesape saje seangkatan ngannya kerana telah memberi khidmat terbaik anda dalam menyedia dan me-maintan jalan raya dengan begitu baik skali..
trimas juge kepada stesen radio yang sentiasa putarkan lagu raya yang sama sejak zaman saye lahir lagi berulang-kali..sekurang-kurangnya tak perlu mendengar rungutan penumpang yang takot naik roller coaster empat roda cap toyota yang saye bawak tuh..
tak lupe juga pada sedara-mara yang telah menyambut baik kedatangan kami sekuarga ke rumah anda..(mok chu..kueh mok chu sedap oh! lalu saye pow banyak2..hehe)
**dah macam berucap untuk menang award dah ni**

akhir kate saye ingin berpesan pada anda semua..ingat lah orang yang tersayang semasa memandu tapi jangan sampai lalok plak ye..berhati-hatilah di jalan raya bukan makan hati di jalan raya..ok sampai sini saje, babai..

Monday, September 14, 2009

supadupasexy

minggu ni super sexy..(ttibe je plak sexy kan~~lame dowh)
sebenarnye minggu ni penat mantel(mental) dan aku yakin kawan-kawan sekapal pon musti penat mantel gak kan kan kan..korang jangan masuk sepital mental sudey~

mane tak penat dow..present proposal untuk ef-wai-pi a.k.a FinalYearProject(bapak cerewet macam cacing kerawit) pastu nak setadi engineering science yang SIKIT plak topic nak kne cover tu kan plus setadi pro comm 2..sumenye nak setel dalam mase 4 hari je..gile SEXY kan?..

las-las aku setado..zzZZzzZZ...senang..huhu

dan hasilnye adalah labah-labah atau bahase saintifiknye gelabah..sempoi2..pasni kne pikir tiga point lima kali nak setado ke tak nak..kalo tak aku akan jadi labah-labah lagi..kalu jadi Spiderman tak pe la gak kan..bley loncat2 bangunan kan..tak pon tangkap orang gne spiderweb..fuh kacak!

ok la...aku nak bagi ikan sebelah ni makan plak..(tension ikan ni tak gemok2 pon..banyak da aku bagi makan ni..ikan ni bela ke ape??)
babai

Friday, September 11, 2009

lawa habaq hang!

pagi tadi kul 3.50a.m. 11-09-2009, aku terpegun..memang lawa giler sampai bleh tercakap lawa abaq hang(padahal bukan bahasa rasmi aku pun slang kedah ni)..

bukan terpegun ape sangat..dah lame aku tak tengok langit secantik tu.."bulan dipagari bintang"
memang chantek giler, dekat 20minit gak la aku tengok langit..terpegun tahap gaban nye pasal..

mane tak terpegun..langit clear, awan lak nipis-nipis je..bintang berkelip-kelip kalah atromen punye kelip tu..biasenye aku tengok satu dua je bintang yang berkelip tapi pagi tadi banyak giler..tu yang terpegun tu..dah macam kene pagar dah bulan..fuh!mantop!!

(alaa..tengok langit pon nak post kat blog)sebab sangat lawa la aku post kat blog :) ..korang tak caye korang tengok la sendiri.. kalo sempat la :P

mintak mahap gambar takde sebab aku rase takde camera yang mampu tangkap scene macam tu..huhu..

Thursday, September 3, 2009

orphan

saya memang suke tengok wayang(statement skema)..baru-baru ni aku ade tengok citer yang giler horror+kejam nak mampos+lawak sebab reaksi audiens=best tahap nak post kat blog untuk promote citer ni..

citer yang aku tengok tu tajuk dia Orphan. poster citer tu plak gambar sorang budak wat muke yang emo macam emily the strange tu. ini membuatkan aku menyagka jalan citer dia cam predictable jer tapi ternyata meleset ke tepi sampai masuk longkang sangkaan ku ini..rupe-rupenya citer tu mempunyai plot yang kompleks tahap pertama complex(bes shopping kat situ, barang murah..hehe..) (-_-")--senang btol melalut mamat nih

citer ni memang aku rekemen la pada peminat2 citer horror sebab citer ni memang best sampai cashier yang jaga kaunter tu pon promote citer ni dengan bersungguh-sungguhnya siap cakap "saya tengok citer ni dua kali, best!"<



korang tengok la poster ni..muke nak ketat dow siap ade tanye "can you keep a secret?" lagi..psiko..psiko..


uiskk..cam citer jangan pandang belakang pon ade bile tengok scene ni..

untuk review citer ni korang bleh pegi SINI sebab aku malas nak tulis panjang2 kat sini..hoho..

cakap lepas

ape tu cakap lepas eh?
adakah ianya seseorang yang suka bercakap perkataan lepas macam ni "lepas..lepas, lepas lepas lepas dan lepas lagi.."(ape yang aku melalut ni??huu)

cakap lepas ni kan bagi akulah ialah orang yang bercakap tanpa memikirkan kesannya macam ni "herman suka bercakap tentang perkara lepas"(haha..auta jer..harap bersabar ye.. sebenarnya bukan ini maksud aku, korang paham2 je lah pebende cakap lepas tu..eheh).

perbuatan cakap lepas ni kan sangat annoying bila ape yang orang tu cakap tak berasas contohnya "mak joyah rumah sebelah tu takde hati perut langsung" walhal pekerjaan mak joyah ialah mejual sate hati dan perut di warung dekat simpang tu (ni macam fitnah plak..korang paham2 sendiri jugaklah yang ni--aku bukan pemberi contoh yang baik..huuu T_T )

korang musti penah encounter ngan orang yang 'cakap lepas' ni kan..camne reaksi korang agaknye??..hmm..cam aku kan..aku biasanye dengar+tengok dulu. kalu orang tu dah over sangat bercakap lepas sampai boleh menyebabkan aku bertukar menjadi super saiya(oke, ni tipu..mane aku bleh jadi super saiya, super ring buleh la.. :P ) barulah aku akan tegur dia..pedas pun pedaslah janji rock eh janji orang tu berenti cakap lepas..

nasihat aku untuk orang yang selalu cakap lepas--"berfikirlah dulu kesannya sebelum kita bercakap sesuatu"(nasihat ni dah basi..tapi mende basi ni kekadang berguna gak kan?)

p/s : ape yang besnye cakap lepas?? lu pikirlah sendiri~
kzklub