Tuesday, December 29, 2009

kempen percutian ke lopo blue river.

Biasalah akhir tahun ni mesti nak pergi bercuti kan? Jadi aku dengan baik hatinya mem'promo sungai lopo di ulu langat, Selangor. Anda semua sudah bersedia untuk menjelesi saya? Mari kita mulakan. 1 2 3 go! jika ku berikan segala~ (apahal nyanyi lagu aku scandal-hujan ni??)


"yeayy..nak pergi lopo"




Batu berdiri!!


Lepas mandi buleh angkat baldi guna satu jari.


The Musketeers versi perempuan.


Spender dia lah.





Korang nak berposing ke nak trekking ni??


Tak ku sangka mereka pandai berposing. T_T


Tarian ballet.


"Penat tahu follow pak cik ni!!"




Air buah gelas besar.


"hee..nak bawa balik gelas besar ini".


Syifa' berkelakuan agak "apakah??"


Yeahh..model-model iklan choki choki.




Dah sampai destinasi mesti nak eksyen beb.




Adengan paksa mandi. Rumble!!






Bila cermin tiada, beginilah jadinya..




OK babai kalian. Semoga berjumpa lagi!!


p/s:- Sudah ada kaedah menyusun gambar dengan mudah. Tu yang gedik gila upload banyak-banyak tu. Menyampah kan?


Saturday, December 19, 2009

I'm in the mood.

Aku ni romen-tik tahu. Dengan kucing pon aku buat lagu. Gadis-gadis sila mengorat saya sekarang. (tak malu sungguh aku ini) T_T. Okay, berikut adalah lagu yang didedikasikan kepada si tompok. Korang kena baca dengan gaya rap la, baru feel (apakah??).

*bila tompok kecil lagi*

jumpa tompok dalam longkang
kecil lagi lemah macam baru lepas kena lempang
panggil orang, panggil orang
beritahu dia kena buang
aku datang, aku dekat, aku nampak macam badang
dia takut ingat aku nak terajang
dia tanya abang ape kes gedang-gedang?
muka merah tampak sangat berang
aku tercengang lalu buat muka mintak pelempang
dia ketawa lalu benarkan ku sayang-sayang.

bawa tompok pulang, kena mandi sampai kejang
ingat aku nak bagi peluang,
ku gomol sampai kau macam kucing tempang

*bila tompok sudah besar*

tompok tompok kau apa barang?
jangan berlagak kau sangat garang
gigit orang, gigit orang, gigit sampai tulang
orang merana, kau pula girang
bikin panas bikin aku bengang
jangan lupa kau kena mandi sikit pon dah nak kejang
sekali aku lempang kau jatuh terbungkang
"kalau garang dengan aku, kau aku terajang"
tompok terkejut, tompok merajuk, tompok terus hilang
tompok takut pulang, takut kena terajang
buat aku bimbang, whiskas aku goncang
tu dia, nampak tompok sedang lenggang~

bawa tompok pulang, kena mandi sampai kejang
ingat aku nak bagi peluang,
ku gomol sampai kau macam kucing tempang

p/s:- tompok, kau ni gaylah. ahaha.. *tiba-tiba*


Friday, December 18, 2009

al-kesah.

Inspirasi dari ayat "Ada aku kesah?"..

Kenapa kesah?

Mereka berkata
Apa yang mereka suka
Itu tak bermakna
Semua itu nyata

Kenapa kesah?

Hidupkan sementara
Gunalah sebelum kembali guna
Sebelum tarikh luputnya
Sebelum semua tiada

Kenapa kesah?

Jalan harus ke depan
Jangan lupa pandang ke belakang
Berhati-hati tika berkawan
Supaya tak menjadi kulit terbuang

Kenapa kesah...


p/s:- "Ada aku kesah?" <--aku cukup menyampah bila orang guna ayat ini. hmmpphh..nrwqsghts!! p/s/s:- Kenapalah benda yang menyampah ini selalu memberi inspirasi? =_="

Wednesday, December 16, 2009

Jangan baca kalau nak selamat.

"kala kala kutta kutta..aayohh aayohh.."

Argghh.. ini semua Youtube punya pasal la ni, dah terngiang-ngiang lagu kelakar ini dalam kotak pemprosesan maklumat ku ini.(aiyoh metafora, cam shial dod..haha)

Dah dah..cukup lagu merepek ini. Taxi driver konon. heh >:(



***********senyap seketika***********


"Calcutta~ I am a taxi driver in Calcutta~ Taxi taxi taxi in.."
*sambung nyanyi*


Arghh..takde-takde. Aku tak puas hati. Aku nak bagi korang terhafal lagu ini gak. Nah amik kau!


Dr. Bombay - Calcutta (taxi taxi taxi)


Starting je dah langgar orang dod. Apalah~
Ha ha ha...hafal cepat lagu ini ha ha ha.

Untuk membuatkan korang hafal lagu ini dengan lebih mantap, aku postkan lirik ini untuk korang.

Calle Calle cutta cutta cutta
Calle Calle Cutta
Eh Oh

One day when i got hungry
I sold the wooden house
I had to visit Uncle Ghandi
Who lives in Calcutta town

Uncle Ghandi he is rich
He is a taxi driver man
And I know that he will help me
As much as he can

A taxi driver man is what
I want to be
But there are no customers
Who want to ride with me

I dont know why
Could be that I am almost blind
But every street in Calcutta
I can find

Calcutta
I am a taxi driver in
I drive my little taxi in
Taxi, taxi, taxi, in
I am a taxi driver man
I like to drive the taxi
I like it very much
Even though I have no licence
I always find the clutch
I can drive it off my head
I can drive it off my feet
And I have no problems
Getting taxi on the street

Oh korang tahu tak video klip ni dibuat di Batu Caves, Malaysia.

p/s:- Kanak-kanak dan dewasa-dewasa sekalian, jangan mengamalkan sifat mengenakan orang lain jikalau anda sudah terkena. Tak baik untuk kesihatan anda. Sekian. :)


Mari berdansa.

Yeahh!! bersempenaan dengan post aku yang ke-100, hari ini DJ Kz akan memainkan lagu-lagu 90an yang ngetop. Mari-mari kita berdansa!..

Dr. Bombay-S.O.S



John Scatman - Scatman's World



Ultraman - ScatUltraman (Ultraman pon ade Scat juga eh)




OK. Sekarang anda dah dapat mood untuk berdansa, mari kita berdansa seperti Ultraman tadi. 1 2 3 go!


p/s :- Macam mana aku nak berdansa ni. Dengar lagu je pon dah gelak guling dah.


Tuesday, December 15, 2009

Sah takde kerja.


"Dengan kuasa bulan, aku akan menghukummu!"




Korang ingat lagi tak Sailormoon. Alaa.. yang heroin cun lagi berskirt pendek tapi mempunyai kuasa entah pape tu. Ingat tak? Kalau tak ingat tu maknanya korang ni ignorance(haha selamba jer cakap orang ignorance). OK ok kalau tak ingat klik sini (Sailormoon).



Haa..sekarang ingat tak?

Untuk membuatkan entry ini lebih nostalgic, aku sengaja post video ini



Sailormoon ini ramai betul orang minat, dan ia berada di tahap membimbangkan kerana....




**************************

terlalu minatkan Sailormoon, mamat ini sanggup kelihatan seperti ini...


"Tadaa... Cun tak saya?"

"Cakap cun sekarang, kalau tak saya akan hukum awak dengan kuasa bulan!"

-_-''
Apakah??


Bimbang kan?


p/s:- Apa nak jadi lah?~


Monday, December 14, 2009

Meh sini nak bagitahu.

Aku youtube "did you know". Jumpa ini :-





Tahu apa maknanya?
Sistem dunia kita mengalami anjakan paradigma dengan pantas sekali.
Sudahkah kamu bersedia untuk masa hadapan?


p/s :- Pernahkah anda di Rickroll'd? haha.. :D

Sunday, December 13, 2009

Cerita blog ini. (attempt 6)

Cerita blog ini (inspirasi dari cerita kedai kopi-DJ Fuzz feat. Malique)

Terlalu banyak kena mocha, aku merepek
Ditemani rakan chat, aku membebel
Ditemani suasana sunyi dan lagu gothic
Aku berblogging.
Layan~

Masing-masing ada cerita sendiri
Cerita lucu, cerita sedih,
Luahkan jangan simpan dalam hati
Boleh cerita di blog ini.

Cerita blog ini, cerita blog ini,
Semua merepek semua karut
Tapi sensasi dan kontroversi

Oii pergi ke kedai perfume
Minta Carolina Herrera
Datang seorang bapok berjanggut
Dia berbuah dada

Asal boleh ngorat laki, dia mesti buat
Awek tengok geli, laki tengok meluat
Citarasa makin besar, nak yang otot ketat
Baru buah dada sikit baju pun dah sendat
Ayy rambut macam britney hit me baby one more time
Aku tengok sumpah menyampah gila
Ayy rambut macam britney hit me baby one more time
Aku tengok sumpah menyampah gila
Dia mengenyit mata, aku pun naik seram
Perfume tester habis, dia ke ajak ke belakang
Tapi bila dia dah mula pengang-pegang
Aku sudah seram apalagi cabut!

Cerita blog ini, cerita blog ini,
Semua merepek semua karut
Tapi sensasi dan kontroversi

Ahh.. Aku malas nyanyi lagi. Sekian terima kasih. :)



Cerita kedai kopi - DJ Fuzz feat. Malique




p/s :- Sila support industri musik Malaysia


Saturday, December 12, 2009

Lawak of the day kot.

Tadi dapat e-mail tau. Pastu aku saje la gedik-gedik post kat blog ni. Korang jangan gelak tau, eh jangan ketawa tau. (apa beza ketawa dengan gelak??Lantaklah~)



Nak kena kapak kereta sila masuk sini.



Sluar sedap pun ada ke? Perisa apa agaknya eh?



Baik pak cik. Saya faham. Lain kali tidak tanya lagi. T_T



Bagus gila alternatif ini. :)

Korang ketawa tak?


p/s :- Bulan ini semangat betul berblogging. Takde kerjalah tu.

Friday, December 11, 2009

Berjalan bersama Gorgon. (attempt 5)

Hey geng. Sep sikit. Pap pap. Korang dah tengok cerita Zombieland? Haa..kalau belum tengok cepat-cepat pergi beli tiket banyak-banyak, pastu tengok dengan pasukan jenayah korang.



Lebey kurang kan?



Watak-watak utama cerita ini. Dari kiri Columbus, Wichita, Little Rock dan Tallahasse. (Kalau nak tahu kenapa nama mereka semua nama-nama negeri di Amerika, korang tengok sendiri cerita ini)



Real kan? Santau baibai.



Cerita Zombieland ini sumpah best gila. Semua ciri-ciri yang dicari dalam filem semua ada dari seram, aksi hinggalah ke komedi. Purrfect la senang citer. Aksi seramnya tidak mengecewakan lansung, kalau tak aku tak dengar orang menjerit akibat keriangan eh ketakutan. Komedi? jangan cakaplah, dari awal hingga ke akhir cerita aku ketawa macam Santa Claus. Ho ho ho..bodoh sungguh.. ho ho ho ho.. Ketawa tak kering gusi hingga jatuh kerusi beb. Rating untuk cerita ini ialah 5 bintang. 5 bintang!!! ye 5 bintang, bukan Bukit Bintang.


p/s :- My favourite rule "Rule number 2 - Double Tap".

Thursday, December 10, 2009

perfume?


Kalau tak nampak pandai-pandailah besarkan ye..
Rasenye boleh guna gambar ini untuk test sebelum interview kerja ni.

p/s:- aku nak bagi kat parti yang so called corrupt boleh tak?

Tuesday, December 8, 2009

musim meronggeng pre-attempt 5.



awuu..awuu..awuu~~
(pehal berbunyi macam serigala pulak ni??)


Aku ada seorang kawan lelaki, dia tengok cerita New Moon dengan tiga rakan lelakinya yang lain. Apa pendapat korang?


Pendapat aku, cerita New Moon tu ada serigala jadian(mungkin sebab itu kot aku buat bunyi serigala tadi). ~lame gila alasan~ (=_=)"



****************************************


OK, aku mengaku aku sekarang tengah penat gila, jadi idea untuk posting pun menjadi semakin merapu.

p/s:-


Jomlah tengok cerita ini....... ('',)

musim meronggeng attempt 2, 3, 4

Apa?? Result final exam semester lepas dah keluar!! Berapa aku dapat? 4 flat tak sem ni? Ahh takde takde. Itik tak mahu baca pasal result aku ini. Tak payah post entry pasal result. Mengarut jer. Itu semua duniawi. (cehh)


***Itik suka baca benda-benda macam ini:-


05-12-2009

Aku nak bagitau korang ni aritu aku makan kek yang berupa macam cheese-cake-tak-jadi, sedappp. Cemburu tak? Cemburu tak? (sila jangan santau saya atas dasar cemburu anda(perasanlah))



06-12-2009

Pegi PC fair tak ajak korang. Ajak geng je. Siap shopping lagi dod, gila bajet kaya aku ini. Karang merungut kewangan tak cukup la, tak bagi itik makan lagi la, bla bla bla..pastu post kat blog. Gila gendut.



07-12-2009

Berjalan-jalan seperti orang yang terlalu banyak stamina. Jalan nak jauh-jauh tak nak kalah. Besoknya pula kena buat FYP. Menjawablah kau.




p/s :- ini semua lagilah duniawi. Gampanglah kau Kz, post benda mengarut jer. cepat jadi itik cepat.


*kwek kwek*
OK, bye.

Friday, December 4, 2009

musim meronggeng attempt 1.



"Nama saya Rain".

(=_=)"



Sumpah menyampah gila tengok iklan ini. Rasa macam nak sepak-sepak saja si mamat hujan ini. Nasiblah kau jauh-gila-berpuluh-juta-kilometer sehingga niat untuk menyepak kau tidak kesampaian. Walaupun kau agak menyampah di situ tapi kau tidak menyampah di dalam cerita Ninja Assasin. Ya, kau sangat bergaya di sini. Mungkin sebab kau hero cerita ini kot. OK, sebenarnya aku ingin mereview cerita Ninja Assasin sahaja. Tah macam mana boleh terkutuk pula si mamat hujan ini. Ajaib betol.(-_-)"




Hiyarghhh...mari baca review Kz!!!



Cerita Ninja Assasin mengisahkan tentang Rogue Ninja(si mamat hujan tu la) yang ingin membalas dendam terhadap ketua puak ninja Onuzu kerana telah membunuh kekasihnya(juga seorang rogue ninja). Dalam keadaan Rogue Ninja ini ingin membalas dendam, dia pula diburu oleh ketua puak ninja ini. Ironi kan? Main kejar-kejar pula. Jika kamu ingin tahu apa kesudahan cerita ini, pergilah ke kaunter tiket wayang lalu beli dua tiket seat belakang dan beri pada saya satu. Terima kasih in advance.





Huh..terserlah gila ke-rogue-an kau itu, katang pula tu. Ni yang buat aku rasa ingin pergi ke gym ni. *bersemangat*


Storyline cerita ini pantas dan mudah untuk difahami. Dari awal hingga akhir cerita ini penuh dengan aksi-aksi bertarung yang hebat kalah cerita pepaya-man slot Aksi TV3. Memang sesuailah cerita ini dikategorikan 18SG kerana keganasan dan kekejaman babak-babak pertarungan dalam cerita ini boleh menyebabkan penonton menyumpah-nyumpah si tukang bunuh. Mungkin sebab inilah penonton bawah umur 18tahun tidak dibenarkan menonton, dikhuatiri akan terpengaruh dengan anasir negatif yang diberikan penonton lain seperti mencarut(ek eleh). Rating yang aku berikan ialah 4 bintang. Jadi kalian semua, selamat membeli dua tiket wayang dan memberi pada saya satu. *)


Wednesday, December 2, 2009

eh comelnya adik ini.

Sekarang ni semua nak tulis comel-comel. Mereka suka meletak ikon muka menggunakan simbol-simbol dekat setiap akhir ayat. Kalau ade ikon tersebut ayat kamu akan jadi comel, contohnya macam ini:-



"Hai selamat pagi (^^).."



Haa.. comel kan? Tak kiralah kamu hodoh macam pun, kalau dah tulis macam itu kamu akan kelihatan comel. Silap mata sungguh. Ni haa aku mahu share sama kamu antara ikon-ikon yang sering digunakan.





paling faveret ialah :P :P :P :P :P (dah terlebih obses pulak)


Sekarang kamu bolehlah praktis dengan kawan kamu supaya ayat kamu kelihatan lebih comel. :)


Kalau kamu ada lagi ikon lain untuk dikongsi bersama silakanlah berkongsi bersama kami dengan meninggalkannya di ruang comment. Bak kata mat salleh "Feel free to share".


"bakar kau karang!!" kata si pembaca.

Hai rakan-rakan taulan yang tidak tahu macam mana nak burn CD guna windows vista. (starting dah nak perli orang dow). Anda semua macam mana hari ini, sihat?


Hari ini aku rasa aku baik hati sebab aku nak kongsi tips macam mana nak burn CD guna windows vista. Haa.. bukan senang tahu nak jumpa orang baik hati macam aku ini. Sila masuk meminang sekarang. Dah dah dah.. tak payah nak merepek, mari aku ajar kamu macam mana nak burn CD.


Ikut step-step ini sambil nyanyi lagu step by step-new kids on the block :-

step by step..ooh baby~ *nyanyi*
  1. Memula macam biasalah masukkan CD kosong ke dalam CD-ROM kamu.
  2. Kemudian kamu kenalah pilih file-file yang ingin dibakar dan hantarkannya ke drive CD-ROM.
  3. Lepas itu klik asdaiofj098..arghh..sori kena kacau dengan si kucing.
  4. Klik burn to disc di page My Computer.
  5. Klik Finish jika sudah selesai.
Senangkan.





Susah juga. Tak jadi. Tidak mengapa, jangan risau McGuyver kan ada. Kamu cuba cara ini pula.



Berkesan lagi efektif.




Sekian terima kasih dan selamat mencuba.


Tuesday, December 1, 2009

kamu mimpi apa semalam?

Mimpi ada beberapa kategori. Yang aku tahu satu mimpi mainan syaitan dan dua mimpi untuk petanda. Mimpi mainan syaitan ini contohnya ialah bila kamu bermimpi bermain kejar-kejar dengan syaitan sebab itu kot nama dia mimpi mainan syaitan, kamu bermain dengan syaitan. Manakala mimpi untuk petanda ini pula macam mimpi tentang seekor binatang berwarna putih yang menandakan akan ada seorang ahli keluarga kamu yang akan berkahwin.

Tapi bagaimana pula dengan mimpi ini?

Mimpi - Robot Asmara




Ku kerahkan rela hatiku
akan ku terus mendampingimu
tersimpan luka yg dulu

pedihnya terus menghantu

Biarkan saja berlalu
begini adanya, aku rela
tiada bebanan yg akan terus menghukum kita
selamanya
aku rela

Khabarkan cerita indah
hilangkan rasa duka hatiku
terbang jauh
bersamamu




okay, sekarang replay lagu ini dan nyanyi bersama-sama. =)