Wednesday, June 30, 2010

Gila gamaknya aku ini. :D

Wednesday, June 23, 2010

Ape yang aku merepek ini?

Halo hola gila, tok kadi main bola dengan minah janda, makan nasi goreng pattaya dekat kedai Pak Ya. :D

Haha.. Tetibe korang dah ternyanyi lagu yang aku hasilkan. Padan muka. Hehe... Mesti korang dah termenyesal baca blog ni pastu terus nak delete dari bloglist korang pastu buat muka macam tak pernah baca blog ni sambil bersiul siul. Siut betul. :( Haha..

Tengok ni, tengok ni, aku berjaya menukar layout yang daku idami selama ini. Warna hitam, pantas tahap loadingnya dan juga simple. Oh, terima kasih blogger untuk feature yang anda tawarkan ini. Aku gumbira. Ok, aku istiharkan hari Ahad ni cuti. Kalau korang kena kerja juga, padan muka. Hehe...

Babai. :)

Thursday, June 10, 2010

Nak jerit pergi sini.


***

Baru-baru ini saya dan rakan-kuat-jerit saya ke Genting Highlands untuk berhibur sempena hari lahir beliau, (kot, hehe). Oh, kalau pergi Genting semestinya untuk menaiki ride yang ditawarkan seperti bot-ke taman-dinosaur-yang membosankan, Ferris wheel yang lembap siap sempat bancuh kopi, cawan berputar yang tidak happening dan pelbagai lagilah ride yang lame cuma sesuai untuk kanak-kanak bawah umur.

Untuk menaiki ride-ride itu kami perlu membayar tiket berharga RM44 satu kepala, malangnya saya ada banyak kepala seperti kepala lutut, kepala hotak hang, kepala paip dan pelbagai kepala lagilah, miskin miskin.. T_T (ini lawak bodoh tahu, haha)

Nasib kami agak malang kerana hari kami ke sana ialah hari cuti sekolah di mana ramai pelajar sekolah yang sudah mengumpul duit untuk ke Genting Highlands memilih tarikh ini untuk berhibur bersama rakan-rakan mereka yang turut mengumpul duit untuk ke genting highlands juga, jadi kami perlu beratur panjang kerana mereka. T___T (Haha) Malang semakin tidak berbau apabila rides terpaksa diberhentikan seketika akibat hujan yang turun bagaikan air mata. Selain daripada beratur kami juga perlu menunggu hujan selesai menjalankan tugas beliau dan menunggu itu bukan sesuatu yang menyeronokkan tahu. (Huhu)

Malam semakin menjelma, kami semakin keciwa dan pasrah kerana tidak dapat menaiki rides yang lame itu...

Pukul 9.30 malam, Taman Tema Genting Highlands hampir sampai kepada penutupnya. Hujan sudah mula renyai, rides yang lame kembali dibuka kepada orang ramai. Untuk menebus rasa keciwa kami terus menaiki alat-perasan-superman atau lebih dikenali sebagai The Flying Coaster... jeng jeng jeng.. saksikan sedikit babak dari The Flying Coaster.




WAAAAAA...WUUUU...WEEEE...AAAAA!!!! ggaahhh!!
Itulah sedikit babak jeritan oleh rakan-kuat-jerit saye yang sempat saye rakamkan dalam kepala hotak saye. T_T (Haha, mati kena sekeh pasni gamaknya :P)




Ternyata saya silap, rupa-rupanya ride ini tidak lame dan ia sebenarnya sangat menyeronokkan sehingga remote alarm kereta saya pecah akibat menaiki ride ini. T_^ (icon untuk sedih dalam gumbira. Haha). Ride ini, anda patut mencubanya. Saya mahu naik lagi, anda mahu?


p/s:- Sengaja panjangkan entry sebab malas upload gambar. Boleh?



Credit kepada ShockWaveBlastMax kerana upload video itu di youtube.

****

Monday, June 7, 2010

Urban Legend.




Mesti korang cuak kebebeh bila tengok video ini...












Haa...cuak tak? cuak tak? sila kencing dalam seluar sekarang..

Pop corn yang yang pop setelah terdedah kepada radiasi? wow, mengancam tahu. Ini boleh jadi penemuan extreme sehingga boleh menyebabkan orang yang sedang makan ayam McD berhenti makan dengan mulut ternganga ni. :-O Namun begitu ada sesetengah pihak yang mengatakan ini semua palsu belaka. Klik sini untuk butiran lanjut (click here).

Ada orang kata ini cuma gimik, ada juga kata yang ia benar-benar terjadi. Apa-apa pun, lu pikirla sendiri.

p/s:- eh, tertiru trademark Nabil pula. :P



******************************

Thursday, June 3, 2010

Ke-awesome-an berlaku di sini,

Saya kena tag sebab saya awesome kot. Anda awesome tak?


ciri-ciri kereta idaman ? state 3
  • Bentuk tubuh badan yang menarik
  • Pandai bergaya
  • Bukan Myvi.
  • (Apakah ciri-ciri yang kamu state-kan ini Kamaruzaman? Macam tak menjawab soalan je. Haha comel) :|

ciri2 rumah idaman ? state 3
  • Ada pistol berkemampuan mengacah pencuri.
  • Boleh terbang ke mana sahaja yang di tuju.
  • Ikhlas.
  • (Macam bukan rumah sahaja) >:|

ciri2 hubby/wife idaman ? state 3
  • Pandai joget lambak.
  • Pandai membeli di pasar lambak.
  • Mempunyai harta yang berlambak.
  • (Ok, semua ini tipu sahaja. Padan muka pembaca kena tipu. Haha)

tag lagi 10
  • Asal tag je nak 10 orang, asal 10 orang je nak tag. Ahh.. takde takde. Bak singgit dulu. Heheh..

P.s :- Tinak tin tanaa~ (arghhh...asyik-asyik lagu hindustan, joget hindustan karang. Haha)


***************************

Tuesday, June 1, 2010

Bak datang.

Saya nak tukar layout blog ini. Sila recommend-kan saya layout yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut :-

  • Simple, mempunyai design yang tidak kompleks seperti Pertama Complex (kompleks tahu mahu bersiar-siar di Pertama Complex). Ringkas dan tidak terlalu berbunga-bunga seperti kereta baru BMW warna hitam (barulah elegan. hehe..).

  • Quick, pantas tahap loading-nya. Tak perlulah saya menunggu selama 8hari untuk loading page saya sahaja (T_T) kerana zaman sekarang zaman pantas tahu.

  • User friendly, ini paling penting kerana mudah untuk pembaca meninggalkan jejak langkah mereka di blog saya seperti meninggalkan komen yang merapu, melontarkan luahan hati yang lara di ruangan chatbox dan sebagainya (sebenarnya saya sendiri tidak tahu bagaimana hendak organise layout yang terlalu canggih hingga meninggalkan tahap kepintaran saya ini) T_T .

  • Fascinating, haa.. layout blog saya mestilah secomel tuannya (saya comel kan? cakap saya comel sekarang!!)

Ok, sekarang para pembaca sila bagi link kat mana nak dapat layout blog yang canggih dan diidami ramai itu. CEPAT!!

p/s:- cakap saya comel sekarang. hehe..



**************************