Tuesday, April 24, 2012

Selamat malam.

Lepas ko terhantuk kat dinding dengan kuat, ko pura-pura seolah tak berlaku apa-apa sambil berlagak macho. Kemudian berjalan jauh lepastu siapkan keje sekolah bagai. Ko akan rasakan kemenyesalan dan kepeningan kepala yang amat sangat.

Pening kepala sebab assignment, project, blog, kepala terhantuk, anak itik tak makan lagi,  kencing tak lawas, assignment (eh, ni dah sebut) dan sebagainya membuatkan aku nak tido. Selamat malam.

Friday, April 20, 2012

Boring.

Situasi 5 : Hassan sedang khusyuk bermain game, Tiba-tiba Ani call...

Ani : Hello sayang~ <3
Hassan : Hello peminat. Hehe.. 
Ani : San, teman saye pegi shopping jom. Boring arr dok umah.
Hassan : Err.. Pegi la dok tempat lain pulak, nescaya tak boring.
Ani : Natang goh! Mulut puaka betul awak ni.
Hassan : Hehe..

Wednesday, April 18, 2012

Busuk.

Situasi 4 : Hassan menjemput Ani dirumahnya untuk keluar pegi swimming di public pool.

Hassan : Amboi, hodohnya dressing. Macam nak pegi pasaq jual ikan.
Ani : Eleh, awak pun dua kali lima jugak. Pakai baju semalam dengan seluar pendek pasar malam.
Hassan : Ni sebab saya belum mandi lagi. Hehe..
Ani : Eh, samalah kita. Patutlah awak busuk lebih sikit dari saya. Sakit hidung mak menahan.
Hassan : Padan muka. Haha..

Malaysia

Nah lagu untuk rakyat Malaysia.

Putus.

Situasi 3 : Ani dan Hassan sedang menaiki basikal tandem mengelilingi Tasik Perdana. Ani mengayuh dibelakang dengan penuh bersungguh-sungguh. Tiba-tiba....

*Hassan terkentut* Proott!!

Hassan : Ahh.. Dapnyerr~
Ani : Hanjenggg betol!!! bau macam haram.
Hassan : Sorry lah, urat kentut saye putus. Kenot control. Hehe..
Ani : Grknlsmklvw#%&!!

*Gambar sekadar hiasan semata-mata.

Urat kentut

Situasi 2 : Ani dan Hassan sedang makan kat kedai mamak selepas penat berjogging.

Ani : Awak, saya nak fit la..
Hassan : Exercise la lagi..
Ani : Penatlah nak jogging jauh jauh nun. Boleh putus urat kentut tau..
Hassan : Kalau camtu, pi buat liposuction nun.
Ani : Tak nak lah, mahal. Tak mampu mak~

*Hassan menulis perkataan 'fit' kat atas kertas lalu diberikan kepada Ani kertas tersebut*

Hassan : Nah, awak dah dapat fit.Tak payah jogging, tak payah liposuction.
Ani : Gampanglah awak ni! Nak saya putuskan urat kentut awak ke?!
Hassan : Hehe..

AWAS!

Situasi : Pasangan kekasih Ani berbual dengan Hassan di Taman Tasik Perdana.

Ani : Awak, nyanyi lagu sikit.
Hassan : Ooolala.. Awas prap tipap awas.. gerak langkah mu ohh~ dah.
Ani : Tu je? Sikitnya.. nyanyilah lagi
Hassan : Awak jawab teka-teki dulu.
Ani : Ok. Pat lah.
Hassan : Sebuah kapal terbang bawak 10 bijik bata, satu terjatuh tinggal berapa?
Ani : 9!
Hassan : Pandai, binatang apa paling besar kat dunia?
Ani : Senang jek, ikan paus celup tepung!
Hassan : Terer! benda apa paling besar kat dunia?
Ani : Kuali nak masak ikan paus tu lah..
Hassan : Hensem! Pandai sangat ni, ok soalan last. Ani dan Hassan berjalan sekitar tasik perdana, tetibe Ani cedera parah. Kenapa?
Ani : Hah?! Nape? Err.. sebab Hassan pukul Ani kot.
Hassan : Salah, jawapan dia sebab kepala Ani kena batu.
Ani : Mana datang batu tu?
Hassan : Dari kapal terbang yang bawak 10 bijik bata tadi la. Haha..

*Hassan kena smackdown kat situ gak*

Moral of the story, awas gerak langkah mu ohh~