Sunday, September 26, 2010

Kak Mun.


karipap karipap cinta.




Pebenda karipap karipap cinta ni? Tiba-tiba karipap karipap cinta, siap bold dan besarkan font lagi pulak tu.

-__-"

Itu nama ceritalah gila, tajuk dia menarik perhatian sebab aku nak tau ape kaitan "karipap karipap" dan "cinta" dan kenapa perkataan karipap tu sampai dua kali sebut. Sekian. :P



Korang minat Maimun Muthalib tak? Minat tak? Korang tak kenal siapa Maimun Muthalib? Alaa... kalau korang selalu tengok drama Melayu tu mesti pernah jumpa ah kak Maimun ni. Maimun Muthalib ni bukan Wan Maimunah ok. Mereka dua insan yang berbeza namun kongsi bakat yang sama yakni terer berlakon jadi seorang emak yang bekeng mahupun emak yang pasrah dengan sikap anak-anak, pendek kata nak berlakon sebagai mak Bawang Merah boleh, nak jadi mak si Tanggang pun boleh. Memang talented ah. "I loike" bak kata seorang budak baru nak up yang baru belajar nak cakap "I like" dalam slang berbeza yang bunyi lebih menyampah sikit. I don't loike. :<



Tengok ni, jadi penjual sayur-mayur nampak real dah. Cayalah kak Mun. :P


Sekian kali kedua. Babai.

postscript: Ceh, tetiba nak update walaupun tiada idea.

Monday, September 20, 2010

Mengalami Kesukaran?

Heh.. kau tengok tak spammer bernama Miki tu cakap ape kat aku 'Very informative. I learned a lot.' maknanya 'penuh informasi. aku belajar banyak.' Haa... Korang jangan tak tahu yang blog aku ini sebenarnya sangat berinformasi. Heheh.. Ni ada informasi aku nak share dengan korang ni, 'bagaimana berak dengan lawas'. Nak sangat belajar dari blog aku ye. Nah amik informasi ini. Hehe >:D

Korang tahu tak nak berak dengan lawas cemana? Haa.. Senang je, masa cangkung tu korang sedut nafas kaw-kaw punya. Tarik kasi dalam, lepas tu hembus pelan-pelan. Sambil hembus tu tahi korang akan keluar sejajar dengan pernafasan korang. Teknik ini sangat melegakan tapi awas! jika korang hendak membuang 'hasil' kali kedua, berhati-hati ketika menarik nafas kerana tahi korang dalam mangkuk tandas tadi mungkin menghasilkan bau yang mendukacitakan. Jadi berhati-hati ketika menarik nafas kerana korang pasti akan migrain jika menyedut bau tahi sendiri lama-lama. :D

OK, selamat mencuba ya'lls!

p/s:- kotor dan hodoh sungguh entri ini. haha.. kotor macam mana pun, ia tetap informasi. haha... :))

Sunday, September 19, 2010

Datang Tak Siap.

Huu.. Ada orang suruh aku update blog ini dengan alasan beliau 'awak dah lama tak update blog'. Sedangkan aku rasa macam baru semalam aku update blog ni. ceh! tipu diri sendiri. Hmmm.. Aku memang terasa nak membebel bila.... *korang tengok kat chatbox tu* tah spammer mane punya kerja la tu. meh sini aku bebel kat kau meh. bebel bebel bebel justin bibir bebel bebel. (taip banyak banyak perkataan 'bebel' dengan harapan korang tak perasan perkataan justin bibir) :D Dorang kalau nak spam tak nak sikit-sikit. Nah, ambek kau! satu kroni terus mari, itu pun aku dah singkirkan separuh. Namun seperti apa yang orang tua kata 'Jika kau membunuh satu Johnny, Johnny yang lain akan datang', begitulah jua para spammers ini terus datang dan datang. Member aku cakap 'Silent is your best weapon', hah aku pun menggunakan senjata terbaik ini untuk menghapuskan para spammers ini. Kita tunggu apa yang terjadi nanti. Heheh.. masak la kau spammers. Aku guna senjata terbaik aku! Oklah, sebenarnya aku nak share lagu yang aku penah suka jap dulu. Ambek kau!

Duran Duran - Come Undone.



p/s : Apa kaitan video dengan lagu pun aku tak paham. -___-"