Tuesday, August 31, 2010

Emosi.






Pukul 1.30 pagi, aku masih tak tido lagi.
Esok nak bangun pagi, sahur itu mesti.
Bunyi weng sane, weng sini...
Bukan bunyi mercun padi
mahupun mat rempit merempit sesuka hati,
tapi bunyi nyamuk merempit tepi telinga yang bikin panas hati.
Aku balut tubuhku dengan selimut, agar bunyi weng itu tidak ku dengar lagi.

Zapp.. Aduh! nyamuk 'love bite' pula kali ini.
Dalam selimut pun jadi.
Hati terasa panas sekali.
Grrr!!
Aku tak puas hati.


Proottt!! *kentut bau istimewa sensasi*
Ambik ni! Hadiah sagu hati. :)
Yess.. Aku puas hati. Hihihi...


Thursday, August 19, 2010

Ceritera Sang Kancil dan cicak.

Wassap wassap berasak bro!!
Guane awok awok kite nyambut bule ramade ni? Bereh ko?

Ni, kawe ado cerito nak oyak ke demo ni. cerita lucu. lucu benar ah, slok suko kawe dok ingat ko cerito niy. Mase kawe ngah semaye tu, ado la duo ore budok ni kecek bab kereto. dialog ye lagu ni...

......


Waddehel, tetibe tukar dialek. Dah, kembali ke pangkal jalan. Tadi aku pegi mesjid, dan dan masa aku sembahyang aku terdengar dua orang budak berbalah lebih kurang macam ni.

budak A : Tadi bapak aku ada beli kereta baru...

(Biasalah budak suka eksyen, bapak beli kereta baru pun nak eksyen. Bukan dia yang beli pun. Ni yang orang kata "lembu punya susu, Fernleaf dapat nama" ni).

jadi member dia pun balas dengan nada yang lebih berlagak dan yakin yang dia punya bapak lagi bagus...

budak B : Bapak aku kan ade kereta kancil, tapi nama dia Toyota.

Nama dia TOYOTA. T-O-Y-O-T-A.. Waddefishkekcekelat! Kereta Kancil nama Toyota. Kenapa bapak aku tak namakan kereta kancil dia Lancer Evolution X? Boleh berlagak dengan budak dua orang tadi. :P

Kalau macam ni la dialog dorang hari-hari, memang tak leh nak fokus la sembahyang nanti. T___T

Ok ok, cerita kedua pulak.

Lepas witir aku perhati la sorang pak cik ni tunjuk-tunjuk kat makmum depan dia. Aku pun perati la makmum tu. Tahu apa dia?....

Ada cicak atas kepala dia. T____T

cicak atas kepala tahu, lepas tu cicak tu berjaya memboloskan dirinya dan masuk ke dalam baju pak cik tersebut. Laju je cicak tu masuk...

Macam mana aku nak tahan gelak kalau macam ni??

T____T

Tuesday, August 10, 2010

Gaya tidur.

Masa kecik-kecik dulu kan, aku selalu tidur gaya comel. Eh tak, tidur gaya silang tangan macam mayat tu. Pastu cepat-cepat mak aku sound "Hey!! apa tido camtu. Tido betul-betul la". Kemudian aku tertanya-tanya "cemana tidur betul-betul tu?"......

......

....

..

.

(ceh, macam tengah loading page pula ada dot dot nih!)

Jadi aku pun tidurlah dengan gaya lain seperti tidur gaya bebas, gaya kupu-kupu dan juga gaya moonwalk mikel jeksen (gila tipu). Namun aku masih merasakan yang gaya tidur tersebut tidak betul kerana aku tidak kelihatan comel melakukan gaya-gaya itu malah aku kelihatan buas dan terlalu rancak bermimpi padahal tiada apa-apa pun.

Aku pun mengambil alternatif lain selain dari kelihatan comel. Ya, tidur gaya macho. Aku meletak tangan atas dahiku sambil menantikan teguran dari emak. Tiada teguran. Yes, aku kelihatan macho dan emak tidak tegur. Nyatalah ini gaya tidur yang betul. Heheh...

Menjelang dewasa ini aku pun dah pandai fikir sendiri jadi aku cuba untuk melakukan gaya tidur seperti kanak-kanak dulu iaitu gaya tidur macam mayat tangan bersilang. Nak tahu betul ke tidak gaya tidur itu....

*tidur gaya mayat*

Sumpah tetiba rasa macam nak mati. T__T. Takpe, mengingat mati itu pahala. ^___^

Saintis cakap "Gaya tidur kita melambangkan personaliti kita".



Habis kalau tidur camni apa personaliti dia eh?

P/s:- Gaya tidur yang sebaiknya ialah gaya tidur Rasulullah iaitu tidur mengiring ke kanan. :)
P/s/s:- Aku google 'tidur tangan bersilang', tapi keluar ini..


sila klik untuk pembesaran sempurna.




Friday, August 6, 2010

Teknik menghafal.

Nak hafal sesuatu fakta bukannya senang bagi aku. Susah, mencabar lagi meningkatkan potensi nak mengidap penyakit alzheimer. Haa... tak mau tak mau.. Nanti kena kencing dalam pampers. :(
Don't worry be happy, masalah seperti ini sudah lama ditemui jalan penyelesaiannya dan ianya sangat berkesan. Yeayy!! tak yah kencing dalam pampers lagi. :)

Apa caranya tu, cepatlah kongsi Kz!!

Haa..kau pun mesti tak sabar nak tahu cemana nak setelkan masalah problem ni kan? Ni haa ada satu video ajar kau teknik nak ingat sesuatu fakta.

Klik Play jangan tak klik



Haa.. bagus tak cara dia? Sambil nyanyi sambil joget. Memang terus masuk telinga kanan pastu terus install kat otaklah kan? Heheh...
Pasni bolehla kau hafal benda kejadah yang cikgu kau suruh hafal tu. :P

p/s:- argghhh!! tak boleh lupa lagu dia "I have a bad case of diarrhea. I have a bad case of diarrhea. I have a bad case of diarrhea. ". Grr.. >:B


Macam mana wei?

Heyy ya'lls! (gedik gila greeting macam hip hop tapi bila sebut balik macam pondan pon ada) Haha :-P

Pernah tak kau terfikir camna nak bertindakbalas kalau member kau beri reaksi yang pelik bila sesuatu perkara berlaku kat kau? Pernah tak?
Hah, tensi betul bila aku cuba pikir pasal ini, sampai putus saraf kentut memikirkan perkara ini tahu? Kenapa, tak percaya? Haa..ni satu contoh aku nak bagi...

Kau sedang check wallet nak tengok berapa hengget tinggal untuk bajet belanjawan minggu ini. Tiba-tiba si A mengintai wallet kau mengharapkan dapat melihat wajah kau yang seksi itu dalam mykad kau. Apa yang si A dapati cuma sekeping duit seringgit sahaja dalam wallet kau. Kemudian si A berkata pulak "Iyyekk...kau ada seringgit je. Gelinye"...

:-O

Haa.. cemana nak balas tuh? Pelik betul reaksi dia tu. Tak putus saraf kentut kau pikir pasal benda tu? Macam tu ke reaksi yang sepatutnya bila kau tengok member kau ada seringgit je dalam wallet kau? Haha..

"Iyyekk...kau ada seringgit je. Gelinye"...


Ok ok contoh kedua pulak...


Kau tengah jalan lenggang lenggok tepi jalan, tiba-tiba pulak kau tersepak batu sebesar kontena tepi jalan tu(apesal ade batu sebesar kontena tepi jalan pulak ni?? -__-"). Lalu kau pun menjerit aduh dengan sekuat hati. Member kau pulak dengan sopan-santun dan hormat-menghormatinya tegur kau "Selamat pagi Mak Limah, Mak Limah jual nasi lemak je ke? Karipap sardin jual tak?"

Haa..Apa agak-agaknya reaksi kau bila perkara ni terjadi kat kau?


p/s:- aku ingat aku nak try la react camni kat member-member aku, tengok camna reaksi diorang. haha... :-P




Reverse Engineering.

So, how about the new look of Itik pun mahu baca. Crap right? heheh.. like i said before my english is very bad and i sound silly when i talk in english(tiru Amani) and yes you might experience a super boring session with this blog. Bear in mind that all of these changes are only for temporary so be patient and just play along.

Ok, as for today's post I would like to share with you the best reverse psychology conversation ever. Behold! (haha..tetibe)



So what do you think? can you handle that kind of reverse psychology? Heheh...(I think this is more to reverse conversation. LOL Betul la orang cakap, cikgu kencing berdiri, murid kencing berlari) :D

Wednesday, August 4, 2010

I just don't know what to talk about.



picture credited to www.babydollbemine.com

Why the hell is my blog is in english now? and have you ever wonder why ducks also want to read this piece of shit masterpiece? You never wonder about it? Well yeah, me too.. eheh..


Actually, what i've been doing is experimenting my blog by observing the amount of visitors weekly. In the mean time I also spice up my blog with varieties of stupidity excitement such as posting ri-donkey-less story that is not even related with my life, changing the language by using google translate (since i'm NOT good in conversing in english) and a put up a very gay colourful background that will annoys the viewers. :P
During that time, viewers might experience a deadly boredom due the changes that i made. (great, that will decrease the viewers smartass kid). :D


The purpose of this experiment is to determine what kind of content that viewers love to read. (wah, dah macam nak buat proposal FYP dah ni).

Thanks for your patientness readers!

p/s:- seriously, I myself didn't even know why did I put a picture of a baby doll. Haha..
oh, these changes might be temporary. :)

Tuesday, August 3, 2010

Jawapan yang ditunggu-tunggu,

Ok, memandangkan ada sedikit respon tentang 'perut apa yang warna pink?' maka saye pun dengan peramah dan hormat-menghormatinya berilah jawapan kepada anda yang tertanya-tanya tu. (apa kaitan dengan peramah dan hormat-menghormati pula ni? -___-'). Here we goes...Ready, ayomat get set, go!

Jangan malu jangan segan adik-adik semua. Klik je video tersebut untuk airplay..



LOL. nak buat kat adik sayalah camni. :P



Haa..sekarang korang pun boleh dapatkan perut pink sendiri. Bukan cik B atau pun pink panther je buleh perut pink kan? :D



Monday, August 2, 2010

Apa ni?!



Haa... ni saye ada soalan. Senang je, kanak-kanak tadika yang suka menjawab pun boleh jawab soalan ni.


Perut apa yang warna pink?


Haa..jawablah adik-adik. Tunggu apa lagi?