Tuesday, August 10, 2010

Gaya tidur.

Masa kecik-kecik dulu kan, aku selalu tidur gaya comel. Eh tak, tidur gaya silang tangan macam mayat tu. Pastu cepat-cepat mak aku sound "Hey!! apa tido camtu. Tido betul-betul la". Kemudian aku tertanya-tanya "cemana tidur betul-betul tu?"......

......

....

..

.

(ceh, macam tengah loading page pula ada dot dot nih!)

Jadi aku pun tidurlah dengan gaya lain seperti tidur gaya bebas, gaya kupu-kupu dan juga gaya moonwalk mikel jeksen (gila tipu). Namun aku masih merasakan yang gaya tidur tersebut tidak betul kerana aku tidak kelihatan comel melakukan gaya-gaya itu malah aku kelihatan buas dan terlalu rancak bermimpi padahal tiada apa-apa pun.

Aku pun mengambil alternatif lain selain dari kelihatan comel. Ya, tidur gaya macho. Aku meletak tangan atas dahiku sambil menantikan teguran dari emak. Tiada teguran. Yes, aku kelihatan macho dan emak tidak tegur. Nyatalah ini gaya tidur yang betul. Heheh...

Menjelang dewasa ini aku pun dah pandai fikir sendiri jadi aku cuba untuk melakukan gaya tidur seperti kanak-kanak dulu iaitu gaya tidur macam mayat tangan bersilang. Nak tahu betul ke tidak gaya tidur itu....

*tidur gaya mayat*

Sumpah tetiba rasa macam nak mati. T__T. Takpe, mengingat mati itu pahala. ^___^

Saintis cakap "Gaya tidur kita melambangkan personaliti kita".



Habis kalau tidur camni apa personaliti dia eh?

P/s:- Gaya tidur yang sebaiknya ialah gaya tidur Rasulullah iaitu tidur mengiring ke kanan. :)
P/s/s:- Aku google 'tidur tangan bersilang', tapi keluar ini..


sila klik untuk pembesaran sempurna.




4 comments:

aideeb said...

thats funny...ape2 pon jgn lupa baca doa kesejahteraan utk aku sblm tido..eh silap..jgn lupa baca doa tido dan kesejahteraan seluruh umat muslimin muslimnat...

elmo blurb said...

walaweyh !
malunye !
HAHA
bile plak tido silang camtuh ?
HAHA

kzklub said...

@aideeb insha'Allah. kau pun sama eh? hehe..

@elmo blurb LOL. cuba baca description dua-dua bulatan merah itu. berkaitan betul. haha..

elmo blurb said...

HAR. HAR.
adehhh malu~~~