Saturday, March 27, 2010

Hadi, pagi ini merdeka....*intro lagu gelimat
Hari ini ialah hari untuk pelajar-pelajar UniKL IPROM untuk mempersembahkan hasil 6 bulan mereka...

Perasaan gementar akan presentation Final Year Project (FYP) adalah seolah-olah perasaan gementar yang akan membuatkan anda terkencing di dalam seluar dengan secara tidak sengaja. Perasaan ini juga akan menyebabkan student-student UniKL yang akan present hari ini mula post status-status yang membabitkan FYP di muka-buku mereka contohnya "aku cuak bro present hari ini, sila doakan kejayaan aku" (-__-" apakah?? bukan kena pukul dengan kayu besbol secara sadis pon) atau "Panel panel sekalian, sila luluskan aku. Kalau tak aku letak singgam yang telah dikunyah kat seat kereta kau!!" (mentang-mentang terer main mafia wars, berlagak gangster pula. Huhuhu...).

Intro entah hape hape. Apa yang hendak saye sampaikan di sini ialah...

"Selamat present hari ini pelajar-pelajar tahun akhir UniKL IPROM. Good Luck!! Semoga tidak terkentut semasa present. :P ".

p/s:- ini memang tidak logika, mengapa saya masih sempat berblogging di masa genting ini?? -__-"

Saturday, March 20, 2010

ingat tukang tilik betul sangat ke?

Peristiwa :

Ada seorang mamat ini minat pada minah ini. Pada suatu hari, mamat ini terlihat minah ini berjalan dengan seorang mamat yang lain. Maka mamat ini pun jeles apabila melihat keadaan itu lalu tanpa sebarang penangguhan masa, mamat ini pun terus menganggap bahawa mamat itu adalah kekasih minah tersebut sedangkan hakikat yang sebenar ialah mamat itu adalah adik kepada minah tersebut.

Nampak tak? Nampak tak betapa lame nya cerita ini (sila pilih cerita yang lebih bagus Kz).

Apa yang hendak saya sampaikan ialah betapa negatifnya dan merugikannya jika anda cepat beranggapan terhadap sesuatu perkara. Ia menunjukkan kegelojohan anda dalam melakukan sesuatu perkara. Cepat sangat membuat keputusan tanpa soal selidik. Sebelum anda decide untuk melakukan sesuatu, silalah merancang dan analisa tindakan anda itu sebelum anda melaksanakannya. Janganlah jadi seperti mereka-mereka ini ya...


Sunday, March 14, 2010

Wajah baru seh.

Wah..memang waddefark la kan (ooppss..terbuat anda mencarut pula :P ). Tiba-tiba berwajah baru pula blog ini. Okay, blog ini officially under-renovation-process lagi (sebenarnya tidak tahu nak edit macam mana -____-" ). Kalau anda semua rasa lama gila nak loading page blog saya lalu menyalahkan servis internet anda akibat kelembapan tersebut, maka saya syorkan anda klik pada tab posts RSS di atas. Memang cepat gila super duper lah kelajuan loading dia nanti. Lagi satu, jangan lupa beritahu saya pendapat anda tentang perubahan yang dilakukan. Sekian terima kasih. :)

p/s:- okay, sekarang aku ada masalah nak log out. Kat mana pula button log out duduk ni??

Saturday, March 13, 2010

Its been a long time...

Saya disuruh untuk buat tag ini, maka inilah hasilnya...

1. Adakah anda rasa anda HOT?
  • lagi mahu tanya soalan cepu silver ini..mestilah saye sangat cool. gegegeg.... *efek terlalu cool seperti baru keluar peti ais
2. Upload wallpaper pc/laptop yang anda guna sekarang
  • takyah..lame giler dod.

3. Cerita pasal gambar
  • pada suatu hari, Samad ke kedai membeli ubat batuk untuk ibunya yang sakit...

4. Bila kali terakhir makan pizza?
  • sengaja tanya soalan yang buat aku lapar. dah, aku nak makan pizza sekarang juga..
5. Lagu terakhir anda dengar
  • lagu tema kebosanan..(sebenarnya tak ingat lagu apa)
6. Apa anda buat selain menyelesaikan tag ni
  • kau tak nak tahu. :(
  • baiklah-baiklah...tengah korek hidung. :-0
  • acah mak enon..

7. Selain nama sendiri,anda dipanggil nama apa?
  • Brad Pitt, John Travolta, Power Rangers merah, yang ni paling best, David Beckham. Ok, aku tipu sahaja..mereka panggil aku Kz.
Tag lagi 8 orang (8orang sedikit sangat dod)
  • Perdana Menteri Uganda
  • Menteri Penerangan Nigeria
  • Artis terkenal Mongolia
  • Peguam Mahkamah Tinggi Jamaica
  • Petani Thailand
  • Reporter Majalah Kids
  • Mak Cik Cleaner yang shift pukul 11 tu..
  • Penerbit rancangan Barney and Friends.

9. Siapakah no 1 bagi anda
  • Sumpah saye tak kenal dia.

10. Katakan sesuatu pada no 5
  • Saya nak beras siam grade A dengan harga murah..

11. No 3 ada hubungan dengan siapa
  • Dia ada skandal kah?

12. Bagaimana pula dengan no 4
  • Cepat-cepat la cari bini Leman oi..

13. Pesanan kepada orang no 6
  • Column kau tak best langsung..sila tukar kerja sekarang,. (acah je..hehe)

14. kata² cinta untuk orang no 2
  • you~ *suara romantic habis. :P

15. Adakah no 7 dan no 8 ada persamaan?
  • saya tidak pasti apa kaitan mak cik cleaner dan penerbit rancangan barney.. ~___~

16. Berikan 5 yang anda tau tentang orang yg mengtag anda
  • Nama dia Shukriah
  • Masa kanak-kanak dahulu pakai baju purple
  • Dia ada blog.
  • Pernah memandu Mitsubishi Lancer X
  • Pernah pergi air terjun Chilling
p/s :- Masih sengal seperti sedia kala...