Saturday, March 20, 2010

ingat tukang tilik betul sangat ke?

Peristiwa :

Ada seorang mamat ini minat pada minah ini. Pada suatu hari, mamat ini terlihat minah ini berjalan dengan seorang mamat yang lain. Maka mamat ini pun jeles apabila melihat keadaan itu lalu tanpa sebarang penangguhan masa, mamat ini pun terus menganggap bahawa mamat itu adalah kekasih minah tersebut sedangkan hakikat yang sebenar ialah mamat itu adalah adik kepada minah tersebut.

Nampak tak? Nampak tak betapa lame nya cerita ini (sila pilih cerita yang lebih bagus Kz).

Apa yang hendak saya sampaikan ialah betapa negatifnya dan merugikannya jika anda cepat beranggapan terhadap sesuatu perkara. Ia menunjukkan kegelojohan anda dalam melakukan sesuatu perkara. Cepat sangat membuat keputusan tanpa soal selidik. Sebelum anda decide untuk melakukan sesuatu, silalah merancang dan analisa tindakan anda itu sebelum anda melaksanakannya. Janganlah jadi seperti mereka-mereka ini ya...


No comments: