Wednesday, May 26, 2010

Masuk air lagi. T.T

1) Apa yang anda buat bila anda tahu member anda tikam belakang anda?
  • Merasakan nikmat ditikam belakang. Ahh~

2) 6 orang di hati anda
  • Yeke 6 orang? memandai je kamu ini. 11 orang kot. :P (pura-pura menganggap soalan ini suatu statement) -__-"

3) Anda rasa anda comel?
  • Ni soalan bahasa melayu darjah berapa ni? mestilah saya secomel anak itik baru belajar merangkak,

4) Single or taken?
  • Having here. (eh, ini jawapan untuk "makan di sini" jika ditanya di kaunter jualan McD. Hehe)

5) Blog yang saya suka?
  • RoadBlog! (itu road block lah gila..) -____-"

6) Adakah bilik anda kemas setiap hari?
  • Tolong kemaskan buleh?

7) Lagu terakhir yang anda dengar?
  • Lagu kamaruzaman comel. :)

8)Last text message
  • Hang stalker ke nak tau pasal benda ini? (semua orang pun boleh berbahasa kedah) :)

9)Last phone call
  • Merepek tentang aktiviti besuk harinya. Itulah perbualan phone call terakhir saya. Sekarang minta singgit.

10) Hari terakhir anda menangis?
  • Hari belajar memotong bawang. Memotong bawang itu menyedihkan tahu.

11) List 5 kaler feveret anda
  • Pelangi
  • Warna-warni
  • Flourescent
  • Pink (Haha..acah mak enon)
  • Hitam

12) Orang terakhir yang anda berYM?
  • Yah tempe.

13) Game yang anda paling suka?
  • Kentut siapa paling busuk. Serius kelakar dan jijik game ini. Haha.

14) Adakah anda peminat MCR?
  • Apa itu MCR, Mumbai Club Racing ka? Saya tidak tahu apa kaitan saya dengan Mumbai Club Racing. Maaf. :'(

15) Apa perasaan anda jawab tag ni?
  • Banyak nak mampos soalan, letih tahu nak menjawab. Haha. :D

16) Anda rasa tag ni best?
  • Kalau dapat hadiah motor suzuki best baru tag ini best.

17)Tagged lagi 10 orang
  • Melampau ni sampai sepuluh..
  • Saya tag 10 orang yang bernasib malang pada 26 May 2010
  • 10 orang malang, sila jawab tag ini sekarang juga!!

p/s :- lap lip lap lip lap.. buat kerja jangan sampai tersilap~



***************************************************

Saya buncit bukan bunting okeh.

Amik intro yang paling mengancam ini!!


Tadaaa..


Haram muka macho gila... (Haha sumpah perasan nak mampos) :P


Hey salam semua *sambil garu tapak tangan anda. *gede gede bunyi garu tapak tangan. Hehe..
Tuuu diaa abaq ang (tukar slang kedah skit. hehe).
Baru-baru ni cheq pi holiday kat Langkawi. Langkawi kat mana? kat Kedah naa.. (amik, poyo gila cakap macam orang Kedah padahal baru 3 hari je kat sana, perasan perasan perasan) =__="

Okaylah, nak cerita pasal favourite spot kat sana yakni Tasik Dayang Bunting (Tasik itu bukanlah seorang tasik yang bunting, ia di namakan begitu kerana susunan susunan bukit di situ menyerupai seorang perempuan yang sedang bunting dan sedang hisap shisha, ok acah mak enon. hehe).


Takde shisha pon.
Nampak tak seperti seorang perempuan yang bunting. Haa..perempuan perempuan yang baca nak bunting jugalah tu. *tiba-tiba. :P

Situ memang best ah! Tasik dia dalam gila, kira-kira 14meter!! 14meter!! 14meter!! (saje bagi tahu banyak kali supaya orang yang membaca terasa begitu annoying sehingga terkentut. hehe). Kalau berenang-renang tu memang puas macam baru lepas memuaskan dirilah(korang jahat kalau korang fikir lucah. Ha ha ha). Like seriously, kaki tak cecah dasar kot. Memang boleh terjun sesuka hatilah. SESUKA HATI. SESUKA HATI. SESUU.... (ok cukup). Kalau berenang tu tak yah cakapla, macam-macam gaya boleh buat; kuak lentang, kuak kupu-kupu, kuak ketiak masam mahupun gaya dugong baru belajar berenang pun boleh. Ikut suka hati kering andalah nak buat macam mana pun sebab tasik tu memang luas. LUAS. LUUUU.. (melampau betol, CUKUP!!). Memang PUAS gila mandi manda kat situ. Recommended.

Nak tengok gambar tasik dayang bunting la tu. Amik la amik la... Saye bagi percuma je.



Mengacah mahu terjun dalam tasik tersebut dengan gaya ini. *Gaya Nenek bongkok lapan


OK, macam ikan todak menyerang singapura sahaja. Teruk betul gaya terjunan anda Kamaruzaman. 2.3 markah. =___="


Gaya renang seekor anjing comel berbulu di leher. uff uff *bunyi efek anjing comel. :)


Gaya kuak ketiak masam. Ikan-ikan pasti terhibur bila anda melakukan aksi ini.


Ni senyum palsu senyum ikhlas ni? Heheh..



p/s:- Terbaik wok ah! Bak singgit! *tetiba minta singgit, gila sungguh. haha.. :D




************************

Sunday, May 16, 2010

Hobi baru.

Comel gila kartun ini... Enjoy!



p/s : nak melukis juga la tu.

Dan juga ini..



hehehe...