Saturday, February 27, 2010

Kerja dikala tensi.

Memula nak cari ini..



Sekali terjumpa ini sekali. Nah Kiah, ini untuk kome. hehe..



Betul-betul tiada kerja apabila melayan yang ini sekali...



Okay, sekarang sudah kurang stress kan? Cepat pergi sambung kerja. :D

p/s:- Santan tan terselit, salah selit, salah selit..

Saturday, February 20, 2010

Berbondong-bondong.

Apa benda yang berbondong-bondong tu Kz?

Sebelum saya menceritakan apa yang berbondong-bondong tu, saya nak cerita sedikit pasal kemunculan raksasa baltan di TV3 tadi. TERUJA-gamat seh, siap message Baltan 2 lagi tentang kemunculan raksasa tersebut. Jom teruja bersama saya :D. Okay dah, tak berkaitan langsung.

Pembaca mesti tertanya-tanya kan berbondong-bondong itu apa. *angguk kepala. Bondong tu saye sendiri pun tidak tahu apa makna sebenarnya, macam nama orang Korea pon ada tapi maksudnya berkiblatkan 'Bundle' iaitu jumlah yang banyak seperti 'a school of fish' (mengapa rasa seperti berada di sekolah rendah ni??).
Maka berbondong-bondong itu ialah berbundle-bundle seperti jualan bundle di kedai bundle.

Jadi apa yang berbondong-bondong tu Kz?
Ya, tidak asing dan tidak bukan lagi yang berbondong itu ialah assignment sekolah. T_T Okay dah hilang teruja baltan tadi. Mari bersedih secara berbondong-bondong dengan saya. -____-"

P/s :- Bondong sungguh la kamu ini Kamaruzaman!

Friday, February 19, 2010

DJ putar-celup-aiman-punya.

Aku bosan la kan hari ini, jadi aku pon youtube la lagu-lagu Incubus kegemaran. Memula je dah youtube lagu ini Love Hurts (lagu kegemaran beb, mestilah).

Love Hurts- Incubus.



Tapi apa yang aku jumpa ialah ini...



Ouchhh..that hurts. No wonder love hurts so bad aite?

Ahaha.. :D

P/s:- Comel kan cupid tersebut?
(Mentang-mentanglah cupid tu besar, size video pon nak besar juga). T_T





Wednesday, February 17, 2010

Hari Rabu Tiket Wayang Murah. :)

Hai...

O-Kz (umpama menyebut Okay), memandangkan sekarang musim cuti, jadi tak logiklah kan kalau aku tak update blog yang sangat istimewa ini di mana ITIK PUN MAHU BACA!! Istimewa tak? istimewa tak? Cakap istimewa, kalau tak aku geletek bunuh (eleh, bajet garang).

Cuti aku kali ini dipenuhi dengan aktiviti tido mengepam, dah lama siot tak mengepam. Biasa cuti asyik panjat gunung je... Segala jenis penatlah keluar bila asyik panjat gunung kan, penat berjalan, penat berleter, penat bergossip-girl, penat basuh baju dan macam-macam lagilah (tipu lah tu penat basuh baju, padahal pakai washing machine je). Jadi memandangkan segala penyakit penat dah keluar sehingga diari kehidupan penuh dengan perkataan 'Penat', aku pon decide untuk relax sikit minggu ini. Sikit je, tak banyak pon... Pasni mesti nak naik gunung lagi ni.. Bukan boleh caye dod Kz ni. (Ape ni?? menjatuhkan saham sendiri dengan mengutuk diri sendiri ni, ini tidak cool) -____-"

Oh ye, aku sangat kerinduan untuk menonton wayang tambahan lagi sudah keluar dua cerita bajet kegemaran yakni Wolfman dan Lightning Thief. Para kaki wayang, cepat ajak kaki aku keluar sebelum kaki aku panjat gunung lagi.. Cepat!! Kaki aku ini dah la suka panjat memanjat (Okay, sudah mula melalut. Wajarlah aku label post ini sebagai Blur blur)

Sekian,
Bye!

p/s:-


Hensem kan kawan aku yang ini... Setuju buat pose tangan macam itu.
Lokasi : Puncak Gunung Nuang.


Friday, February 12, 2010

Empingan Jagung.

Mahukan perut yang ramping seperti empingan jagung? Ya, begini ada dua cara-membunuh untuk mendapat perut seramping empingan jagung cornflakes (dah empingan jagung, cornflakes lagi. Apalah Kz ini. -___-'' )

Kaedah pertama. The Plank.



Kaedah kedua. Butterfly Abs.



Selamat merampingkan perut. Kalau tak ramping jugak, makanlah empingan jagung sahaja hari-hari. :D

Monday, February 1, 2010

apa kata Kz?

Hhhai kkengkawwan.. (ceyy..taip macam orang yang penat gila pastu keyboard pula rosak pastu mencarut pula bahasa uzbezkistan. Macam haram jer kan) *mak aii..intro panjang gila. Cakap Hai sudeh..

Sebenarnya dah lama ingin update blog dengan aktiviti-aktiviti musim cuti saye yang sudah pasti akan membuatkan para pembaca jeles lalu copy dan paste ke dalam blog mereka untuk membuatkan pembaca lain pula jeles terhadap mereka. Lalu pembaca lain pun copy dan paste ke dalam blog mereka juga untuk membuatkan pembaca-pembaca lain termasuk saya juga jeles. Maka saya pon akan copy dan paste ke dalam blog saya juga. (Apa benda yang kau cuba buktikan di sini Kz?!!) -_-''
Tapi apakan daya saya sebagai seorang insan yang malas untuk mengejas gambar-gambar yang dipenuhi posing-posing hodoh cute Kamaruzaman lalu menukarkannya menjadikan gambar-gambar kelihatan lawa lagi menampilkan ketabahan Kamaruzaman. :) *Hehe..menyampah gila.

Kesimpulannya saya malas hendak update blog. Sekian terima kasih daun keladi, kalau sudi lawat lagi.

P/s:- Buat apa nak lawat jika tidak update?