Monday, February 1, 2010

apa kata Kz?

Hhhai kkengkawwan.. (ceyy..taip macam orang yang penat gila pastu keyboard pula rosak pastu mencarut pula bahasa uzbezkistan. Macam haram jer kan) *mak aii..intro panjang gila. Cakap Hai sudeh..

Sebenarnya dah lama ingin update blog dengan aktiviti-aktiviti musim cuti saye yang sudah pasti akan membuatkan para pembaca jeles lalu copy dan paste ke dalam blog mereka untuk membuatkan pembaca lain pula jeles terhadap mereka. Lalu pembaca lain pun copy dan paste ke dalam blog mereka juga untuk membuatkan pembaca-pembaca lain termasuk saya juga jeles. Maka saya pon akan copy dan paste ke dalam blog saya juga. (Apa benda yang kau cuba buktikan di sini Kz?!!) -_-''
Tapi apakan daya saya sebagai seorang insan yang malas untuk mengejas gambar-gambar yang dipenuhi posing-posing hodoh cute Kamaruzaman lalu menukarkannya menjadikan gambar-gambar kelihatan lawa lagi menampilkan ketabahan Kamaruzaman. :) *Hehe..menyampah gila.

Kesimpulannya saya malas hendak update blog. Sekian terima kasih daun keladi, kalau sudi lawat lagi.

P/s:- Buat apa nak lawat jika tidak update?

No comments: