Thursday, July 29, 2010

Lets get old beybeh!

Memandangkan aku pun dah tua, tiba-tiba je pun aku layan Oldies. Gila bajet kan? tau dek mak musti kaw-kawnye perli "eceh anak mok ni, layan Oldies pulak. Poyo habaq hang". Ok tipu, mak
aku tak kecek gitu. Hehe.. Pape pun lagu Oldies ni evergreen macam aku jugak. Haa.. nak muntah sebab aku evergreen la tu. Ceh! Korang lagi la. Everpink! hehe.. Ok ok..here goes...

Layan...

All I have to do is dream Live! - Everly Brothers.



Sealed with a kiss Live! - Brian Hyland



Eceh.. Uncle auntie pon menari sama. Gila romantika di taman bunga.. Heheh.. Ok last...

Runaway - Del Shannon.



Wa wa wa why... Haha..

..Toodles peeps..

p/s :- The awesomeness of oldies has never wears me out.

Tuesday, July 27, 2010

Inception

Pernah tak korang terpikir yang mimpi kita boleh diselinap masuk oleh orang lain? Haa..tak pernah?! Korang ni berfikir ke tak ni?? :D selambakodok je perli orang. hee..
Kalau ikut teori keanakan aku la kan, memang logik la kalau mimpi kita ni boleh diselinap masuk sebab syaitan pun boleh mempermainkan mimpi kita apatah lagi manusia kan? Logik tak, logik tak? Korang pun keanakan kalau korang terus setuju tanpa berfikir. hee.. perli orang lagi. 2-0!

Cakap pasal mimpi ni kan, haa.. ni ada cerita BEST yang cerita pasal mimpi; Inception



LOL. Kena tipu. Oklah oklah, amek ni!



Berdebar-debar jantung nak tengok cerita ni kan?

p/s:- perhh.. cemana la kalau time tengah mimpi basah pastu diselinap orang, gila tak cool.

Thursday, July 22, 2010

Seni Dan Jem Blueberry.

Selesai minum di kedai mamak, kami terus bergegas pulang ke rumah masing-masing. Dalam perjalanan ke kereta aku sudah merasakan perasaan tidak enak pada pundi kencingku, barangkali aku mahu terkucil atau bahasa seninya buang air seni (sedikit ironi di sini, haha). Aku mengambil ringan perasaan tidak enak ini sambil berkata "ah, kat rumah boleh buat. 15 minutes away je dari sini. Boleh tahan lagi".


Aku meneruskan perjalananku ke rumah dengan menaiki kereta comel-lote berkuasa kuda 660HP ku dan aku memandu mengikut had laju yang ditetapkan oleh penguatkuasa undang-undang jalan raya Malaysia. Kelajuan ditingkatkan sedikit demi sedikit kerana perasaan hendak terkucil itu semakin membuak-buak dan sukar untuk dikawal akal dan perasaanku. Dalam hati aku berkata "Sempat ni kalau bawa laju-laju". Pemanduanku semakin lama semakin laju hingga bunyi radio yang berkumandang semakin sayup kedengaran dek desiran angin yang semakin kuat dibadai kereta comel ini.


Sedang aku hanyut dengan kelajuan si comel tiba-tiba aku ternampak beribu lampu merah menyala di hadapanku, lampu brake kereta rupanya. "Damn, traffic jam! Mesti roadblock ni". Kepala hotakku sudah mula ligat memikirkan alternatif lain untuk aku melepaskan hajat kecil yang terpendam ini. Ku lihat ke kiri dan ke kanan untuk mencari jalan keluar dari kesesakkan itu, malangnya tiada jalan untuk ke persimpangan keluar. Ku lihat hadapan beribu-ribu kereta menyalakan lampu brek mereka. Aku mulai sedar yang aku dah terperangkap dalam situasi yang membingungkan lalu hati kecilku mula mengomel...


"Aku dah la tak tahan nak kencing ni, boleh pulak tersangkut dalam traffic jam. Hampa-gas betul!!" :((


arrgghhhhh!!!


moral of the story :- kencing sebelum terlambat. hehe...


Tuesday, July 13, 2010

Pornografi.

Haa.. Nak ambil tahu pasal pornografi la tu. :P

Hehe.. Actually aku saja testing nak tengok traffic blog ni, cepat naik atau pun maintain macam itu juga bila aku post entry pasal pornografi. Aku ada terbaca entry siapa entah cakap "kalau nak tengok blog dapat hit yang tinggi-tinggi, korang kena post cerita-cerita yang sensasi". Haa.. Lebih kurang macam tu la ayat beliau. Jadi aku pun cakap la balik "WTH, nak try la camni!". :P

Selepas membuat sedikit research ke atas topik-topik yang sensasi, aku dapati yang perkataan porno adalah keyword yang paling mujarab sekali untuk memancing para pembaca. Jadi tanpa segan silu, aku pun mengaplikasikan apa yang telah ku pelajari hari ini (gila noob :P).
Ok, last aku tengok blog ni dapat 4548 hits. Kita tengok lagi 3 hari berapa banyak pening-katan pengunjung blog ni.
*Pening-katan = pening lalu terus pergi berkhatan kat Tok Mudim yang sudi.

Oh, memandangkan tajuk pun dah pornografi aku pun nak sensasikanlah sikit entry dengan gambar-gambar porno yang mengancam jiwa. :D





Amek!!! Ha ha ha ha.. Macam R Kelly pun ada dod. :D





Tergoda mak cik yang bawak kereta kancil 660 nak pergi pasar apabila melihat aksi ghairah biker ni. @_@







Haa.. horny la tu. :P



p/s: aku gila ke korang yang gila?




Thursday, July 8, 2010

Peti ais rumah aku pun tak sejuk macam ni.

Hai~
(gaya mesti nak macam dalam cerita Ali Baba Bujang Lapok)


Hari ini aku nak post review sikit pasal cerita best yang aku baru tengok, Frozen. Haa... adik-adik, makcik-makcik, kakak-kakak sekalian. Wajiblah uolss tengok cerita ni sebab cerita ni memang malatoplah. i tell you..malatop!! bomkebaboww!! eh, apesal aku cakap macam aw aw ni. Mesti kena rasuk secara senyap-senyap dengan aw aw ni. -___-* cing!


Oklah, aku pun tak nak spoil cerita yang memang best sehingga menggigit jari itu jadi aku bagi sikit description pasal cerita tu. Bayangkan korang dan dua rakan korang tersangkut dalam cable car jenis kerusi yang takde tingkap tu pastu kat atas puncak bukit bersalji, selama 5 hari pulak tu. Pastu pastu takde sorang pun tahu yang korang tersangkut kat situ. Pastu pastu dan pastu lagi korang rasa sangat sangat dan sangat nak terkencing.. Haa..terukkan situasi ni. Bayangkan apa yang korang akan buat. Ok korang tak payah bayangkan, tengok je cerita ni. Dorang yang akan tolong bayangkan. (berapa banyak bayangkan daa...)



Haa.. nak tengok la tu.

Memandangkan aku ni baik, comel, sopan-santun dan suka cakap pasal moral of the story, maka korang pun terpaksalah baca moral of the story cerita ni dimana cerita ini mengajar kita dalam membuat keputusan, kita tak perlulah terburu-buru membuat keputusan mahupun sambil memburu sambil menunggu keputusan peperiksaan (eh takde kaitan). Apa-apa pun, sikap terburu-buru sering membawa padah. Haa..so kita kena bersabar dan merancang dalam membuat keputusan. :)


Last but not least, selamat menonton cerita ini sambil menggigit jari akibat kengerian yang ekstrim.


p/s: sediakan kuku palsu agar kuku original terselamat dari digigit diri sendiri atau korang boleh gigit kuku orang sebelah je. :D
(kenapa tiba-tiba terasa ada orang nak tarik janggut aku ni?)

Wednesday, July 7, 2010

Bila dah lama tak update.





-__+ !!!














Ok, aku dah ambil masa selama 20minit memikirkan idea nak taip apa, namun masih tiada idea untuk menaip sesuatu yang menarik. -__-"







Aku tak tahu nak update apa. Babai. Ha ha ha..