Thursday, July 22, 2010

Seni Dan Jem Blueberry.

Selesai minum di kedai mamak, kami terus bergegas pulang ke rumah masing-masing. Dalam perjalanan ke kereta aku sudah merasakan perasaan tidak enak pada pundi kencingku, barangkali aku mahu terkucil atau bahasa seninya buang air seni (sedikit ironi di sini, haha). Aku mengambil ringan perasaan tidak enak ini sambil berkata "ah, kat rumah boleh buat. 15 minutes away je dari sini. Boleh tahan lagi".


Aku meneruskan perjalananku ke rumah dengan menaiki kereta comel-lote berkuasa kuda 660HP ku dan aku memandu mengikut had laju yang ditetapkan oleh penguatkuasa undang-undang jalan raya Malaysia. Kelajuan ditingkatkan sedikit demi sedikit kerana perasaan hendak terkucil itu semakin membuak-buak dan sukar untuk dikawal akal dan perasaanku. Dalam hati aku berkata "Sempat ni kalau bawa laju-laju". Pemanduanku semakin lama semakin laju hingga bunyi radio yang berkumandang semakin sayup kedengaran dek desiran angin yang semakin kuat dibadai kereta comel ini.


Sedang aku hanyut dengan kelajuan si comel tiba-tiba aku ternampak beribu lampu merah menyala di hadapanku, lampu brake kereta rupanya. "Damn, traffic jam! Mesti roadblock ni". Kepala hotakku sudah mula ligat memikirkan alternatif lain untuk aku melepaskan hajat kecil yang terpendam ini. Ku lihat ke kiri dan ke kanan untuk mencari jalan keluar dari kesesakkan itu, malangnya tiada jalan untuk ke persimpangan keluar. Ku lihat hadapan beribu-ribu kereta menyalakan lampu brek mereka. Aku mulai sedar yang aku dah terperangkap dalam situasi yang membingungkan lalu hati kecilku mula mengomel...


"Aku dah la tak tahan nak kencing ni, boleh pulak tersangkut dalam traffic jam. Hampa-gas betul!!" :((


arrgghhhhh!!!


moral of the story :- kencing sebelum terlambat. hehe...


No comments: