Thursday, September 24, 2009

tujuh (7) part 2

oklah kawan2, ni aku dengan bajet rajinnye telah menyambung entri bertitle tujuh(7) ni..rajin sungguh aku ni..ni yang mak bapak suke ni..dah la rajin suka nombor 7 pulak tu..gile berbaloi-baloi..ok, terlampau-lampau lak promote diri, kang ade yang kene conteng arang di muka kang..hehe..

mengikut sebuah hadith yang aku tak ingat sape yang sampaikan(korang boleh cekidaud sendiri kalau tak caye), pada zaman baginda(Nabi Muhammad s.a.w), sahabat2 ade menanyakan tentang makna hari-hari pada baginda, maka baginda pon bersabda :-

  1. Jumaat - Hari Jumaat adalah hari yang baik untuk mengadakan perhubungan dan pernikahan.
  2. Sabtu - Hari Sabtu adalah di namakan sebagai hari tipu daya, kerana pada hari itu orang-orang kafir Quraish telah mengadakan tipu daya pada perjanjian Darrun Nadwah.
  3. Ahad - Hari Ahad adalah hari yang baik untuk bertanam dan membuat binaan, kerana pada hari Ahad Allah memulakan menciptakan dunia dan membangunnya.
  4. Isnin - Hari Isnin adalah hari yang baik untuk musafir dan untuk berniaga, kerana bahawasanya pada hari Isnin Nabi Syith telah musafir dalam urusan perniagaan dan beliau banyak mendapatkan keuntungan dari perniagaannya.
  5. Selasa - Hari Selasa adalah hari berdarah, kerana pada hari itu, bermulanya Siti Hawa berhaid, dan pada hari itu pula mula-mula terjadinya pembunuhan anak Nabi Adam iaitu Qabil membunuh Habil.
  6. Rabu - Hari Rabu adalah hari kebinasaan yang berkekalan, kerana pada hari itu Allah SWT menenggelamkan Fir'aun bersama kaumnya. Kaum Samud dan kaum 'Ad yang mereka itu adalah kaum Nabi Saleh, juga di binasakan oleh Allah pada hari Rabu.
  7. Khamis - Hari Khamis adalah hari yang baik untuk menuntut sekalian hajat, kerana bahawasanya Nabi Ibrahim AS pergi ke istana raja Mesir, maka raja Mesir menunaikan hajatnya dan mengembalikan isterinya Siti Sarah.
owh..bercakap pasal makna hari ni kan, aku ade ter-across satu website ni..dia citer pasal hari sabtu yakni hari tipu daya..korang boleh cekidaud website ni (klik sini) sendiri sebab memang lagi best bace sumber dia daripada bace kat blog aku neh..korang bolehlah wat research sendiri pasal makna2 hari ni..seronok tau, macam2 boleh blaja..mungkin boleh membantu mempertingkatkan kualiti kehidupan korang(chewah..bajet dow aku ni)

ow oh..nampaknya "to be continued" telah mencemburui kita, jadi sampai sini saja kawan2..ok babai

No comments: