Sunday, November 15, 2009

Dying Breed

hai kaki² wayang semua. korang suka makan pai sambil tengok wayang ataupun sambil tengok wayang makan pai?haa..kalau dua² pon korang suka, ni ade cerita best untuk korang layan. sesuai sangatlah tambah² lagi bila korang makan pai.emm..nyamannya..

tajuk ceritanya ialah Dying Breed. tadaa~



yess..tengoklah posternya. gambar pai. sesuai kan? mesti korang dah teruja nak makan pai sambil tengok cerita ni ataupon sambil tengok cerita ni korang makan pai.. kan kan kan? saya tahu anda teruja-

ceritanya mengisahkan sekumpulan kecil kanibal yang ingin terus hidup di sebuah pulau tasmania di sekitar britain. mereka didatangi empat pengunjung yang memang cari nahas-padan-muka-kau. nak dijadikan cerita, pengunjung² ini tidak tahu akan kewujudan kumpulan kanibal ini, yang mereka tahu ialah kewujudan kumpulan Search, Scoin, Spin, Spoon dan macam² lagilah kumpulan yang bermula dengan huruf S. Siti Nurhaliza termasuk juga kot.(OK, ini tipu sahaja..haha..korang terkena). Tujuan sebenar si pengunjung² melawat pulau tersebut adalah kerana ingin membuat dokumentari tentang singa tasmania yang dipercayai pupus tetapi malangnya sedang mereka asyik memburu singa tanpa mereka sedari mereka pula yang diburu kanibal. main kejar² kau orang ya. part yang menariknya ialah kanibal ini tahu membuat pai, pai mereka sedap tau. disebabkan itulah anda yang gemar makan pai wajib tonton cerita ini.

okeh, cukup satu perenggan sipnosis yang merepek itu saya teruskan pula dengan komen saya tentang cerita ini. keseluruhannya cerita ini sangatlah kejam-sial-kau. kanibal ini makan manusia seperti makan pai sahaja. tak bergaya lansung, harimau makan kambing lagi bergaya tau. robek²!! walaupun gaya makan mereka tidak kuul, tatapi cerita ini tatap mak laku weh. aksi² seram dan kejam yang dipaparkan cerita ini boleh membuatkan para penonton memberikan reaksi seperti ingin ke tandas dalam keadaan emergency. menyorok di sebalik beg atau sweater untuk tidak melihat tayangan adalah perkara normal yang berlaku di dalam panggung. untuk rating, saya bagi 4.52 bintang lah kerana cerita ini berjaya menyentuh perasaan cuak para penonton. okeylah anda² semua, selamat menonton.

No comments: