Tuesday, January 12, 2010

Join the Klub!

Lihat gambar-gambar ini.




Tadaa... *tiba² muncul

OK, untuk pengetahuan korang tempat ini namanya Air Terjun Jerangkang. Ia terletak di sekitar daerah Kuantan, Pahang. Mari lihat lagi gambar-gambar menarik. (apahal skema semacam je entri aku yang ini)


Cantikkan? Ada kolam untuk berenang di situ. Saya suka. :)


Afiq pon ada. Tunggu apa lagi, cepat minta nombor talipon dia!! Dia hensem tau. (tiba² promote Afiq ni).


Mari kita cakap "Nice, nice" banyak kali.


Sepakat membawa berkat. Yah berkat lagi kenyang! Kenyang lagi buncit (Itu saya) T_T .


Maggi itu makanan ruji kot.


Ooyeahh.. Lepas makan terus berenang-renang. Terbaik wok!!




Lets hit the dancefloor mon!


Posing tersebut tidak menipu. Memang terbaik wok!


Campsite besar, siap ade tandas lagi.


Boleh makan ini kalau pandai masak. hehe..

Haa.. Best tak? Nak pergi tak?
Kalau nak pergi mari sertai program kami ke sana. Jomlah!
berikut adalah butiran lanjut tentang program ini:-

Tempat : Air Terjun Jerangkang, Pahang.
Tarikh : 15/01/2010 - 17/01/2010 (2Hari 3Malam).
Yuran : RM30 (tidak termasuk tambang perjalanan).
Kaedah untuk ke destinasi : menaiki bas ekspres ke Kuantan.
Tempat menginap : Khemah disediakan. Jangan risau.
Makanan : Sendiri mau ingat. Bawak la kismis ke, serunding ke, sardin cap aina ke(untuk yang nak memasak).
Peralatan yang dicadangkan untuk dibawa : Kain pelikat, Lampu suluh, baju mandi, wang lebih untuk kecemasan dan Kamera.

Kami akan berkumpul di UniKL City Campus, Kuala Lumpur sebelum bertolak ke sana. Waktu bertolak adalah malam (ye, sebab itu 2Hari 3Malam). Kita akan menaiki bas ekspres ke Kuantan di Stesen Bas Pekeliling, Kuala Lumpur. Di harapkan anda yang sertai program ini sediakan lampu suluh dan bateri yang secukupnya kerana kita akan melakukan aktiviti Nightwalk (suka suka, tak perlu berpeluh di siang hari..heee). Mengikut pengalaman saya, aktiviti trekking tidak mengecewakan. :) Oh ye, pada sesiapa yang ada kamera canggih sila bawa kamera anda sekali kerana anda pasti teruja dengan keindahan alam yang akan anda saksikan.

Untuk menyertai program ini sila hantarkan butir anda ke +60172566533(Kz) atau +60135054320(Apek).

Butir-butir yang diperlukan: Nama dan nombor IC anda, Nama dan nombor telefon penjaga anda.

P/s:- Jumpa anda di sana! ;)


2 comments:

Bagi-Bagi T-Shirt said...

wah2.keren banget foto-fotonya ....:D

kzklub said...

wehehe..thanx :)