Sunday, November 28, 2010

Selamat Hari Guru Encik Pitka.



Senarai buku yang dihasilkan oleh Guru Pitka.

Sebenarnya entri ini tiada kaitan dengan Guru Pitka. Haha..


Hai, meng'update' blog bukanlah cita-citaku, namun aku masih meng'update'nya seolah-olah ia tersenarai dalam ruangan cita-cita di dalam borang pelepasan sekolah rendah dulu. Kini umurku dah mencecah lapan juta tahun, maka sudah sampai masanya aku mengejar cita-citaku yakni menjadi seorang bapak yang baik hati dan sering membuli anak-anaknya. Dulu masa kanak-kanak dulu, cikgu beri borang suruh isi. Kat ruangan cita-cita tu aku tak tahu nak isi apa jadi aku tengoklah member sebelah, dia tulis jurutera. Aku pun tulis juruteralah jugak (ceh, cita-cita pun nak meniru -___-") padahal hakikatnya aku sendiri pun tak tahu jurutera tu apa. haha..

Kemudian setelah selesai mengisi borang, cikgu pula mempersoalkan aku, "Awak nak jadi jurutera apa Kamaruzaman Kz Abdul Halim?". Mestilah aku kaget kerana aku sendiri pun tak tahu jurutera tu apa. Aku pun menoleh ke kanan dan ke kiri sambil menyanyi lagu senario...

Toleh kanan toleh kiri
Toleh depan tapi bukan belakang
Pukul lima jemput dia
Alih alih mak bapaknya yang ada

Tiba-tiba idea datang untuk meng'auta' cikgu tersebut, lantas aku terus jawab "Saya nak jadi pereka cipta cikgu!". Cikgu pun memberi reaksi terkejut dan tidak berpuas hati lalu menambah soalan sesuka hati "Tapi awak tulis kat sini awak nak jadi jurutera Kamaruzaman Kz Abdul Halim, bukannya pereka cipta". Aku terdiam kerana tidak tahu untuk menjawab apa... Ternyata aku ini bukan seorang yang suka menjawab dan pendiam orangnya. Baik betul Kamaruzaman Kz Abdul Halim ini. :-P

Tapi kini bila dewasa, ku mula memahami alam pekerjaan dan porno dan aku dapati bahawa pereka cipta itu juga sebenarnya tergolong dalam golongan jurutera. Kini baru aku sedar, rupa-rupanya aku juga telah di'auta' oleh cikgu tersebut. Berani betul beliau memperkotak-katikkan aku. Ciss..

post script : jangan meng'auta' orang yang lebih tua kerana mereka lebih pandai meng'auta'. Berapa banyak auta daa...


4 comments:

aideeb said...

kenapa kau tidak bercita2 menjadi ustaz kz..ekekek

nazzaman said...

dulu aku paling tak sukak ene tanye psl cita2.. sbb aku takde cite2 ms skolah dulu... bnyk cite2 aku bgtau kat cekgu. hohoho~~~ satu pon tak kaitan ngan ape yg aku wat skg.. hohoho!!!

kzklub said...

@dib aku pun tak tahu kenapa aku tidak bercita-cita sedemikian rupa. mungkin kerana aku tertiru jawapan cita2 member sebelah kot. :P

@naz salah satu mesti nak jadi doktor kan? :P antara cita2 yg femes dulu doktor, askar, jurutera. hape tah, semua tiru buku teks sekolah. :D

nazzaman said...

hahhh!!! betol la tu... hahahaha~~