Thursday, December 2, 2010

Amfibia.

Aku ini seorang yang curious sehinggakan cerita The Curious Case Of Benjamin Button pun aku tengok kerana ada perkataan 'curious' sahaja. Untuk menambahkan elemen curious dalam diri aku, aku pergi tonton cerita kutukan ramai yakni 2 Alam. Waddehel weh! jangan kritik je tahu, tengok dululah baru tahu. Bak kata Kiah Tempe "don't judge the movie by Dr Rozmey's wig". Cerita itu sebenarnya boleh tahan...

Nak dijadikan cerita, sehari sebelum menonton 2 Alam aku pergi menonton cerita pujian ramai iaitu Ngangkung. Ohh, sumpah cerita tersebut mendukacitakan lara aku kerana jalan ceritanya yang bosan dan membuatkan salur kentut ku menangis teresak esak dek tak jadi kentut. Biasanya kalau cerita best aku kentut kentut. Proot proot!! *punggung berair

Apa yang membuatkan aku curious dan mahu tengok cerita ini adalah kerana trailer ini yang di ambil dari youtube,



Ok, part muka si Rozmey tu memang tidak mengujakan tapi yang menariknya ialah mesej yang cuba disampaikan dalam cerita ini yakni 'senantiasalah ingat mati', lagipun barisan pelakon memang tak nak kalah tapi macam mana orang lain boleh kata cerita ini tak bagus. Musykil tahu, jadi aku pun pergilah menonton cerita ini dan serius aku rasa cerita ini lagi bagus dari Ngangkung. Serius kurius.

postscript : Pegi tengok nun, don't see what others tell you to see but see it on your own. (Ceh, apa falsampah yang memeningkan ini). -___-" Last but not least "Don't judge the movie by dR Rozmey's wig". Sekian :P


9 Disember ni Hantu Kak Limah Balik Kampung, anda dah booking tiket?

4 comments:

Eqa said...

weh,pergh aku login je masuk blog ko.keluar lagu chicken dance seh.ahaha

kzklub said...

ni elemen lawak tersembunyi dod. ko dah jadi mangsa. haha.. :))

mizah Arshad said...

overall
ngankung was ok
aku tak bodoh much better
2 alam so-so
social network fantastic

hantu mak limah insya-Allah esok :)

nazzaman said...

ni cite plg ngok yg aku penah tgk... tah pape tah..nasib baek beli vcd pirate je.. tu pon pakcik aku yg beli.. jimat duit aku.. hohoo~~