Friday, November 19, 2010

Tak jadi nak serius.

Kau pernah tak berada dalam situasi stress sampai nak marah tapi sebab sesuatu peristiwa mencuit bahu, puting, pusat dan hati, kau akhirnya tak jadi nak marah dan akhirnya kau gelak berdekah-dekah? (macam panjang sangat soalan ni) Tak paham soalan? Ok, macam ni...
Kau pernah tak berada dalam situasi stress sampai nak marah tapi sebab sesuatu peristiwa mencuit dahi, hidung, kaki dan hati, kau akhirnya tak jadi nak marah dan akhirnya kau gelak berdekah-dekah? (tah pape mengulangi soalan yang tak paham ini, organ badan je lain). -___-"

Ok ok macam ni, kau bayangkan semasa kau sedang asyik memandu sambil menyanyi lagu Asyik-Amelina remix, secara tiba-tiba sebuah kereta merah memandu laju dan kemudian memintas kau secara kurang hajar lantas kau terus men'cabeb' (carut+bebel) tanda menunjukkan protes dengan tindakan pemandu yang kurang hajar tersebut.

"Cilaka punya orang bawak macam sial, dah la muka banyak jeragat pastu korek hidung guna jari telunjuk pulak tu!! Kalau aku dapat kau, aku kentut kuat-kuat depan muka kau sampai puas. Grr..."

Kemudian, tiba-tiba punggung kau terkentut. Kentut tu baunya busuk amat pulak tu, bau macam petai. Pastu kau tergelak sipu-sipu sebab tak dapat menahan bau kentut tersebut. Cepat-cepat bukak tingkap untuk mengambil udara segar. Haa.. pernah alami tak?

Ok, tak lawak tapi apa yang aku nak cakap ni lebih kurang macam video ni la. Nak serius tapi akhirnya tergelak jugak...



postscript : aku selalu tergelak masa tengah serius. T_T

2 comments:

ShukriahJasni said...

kurang hasam dod mengaplikasikan pada orang comel T_T

kzklub said...

lagi seronok kalau menaplikasikan pada aplikasi iphone4. :-S