Thursday, June 10, 2010

Nak jerit pergi sini.


***

Baru-baru ini saya dan rakan-kuat-jerit saya ke Genting Highlands untuk berhibur sempena hari lahir beliau, (kot, hehe). Oh, kalau pergi Genting semestinya untuk menaiki ride yang ditawarkan seperti bot-ke taman-dinosaur-yang membosankan, Ferris wheel yang lembap siap sempat bancuh kopi, cawan berputar yang tidak happening dan pelbagai lagilah ride yang lame cuma sesuai untuk kanak-kanak bawah umur.

Untuk menaiki ride-ride itu kami perlu membayar tiket berharga RM44 satu kepala, malangnya saya ada banyak kepala seperti kepala lutut, kepala hotak hang, kepala paip dan pelbagai kepala lagilah, miskin miskin.. T_T (ini lawak bodoh tahu, haha)

Nasib kami agak malang kerana hari kami ke sana ialah hari cuti sekolah di mana ramai pelajar sekolah yang sudah mengumpul duit untuk ke Genting Highlands memilih tarikh ini untuk berhibur bersama rakan-rakan mereka yang turut mengumpul duit untuk ke genting highlands juga, jadi kami perlu beratur panjang kerana mereka. T___T (Haha) Malang semakin tidak berbau apabila rides terpaksa diberhentikan seketika akibat hujan yang turun bagaikan air mata. Selain daripada beratur kami juga perlu menunggu hujan selesai menjalankan tugas beliau dan menunggu itu bukan sesuatu yang menyeronokkan tahu. (Huhu)

Malam semakin menjelma, kami semakin keciwa dan pasrah kerana tidak dapat menaiki rides yang lame itu...

Pukul 9.30 malam, Taman Tema Genting Highlands hampir sampai kepada penutupnya. Hujan sudah mula renyai, rides yang lame kembali dibuka kepada orang ramai. Untuk menebus rasa keciwa kami terus menaiki alat-perasan-superman atau lebih dikenali sebagai The Flying Coaster... jeng jeng jeng.. saksikan sedikit babak dari The Flying Coaster.




WAAAAAA...WUUUU...WEEEE...AAAAA!!!! ggaahhh!!
Itulah sedikit babak jeritan oleh rakan-kuat-jerit saye yang sempat saye rakamkan dalam kepala hotak saye. T_T (Haha, mati kena sekeh pasni gamaknya :P)




Ternyata saya silap, rupa-rupanya ride ini tidak lame dan ia sebenarnya sangat menyeronokkan sehingga remote alarm kereta saya pecah akibat menaiki ride ini. T_^ (icon untuk sedih dalam gumbira. Haha). Ride ini, anda patut mencubanya. Saya mahu naik lagi, anda mahu?


p/s:- Sengaja panjangkan entry sebab malas upload gambar. Boleh?



Credit kepada ShockWaveBlastMax kerana upload video itu di youtube.

****

4 comments:

Panorama Ria said...

jerit skali la berani !!! ahahaha

Eqa said...

g genting x ajak seh...

mai.marshmallow said...

lawak lawak sungguh...teringin nak naik rides tapi malangnya, pengecut & gayat tak hingat. fyi...tak pernah pegi genting pun...sadisss..

kzklub said...

@shuk ggaahhh!! amik. ahaha...

@iqa jom la berani. kau belanja. ahaha..

@mai belum cuba belum tahu. dah cuba pasti nak tulis kat blog. :P