Thursday, December 8, 2011

Joget Limbo yo!

Hey baby, <3

Cehh.. sumpah korang geli kan? Inilah hakikatnya, korang pun menggunakan ayat ini tanpa korang sedari. Tak yah nak geli sangat. Kali ini bukan topik 'hey baby' aku nak bincangkan, tapi luahan hati terhadap malicious softwares dan ads yang menganggu suasana untuk aku download file. 'Hey baby' ni mek Lena Gomez punya pasal, lagu 'love u like a love song' tu beat dia joget sangat. Cist sungguh pengaruh media!

Okeh. Berbalik pada topic sebenar kita, malware dan ads. *:-( tengok, siap muka masam lagi dengan perkataan ni kan.. Aktiviti download kini semakin leceh berbanding dulu. Dulu tu macam senang dan hassle free betul nak download pape file pun, sekarang ni.... hek eleh heiii.. banyak betul *bori-bori yang menggangu. Dahle banyak download site kena block sekarang. Susah nak download. Geram mak. 
*(Bori-bori tu aku cipta sendiri je. :-P)

Jadi apa yang aku lakukan untuk mengobat hati yang duka lara ini ialah aku terus google nama file yang aku nak tu sekali dengan nama website yang provide file tu. Contohnye cemgini "SRK kantoi berak tepi sungai.3gp mediafire". Hah, yes! berjaya jumpa file yang aku nak. Terus download cakap lu. Kalo korang ada alternatif nak download cara mudah dan hassle free, silalah share sini cara² dia. Kalo download Hasselhoff aku tak nak. hehe..


 Takde kena mengena langsung.

Friday, November 11, 2011

Punggung-tandatangan-manusia-t = ass-sign-men-t

Pukul 8.30 a.m, assignment satu dah siap.
Yeay!!

tinggal lagi dua assignmentssSS

yang kena submit pukul 6.30 p.m ni. Dem.

Arrghhh!! korek hidung laju-laju.

*penangan buat kerja last minute.

Perlukah aku google translate post ini? Tak payah, nanti bergolek macam ayam golek lagi. Sangat dangdut. Merepeknya, kbye.


Aku pun tak tengok lagi video ni, best ke?

Thursday, November 10, 2011

Fentau versi Google Translate.

Fentau fentau fentau .. What is fentau? Ni is a combination of Fentau Fenin but pretend to know just how bobong. Posted Bobong any come? apasal like I never heard the two words this?! Bobong even do not know, bobong tu is a combination of stupid and arrogant. Alright, that also do not know. Boo ... Okay, I lie je. The two words I ni new design of the last minute. So 'haha ..' for you. Ha ha ...

*gelak guling-guling 8 kilometer sejam.

Fentau

Fentau fentau fentau.. Apa itu fentau? Fentau ni adalah gabungan fenin tapi buat-buat tau samalah macam bobong. Bobong tu apa pulak? apasal macam tak pernah dengar dua-dua perkataan ni?! Bobong pun tak tau, bobong tu adalah gabungan bodoh dan sombong. Apalah, itu pun tak tau. Boo... Okay, aku tipu je. Dua-dua perkataan ni aku baru reka seminit yang lepas. Jadi 'haha..' untuk korang. Ha ha...

....
..
.


....................................................... 
*awkward silence.

Cubaan menipu satu dunia kelihatan gagal. Sekian.

Sunday, November 6, 2011

....... Ting!

Velum lagi.. velum lagi... sikit je lagi. pukul 12 malam!! tettt.. dah!
Selamat Hari Raya Aidil adha. (Sebenarnya saya mengucapkan selamat hari raya kepada Aidil Zafuan dan Zaquan Adha, tolong jangan perasan ye. eh..)

Okay intro macam mengundang persoalan "kau-kenapa" je..

Topik yang ingin dibincangkan kali ini ialah 'IDEA'. Ye, idea. Itu macam nama kumpulan aku masa training softskill dulu. Huu.. training softskill weyy.. bolih lentik lentik uols. kelas gitteww.. Teringat pulak trademark 'Ting!!' tu.(apa yang aku merepek ni, ok abaikan!)

Lebih kurang camnila buruknya lambang kumpulan softskill dulu. heh heh heh..


Idea itu bermula dengan sesuatu yang 'fragile'. Idea itu juga macam baby, susah nak dapat. kena mengandung 9 bulan dulu baru boleh dapat. Bila dah dapat kena jaga betul-betul pulak seperti menatang minyak yang penuh. Yang tak pernah basuh tahi kucing atau binatang belaan lain tiba-tiba kena belajar basuh taik ngan kencing baby tu. Ah, fragile gila jiwa ini kena tahan penderaan sebegitu ropa.

Idea perlu dipupuk supaya ia kelihatan mantap samalah macam baby, kalau kita pupuk dia dengan rotan dan penyapu pasti dia akan kelihatan mantap dewasa kelak. Pandai lawan-lawan dan juga melawan. Eh, itu hempuk bukan pupuk. lantaklah, BM aku memang fail. Ada aku kesah. Aku tak kesah pon kau kesah ke tak? 

Setelah dipupuk, digilap, dicanai, di'smackdown' dan sebagainya, idea pula perlulah dipersembahkan kepada khalayak ramai agar kita dapat berkongsi dengan orang lain nikmat idea itu. Begitu juga dengan baby, bila baby ikan diternak dengan baik, ibu-ibu cougar pasti dapat share kebahagiaan itu bersama cougar yang lain. nikmatnya baby ikan yang cute. sharing is caring. eh? apa ini?. aku keliru dengan penulisan sendiri.

Kesimpulannya, idea itu adalah baby. Untuk mendapatkan idea, kita perlulah tahu cara-cara mendapatkan baby, eh maksud aku cara-cara mendapatkan idea. ahh.. banyak sangat melalutnya. bye.

Sungguh tiada motif.
*velum = belum, kelihatan comel pula eja belum jadi velum. Macam nama aurat wanit......... o.0
sekian, jumpa lagi kita dalam entry seterusnya. babaii..

Thursday, November 3, 2011

Pembedahan Plastik

Eh, blogspot punya dashboard wajah baru la syial. 
Macam kereta wira tukar dashboard Evo je rasa.
Wuhuhuu.. Pasni nak pegi racing la.
(Takde kaitan kan?)

Okayukubuatperabut

Cheri cheri boom boom.. gagak.. Intro je ni. Padan muka ternyanyi lagu Gaga. Haha..
Kebiasaannya orang membaca bukukan? Kali ini kita buat kelainan sikit. Kita...

MENDENGAR BUKU....

Okayukubuatperabut (nak cakap okay je sebenarnya), mari kita dengarkan buku tersebut..


"If you can’t stop, at least smile as you go by
Sometimes, you just gotta know how to feel..."

Lagu The Book of Morris Johnson oleh Zee Avi
sumber youtube.