Tuesday, March 27, 2012

Ada apa dengan smartphone?

"Pakailah Smartphone."

Tu adalah kata-kata yang sangat sesuai untuk orang-orang yang menetap di bandar contohnya Bandar Seri Begawan, Bandar Taman Tergantung Babylon dan Kodiang. Persoalannya kenapakah perlu pakai smartphone? Berikut, gua yang garang lagi skema ini persembahkan pendapat gua kepada kalian :-

  • Kini dengan adanya aplikasi Skip (Skype), kalian boleh membuat panggilan percuma menggunakan teknologi VoIP. Bunyi VoIP itu sahaja dah mampu menggetarkan iman gua lalu membuatkan gua terus malas nak explain apa itu VoIP.
  • Kalau sesat, kalian boleh gunakan aplikasi Google Map untuk memandu orang yang tiada arah seperti kalian untuk ke jalan yang benar. (amboi)
  • Tanpa ragu-ragu lagi, kalian boleh kongsikan ulasan kalian tentang tempat yang kalian lawati contohnya Zoo Negara, dengan ulasan : "BaNyaxNyew BeeNaTang kat sinieww!!" (tentu-tentulah Zoo itu tempat haiwan-haiwan dikumpulkan) ataupun ulasan tentang movie yang baru kalian tengok dengan pakwe kalian dengan contoh ulasan : "movie tu tak best la sebab pelakon dia bukan Shaheizy sam. Semua ini kalian boleh lakukan dengan menggunakan applikasi Googple Places.
  • Dan yang paling best sekali, kalian boleh scan barcode barangan jualan di kedai runcit Jimat dengan menggunakan applikasi 'barcode scanner'. (Muda-muda dulu tak penah main scan scan lettew). Barulah tokey kedai jimat tu tak boleh auta harga lagi.

Konklusinya, Smartphone itu adalah alat pelbagai guna yang canggih dan mampu memberi impak yang besar kepada kalian kerana aplikasi-aplikasi yang ditawar kebanyakkannya menarik dan mampu meningkatkan daya kreativiti para penggunanya.

antara bukti kepintaran smartphone perbetulkan ejaan dalam text message.

duck you!

No comments: