Thursday, December 10, 2009

perfume?


Kalau tak nampak pandai-pandailah besarkan ye..
Rasenye boleh guna gambar ini untuk test sebelum interview kerja ni.

p/s:- aku nak bagi kat parti yang so called corrupt boleh tak?

Tuesday, December 8, 2009

musim meronggeng pre-attempt 5.



awuu..awuu..awuu~~
(pehal berbunyi macam serigala pulak ni??)


Aku ada seorang kawan lelaki, dia tengok cerita New Moon dengan tiga rakan lelakinya yang lain. Apa pendapat korang?


Pendapat aku, cerita New Moon tu ada serigala jadian(mungkin sebab itu kot aku buat bunyi serigala tadi). ~lame gila alasan~ (=_=)"



****************************************


OK, aku mengaku aku sekarang tengah penat gila, jadi idea untuk posting pun menjadi semakin merapu.

p/s:-


Jomlah tengok cerita ini....... ('',)

musim meronggeng attempt 2, 3, 4

Apa?? Result final exam semester lepas dah keluar!! Berapa aku dapat? 4 flat tak sem ni? Ahh takde takde. Itik tak mahu baca pasal result aku ini. Tak payah post entry pasal result. Mengarut jer. Itu semua duniawi. (cehh)


***Itik suka baca benda-benda macam ini:-


05-12-2009

Aku nak bagitau korang ni aritu aku makan kek yang berupa macam cheese-cake-tak-jadi, sedappp. Cemburu tak? Cemburu tak? (sila jangan santau saya atas dasar cemburu anda(perasanlah))



06-12-2009

Pegi PC fair tak ajak korang. Ajak geng je. Siap shopping lagi dod, gila bajet kaya aku ini. Karang merungut kewangan tak cukup la, tak bagi itik makan lagi la, bla bla bla..pastu post kat blog. Gila gendut.



07-12-2009

Berjalan-jalan seperti orang yang terlalu banyak stamina. Jalan nak jauh-jauh tak nak kalah. Besoknya pula kena buat FYP. Menjawablah kau.




p/s :- ini semua lagilah duniawi. Gampanglah kau Kz, post benda mengarut jer. cepat jadi itik cepat.


*kwek kwek*
OK, bye.

Friday, December 4, 2009

musim meronggeng attempt 1.



"Nama saya Rain".

(=_=)"



Sumpah menyampah gila tengok iklan ini. Rasa macam nak sepak-sepak saja si mamat hujan ini. Nasiblah kau jauh-gila-berpuluh-juta-kilometer sehingga niat untuk menyepak kau tidak kesampaian. Walaupun kau agak menyampah di situ tapi kau tidak menyampah di dalam cerita Ninja Assasin. Ya, kau sangat bergaya di sini. Mungkin sebab kau hero cerita ini kot. OK, sebenarnya aku ingin mereview cerita Ninja Assasin sahaja. Tah macam mana boleh terkutuk pula si mamat hujan ini. Ajaib betol.(-_-)"




Hiyarghhh...mari baca review Kz!!!



Cerita Ninja Assasin mengisahkan tentang Rogue Ninja(si mamat hujan tu la) yang ingin membalas dendam terhadap ketua puak ninja Onuzu kerana telah membunuh kekasihnya(juga seorang rogue ninja). Dalam keadaan Rogue Ninja ini ingin membalas dendam, dia pula diburu oleh ketua puak ninja ini. Ironi kan? Main kejar-kejar pula. Jika kamu ingin tahu apa kesudahan cerita ini, pergilah ke kaunter tiket wayang lalu beli dua tiket seat belakang dan beri pada saya satu. Terima kasih in advance.





Huh..terserlah gila ke-rogue-an kau itu, katang pula tu. Ni yang buat aku rasa ingin pergi ke gym ni. *bersemangat*


Storyline cerita ini pantas dan mudah untuk difahami. Dari awal hingga akhir cerita ini penuh dengan aksi-aksi bertarung yang hebat kalah cerita pepaya-man slot Aksi TV3. Memang sesuailah cerita ini dikategorikan 18SG kerana keganasan dan kekejaman babak-babak pertarungan dalam cerita ini boleh menyebabkan penonton menyumpah-nyumpah si tukang bunuh. Mungkin sebab inilah penonton bawah umur 18tahun tidak dibenarkan menonton, dikhuatiri akan terpengaruh dengan anasir negatif yang diberikan penonton lain seperti mencarut(ek eleh). Rating yang aku berikan ialah 4 bintang. Jadi kalian semua, selamat membeli dua tiket wayang dan memberi pada saya satu. *)


Wednesday, December 2, 2009

eh comelnya adik ini.

Sekarang ni semua nak tulis comel-comel. Mereka suka meletak ikon muka menggunakan simbol-simbol dekat setiap akhir ayat. Kalau ade ikon tersebut ayat kamu akan jadi comel, contohnya macam ini:-



"Hai selamat pagi (^^).."



Haa.. comel kan? Tak kiralah kamu hodoh macam pun, kalau dah tulis macam itu kamu akan kelihatan comel. Silap mata sungguh. Ni haa aku mahu share sama kamu antara ikon-ikon yang sering digunakan.





paling faveret ialah :P :P :P :P :P (dah terlebih obses pulak)


Sekarang kamu bolehlah praktis dengan kawan kamu supaya ayat kamu kelihatan lebih comel. :)


Kalau kamu ada lagi ikon lain untuk dikongsi bersama silakanlah berkongsi bersama kami dengan meninggalkannya di ruang comment. Bak kata mat salleh "Feel free to share".


"bakar kau karang!!" kata si pembaca.

Hai rakan-rakan taulan yang tidak tahu macam mana nak burn CD guna windows vista. (starting dah nak perli orang dow). Anda semua macam mana hari ini, sihat?


Hari ini aku rasa aku baik hati sebab aku nak kongsi tips macam mana nak burn CD guna windows vista. Haa.. bukan senang tahu nak jumpa orang baik hati macam aku ini. Sila masuk meminang sekarang. Dah dah dah.. tak payah nak merepek, mari aku ajar kamu macam mana nak burn CD.


Ikut step-step ini sambil nyanyi lagu step by step-new kids on the block :-

step by step..ooh baby~ *nyanyi*
  1. Memula macam biasalah masukkan CD kosong ke dalam CD-ROM kamu.
  2. Kemudian kamu kenalah pilih file-file yang ingin dibakar dan hantarkannya ke drive CD-ROM.
  3. Lepas itu klik asdaiofj098..arghh..sori kena kacau dengan si kucing.
  4. Klik burn to disc di page My Computer.
  5. Klik Finish jika sudah selesai.
Senangkan.





Susah juga. Tak jadi. Tidak mengapa, jangan risau McGuyver kan ada. Kamu cuba cara ini pula.



Berkesan lagi efektif.




Sekian terima kasih dan selamat mencuba.


Tuesday, December 1, 2009

kamu mimpi apa semalam?

Mimpi ada beberapa kategori. Yang aku tahu satu mimpi mainan syaitan dan dua mimpi untuk petanda. Mimpi mainan syaitan ini contohnya ialah bila kamu bermimpi bermain kejar-kejar dengan syaitan sebab itu kot nama dia mimpi mainan syaitan, kamu bermain dengan syaitan. Manakala mimpi untuk petanda ini pula macam mimpi tentang seekor binatang berwarna putih yang menandakan akan ada seorang ahli keluarga kamu yang akan berkahwin.

Tapi bagaimana pula dengan mimpi ini?

Mimpi - Robot Asmara




Ku kerahkan rela hatiku
akan ku terus mendampingimu
tersimpan luka yg dulu

pedihnya terus menghantu

Biarkan saja berlalu
begini adanya, aku rela
tiada bebanan yg akan terus menghukum kita
selamanya
aku rela

Khabarkan cerita indah
hilangkan rasa duka hatiku
terbang jauh
bersamamu




okay, sekarang replay lagu ini dan nyanyi bersama-sama. =)