Showing posts with label Picture. Show all posts
Showing posts with label Picture. Show all posts

Wednesday, May 26, 2010

Saya buncit bukan bunting okeh.

Amik intro yang paling mengancam ini!!


Tadaaa..


Haram muka macho gila... (Haha sumpah perasan nak mampos) :P


Hey salam semua *sambil garu tapak tangan anda. *gede gede bunyi garu tapak tangan. Hehe..
Tuuu diaa abaq ang (tukar slang kedah skit. hehe).
Baru-baru ni cheq pi holiday kat Langkawi. Langkawi kat mana? kat Kedah naa.. (amik, poyo gila cakap macam orang Kedah padahal baru 3 hari je kat sana, perasan perasan perasan) =__="

Okaylah, nak cerita pasal favourite spot kat sana yakni Tasik Dayang Bunting (Tasik itu bukanlah seorang tasik yang bunting, ia di namakan begitu kerana susunan susunan bukit di situ menyerupai seorang perempuan yang sedang bunting dan sedang hisap shisha, ok acah mak enon. hehe).


Takde shisha pon.
Nampak tak seperti seorang perempuan yang bunting. Haa..perempuan perempuan yang baca nak bunting jugalah tu. *tiba-tiba. :P

Situ memang best ah! Tasik dia dalam gila, kira-kira 14meter!! 14meter!! 14meter!! (saje bagi tahu banyak kali supaya orang yang membaca terasa begitu annoying sehingga terkentut. hehe). Kalau berenang-renang tu memang puas macam baru lepas memuaskan dirilah(korang jahat kalau korang fikir lucah. Ha ha ha). Like seriously, kaki tak cecah dasar kot. Memang boleh terjun sesuka hatilah. SESUKA HATI. SESUKA HATI. SESUU.... (ok cukup). Kalau berenang tu tak yah cakapla, macam-macam gaya boleh buat; kuak lentang, kuak kupu-kupu, kuak ketiak masam mahupun gaya dugong baru belajar berenang pun boleh. Ikut suka hati kering andalah nak buat macam mana pun sebab tasik tu memang luas. LUAS. LUUUU.. (melampau betol, CUKUP!!). Memang PUAS gila mandi manda kat situ. Recommended.

Nak tengok gambar tasik dayang bunting la tu. Amik la amik la... Saye bagi percuma je.



Mengacah mahu terjun dalam tasik tersebut dengan gaya ini. *Gaya Nenek bongkok lapan


OK, macam ikan todak menyerang singapura sahaja. Teruk betul gaya terjunan anda Kamaruzaman. 2.3 markah. =___="


Gaya renang seekor anjing comel berbulu di leher. uff uff *bunyi efek anjing comel. :)


Gaya kuak ketiak masam. Ikan-ikan pasti terhibur bila anda melakukan aksi ini.


Ni senyum palsu senyum ikhlas ni? Heheh..



p/s:- Terbaik wok ah! Bak singgit! *tetiba minta singgit, gila sungguh. haha.. :D




************************

Wednesday, April 28, 2010

Hamik, you are 'it'.

1. Go to your photo files,select the 8th photo folder
2. Select the 8th photo in your folder
3. post the photo along with the story behind it
4.Then challenge 8 blogging friend to do the same


This is the 8th photo of the 8th folder of my album.

Here is the place where I used to sleep during my 2009 Malaysia’s-independent-day holiday at Port Dickson, Negeri Sembilan. There, it has quite a scenic view of Melaka Straits merge together with beautifully build landscape of the resort, so I kinda fell in love at the first sight with that place (actually, I don’t remember the name of that place but one thing for sure is that place is a resort build specially for Bank Negara staffs).

***Ok, this is too long for a caption.

p/s: :- Oh, sumpah ini tag yang paling entah-mengapa-aku-buat-tah dan dengan sengajanya aku buat-buat terlupa untuk tag 8orang yang sepatutnya di'tag'. Maka dengan itu sila gembira seolah-olah kamu diistiharkan cuti besok harinya. :D




Wednesday, February 17, 2010

Hari Rabu Tiket Wayang Murah. :)

Hai...

O-Kz (umpama menyebut Okay), memandangkan sekarang musim cuti, jadi tak logiklah kan kalau aku tak update blog yang sangat istimewa ini di mana ITIK PUN MAHU BACA!! Istimewa tak? istimewa tak? Cakap istimewa, kalau tak aku geletek bunuh (eleh, bajet garang).

Cuti aku kali ini dipenuhi dengan aktiviti tido mengepam, dah lama siot tak mengepam. Biasa cuti asyik panjat gunung je... Segala jenis penatlah keluar bila asyik panjat gunung kan, penat berjalan, penat berleter, penat bergossip-girl, penat basuh baju dan macam-macam lagilah (tipu lah tu penat basuh baju, padahal pakai washing machine je). Jadi memandangkan segala penyakit penat dah keluar sehingga diari kehidupan penuh dengan perkataan 'Penat', aku pon decide untuk relax sikit minggu ini. Sikit je, tak banyak pon... Pasni mesti nak naik gunung lagi ni.. Bukan boleh caye dod Kz ni. (Ape ni?? menjatuhkan saham sendiri dengan mengutuk diri sendiri ni, ini tidak cool) -____-"

Oh ye, aku sangat kerinduan untuk menonton wayang tambahan lagi sudah keluar dua cerita bajet kegemaran yakni Wolfman dan Lightning Thief. Para kaki wayang, cepat ajak kaki aku keluar sebelum kaki aku panjat gunung lagi.. Cepat!! Kaki aku ini dah la suka panjat memanjat (Okay, sudah mula melalut. Wajarlah aku label post ini sebagai Blur blur)

Sekian,
Bye!

p/s:-


Hensem kan kawan aku yang ini... Setuju buat pose tangan macam itu.
Lokasi : Puncak Gunung Nuang.


Tuesday, January 12, 2010

Join the Klub!

Lihat gambar-gambar ini.




Tadaa... *tiba² muncul

OK, untuk pengetahuan korang tempat ini namanya Air Terjun Jerangkang. Ia terletak di sekitar daerah Kuantan, Pahang. Mari lihat lagi gambar-gambar menarik. (apahal skema semacam je entri aku yang ini)


Cantikkan? Ada kolam untuk berenang di situ. Saya suka. :)


Afiq pon ada. Tunggu apa lagi, cepat minta nombor talipon dia!! Dia hensem tau. (tiba² promote Afiq ni).


Mari kita cakap "Nice, nice" banyak kali.


Sepakat membawa berkat. Yah berkat lagi kenyang! Kenyang lagi buncit (Itu saya) T_T .


Maggi itu makanan ruji kot.


Ooyeahh.. Lepas makan terus berenang-renang. Terbaik wok!!




Lets hit the dancefloor mon!


Posing tersebut tidak menipu. Memang terbaik wok!


Campsite besar, siap ade tandas lagi.


Boleh makan ini kalau pandai masak. hehe..

Haa.. Best tak? Nak pergi tak?
Kalau nak pergi mari sertai program kami ke sana. Jomlah!
berikut adalah butiran lanjut tentang program ini:-

Tempat : Air Terjun Jerangkang, Pahang.
Tarikh : 15/01/2010 - 17/01/2010 (2Hari 3Malam).
Yuran : RM30 (tidak termasuk tambang perjalanan).
Kaedah untuk ke destinasi : menaiki bas ekspres ke Kuantan.
Tempat menginap : Khemah disediakan. Jangan risau.
Makanan : Sendiri mau ingat. Bawak la kismis ke, serunding ke, sardin cap aina ke(untuk yang nak memasak).
Peralatan yang dicadangkan untuk dibawa : Kain pelikat, Lampu suluh, baju mandi, wang lebih untuk kecemasan dan Kamera.

Kami akan berkumpul di UniKL City Campus, Kuala Lumpur sebelum bertolak ke sana. Waktu bertolak adalah malam (ye, sebab itu 2Hari 3Malam). Kita akan menaiki bas ekspres ke Kuantan di Stesen Bas Pekeliling, Kuala Lumpur. Di harapkan anda yang sertai program ini sediakan lampu suluh dan bateri yang secukupnya kerana kita akan melakukan aktiviti Nightwalk (suka suka, tak perlu berpeluh di siang hari..heee). Mengikut pengalaman saya, aktiviti trekking tidak mengecewakan. :) Oh ye, pada sesiapa yang ada kamera canggih sila bawa kamera anda sekali kerana anda pasti teruja dengan keindahan alam yang akan anda saksikan.

Untuk menyertai program ini sila hantarkan butir anda ke +60172566533(Kz) atau +60135054320(Apek).

Butir-butir yang diperlukan: Nama dan nombor IC anda, Nama dan nombor telefon penjaga anda.

P/s:- Jumpa anda di sana! ;)


Thursday, January 7, 2010

Musim meronggeng untuk kali yang keberapa entah.


Eeeiii..tiba-tiba terasa gedik-gedik geli-geli nak update blog(ceh..mengadelah kau Kz!!)

Errmm..jari-jemari ini tiba-tiba gatal posting entri citer tentang aktiviti New Year aku. (Betul-betul meronggeng wa cakap lu). Kopak gua dibuatnya. T_T . By the way, gua tak nak pon update blog, tapi jari-jemari gua je mengade(apahal kau ini Kz?? dah dah..sambung cerita)

Malam sebelum New Year~
Lepak di The Curve pekena meatball sikit.


Kalian, sila telan air liur sekarang. Ngaa... *air liuur meleleh sekarang


Selepas puas buncit akibat meatball kami pergi menonton pertunjukan sperma. Maksud saya pertunjukan bunga api. -_-'

***Kagum kagum***


Lepas tu, bercuti..dah sangap bercuti aku pergi tengok movie cerita ini...


Wenggg!!~~ *bunyi efek

Eh bukan. Cerita ini...

Wingg!!~~ *bunyi efek yang lagi cool

Dan movie ini..

Wuuu~~ *bunyi audiens yang kagum

Dan ini, Imaginarium of Dr. Parnassus.

Gling gling gling *bunyi loceng kononnya.

Serius tak larat nak imagine dah tengok movie ni. Korang tak caye tengoklah sendiri. By the way, Heath Ledger memang best.


Last Sekali aku ade gak tengok movie ni.

Awww...Sharifah Amani *lev lev lev

Sangat membuka minda cerita ini.

Oh ye, disamping itu aku ada juga pergi sini. :)

Wee..sekali-sekala mandi di sungai seronok juga. Lepas ini nak pergi Chilling la pula

p/s:- Tak duduk rumah ke Kz? patutlah kopak dod.

Tuesday, December 29, 2009

kempen percutian ke lopo blue river.

Biasalah akhir tahun ni mesti nak pergi bercuti kan? Jadi aku dengan baik hatinya mem'promo sungai lopo di ulu langat, Selangor. Anda semua sudah bersedia untuk menjelesi saya? Mari kita mulakan. 1 2 3 go! jika ku berikan segala~ (apahal nyanyi lagu aku scandal-hujan ni??)


"yeayy..nak pergi lopo"




Batu berdiri!!


Lepas mandi buleh angkat baldi guna satu jari.


The Musketeers versi perempuan.


Spender dia lah.





Korang nak berposing ke nak trekking ni??


Tak ku sangka mereka pandai berposing. T_T


Tarian ballet.


"Penat tahu follow pak cik ni!!"




Air buah gelas besar.


"hee..nak bawa balik gelas besar ini".


Syifa' berkelakuan agak "apakah??"


Yeahh..model-model iklan choki choki.




Dah sampai destinasi mesti nak eksyen beb.




Adengan paksa mandi. Rumble!!






Bila cermin tiada, beginilah jadinya..




OK babai kalian. Semoga berjumpa lagi!!


p/s:- Sudah ada kaedah menyusun gambar dengan mudah. Tu yang gedik gila upload banyak-banyak tu. Menyampah kan?