Showing posts with label Stolly molly. Show all posts
Showing posts with label Stolly molly. Show all posts

Thursday, December 2, 2010

Amfibia.

Aku ini seorang yang curious sehinggakan cerita The Curious Case Of Benjamin Button pun aku tengok kerana ada perkataan 'curious' sahaja. Untuk menambahkan elemen curious dalam diri aku, aku pergi tonton cerita kutukan ramai yakni 2 Alam. Waddehel weh! jangan kritik je tahu, tengok dululah baru tahu. Bak kata Kiah Tempe "don't judge the movie by Dr Rozmey's wig". Cerita itu sebenarnya boleh tahan...

Nak dijadikan cerita, sehari sebelum menonton 2 Alam aku pergi menonton cerita pujian ramai iaitu Ngangkung. Ohh, sumpah cerita tersebut mendukacitakan lara aku kerana jalan ceritanya yang bosan dan membuatkan salur kentut ku menangis teresak esak dek tak jadi kentut. Biasanya kalau cerita best aku kentut kentut. Proot proot!! *punggung berair

Apa yang membuatkan aku curious dan mahu tengok cerita ini adalah kerana trailer ini yang di ambil dari youtube,



Ok, part muka si Rozmey tu memang tidak mengujakan tapi yang menariknya ialah mesej yang cuba disampaikan dalam cerita ini yakni 'senantiasalah ingat mati', lagipun barisan pelakon memang tak nak kalah tapi macam mana orang lain boleh kata cerita ini tak bagus. Musykil tahu, jadi aku pun pergilah menonton cerita ini dan serius aku rasa cerita ini lagi bagus dari Ngangkung. Serius kurius.

postscript : Pegi tengok nun, don't see what others tell you to see but see it on your own. (Ceh, apa falsampah yang memeningkan ini). -___-" Last but not least "Don't judge the movie by dR Rozmey's wig". Sekian :P


9 Disember ni Hantu Kak Limah Balik Kampung, anda dah booking tiket?

Tuesday, July 27, 2010

Inception

Pernah tak korang terpikir yang mimpi kita boleh diselinap masuk oleh orang lain? Haa..tak pernah?! Korang ni berfikir ke tak ni?? :D selambakodok je perli orang. hee..
Kalau ikut teori keanakan aku la kan, memang logik la kalau mimpi kita ni boleh diselinap masuk sebab syaitan pun boleh mempermainkan mimpi kita apatah lagi manusia kan? Logik tak, logik tak? Korang pun keanakan kalau korang terus setuju tanpa berfikir. hee.. perli orang lagi. 2-0!

Cakap pasal mimpi ni kan, haa.. ni ada cerita BEST yang cerita pasal mimpi; Inception



LOL. Kena tipu. Oklah oklah, amek ni!



Berdebar-debar jantung nak tengok cerita ni kan?

p/s:- perhh.. cemana la kalau time tengah mimpi basah pastu diselinap orang, gila tak cool.

Thursday, July 8, 2010

Peti ais rumah aku pun tak sejuk macam ni.

Hai~
(gaya mesti nak macam dalam cerita Ali Baba Bujang Lapok)


Hari ini aku nak post review sikit pasal cerita best yang aku baru tengok, Frozen. Haa... adik-adik, makcik-makcik, kakak-kakak sekalian. Wajiblah uolss tengok cerita ni sebab cerita ni memang malatoplah. i tell you..malatop!! bomkebaboww!! eh, apesal aku cakap macam aw aw ni. Mesti kena rasuk secara senyap-senyap dengan aw aw ni. -___-* cing!


Oklah, aku pun tak nak spoil cerita yang memang best sehingga menggigit jari itu jadi aku bagi sikit description pasal cerita tu. Bayangkan korang dan dua rakan korang tersangkut dalam cable car jenis kerusi yang takde tingkap tu pastu kat atas puncak bukit bersalji, selama 5 hari pulak tu. Pastu pastu takde sorang pun tahu yang korang tersangkut kat situ. Pastu pastu dan pastu lagi korang rasa sangat sangat dan sangat nak terkencing.. Haa..terukkan situasi ni. Bayangkan apa yang korang akan buat. Ok korang tak payah bayangkan, tengok je cerita ni. Dorang yang akan tolong bayangkan. (berapa banyak bayangkan daa...)



Haa.. nak tengok la tu.

Memandangkan aku ni baik, comel, sopan-santun dan suka cakap pasal moral of the story, maka korang pun terpaksalah baca moral of the story cerita ni dimana cerita ini mengajar kita dalam membuat keputusan, kita tak perlulah terburu-buru membuat keputusan mahupun sambil memburu sambil menunggu keputusan peperiksaan (eh takde kaitan). Apa-apa pun, sikap terburu-buru sering membawa padah. Haa..so kita kena bersabar dan merancang dalam membuat keputusan. :)


Last but not least, selamat menonton cerita ini sambil menggigit jari akibat kengerian yang ekstrim.


p/s: sediakan kuku palsu agar kuku original terselamat dari digigit diri sendiri atau korang boleh gigit kuku orang sebelah je. :D
(kenapa tiba-tiba terasa ada orang nak tarik janggut aku ni?)

Monday, April 12, 2010

Tuah ayam nampak di kaki?

Uuulalaa..jarang gila update blog ini semenjak dua menjak ini. *tiup habuk sedikit.
Itulah hasil bertungkus lumus mengejar masa untuk menyiapkan report FYP dan assignment yang tiba-tiba wujud (padahal tak ambil kisah tentang kehadiran assignment dek sibuk menyiapkan tugasan FYP) -___-" . Last-last blog yang istimewa ini pula ditinggalkan begitu sahaja. Mesti anda rendu gila nak baca hasil nukilan saye kan? (ceewahh..'nukilan'! macam haram) haha *gelak perasan comel.

Apa yang hendak dikongsi kali ini ialah ini...



Nampak tak betapa tuah memainkan peranan penting juga dalam hidup manusia. Nampak tak? Walau macam mana kita berusaha pun, tuah juga memainkan peranan dalam menentukan nasib kita nanti. Tahukah anda tuah itu datang daripada siapa? Go seek!
(Semestinya datang daripada Yang Maha Esa).

p/s :- rasa bertuah pula lepas daripada azab represent FYP. Diucapkan takziah pada mereka yang perlu present semula FYP mereka.

Thursday, January 7, 2010

Musim meronggeng untuk kali yang keberapa entah.


Eeeiii..tiba-tiba terasa gedik-gedik geli-geli nak update blog(ceh..mengadelah kau Kz!!)

Errmm..jari-jemari ini tiba-tiba gatal posting entri citer tentang aktiviti New Year aku. (Betul-betul meronggeng wa cakap lu). Kopak gua dibuatnya. T_T . By the way, gua tak nak pon update blog, tapi jari-jemari gua je mengade(apahal kau ini Kz?? dah dah..sambung cerita)

Malam sebelum New Year~
Lepak di The Curve pekena meatball sikit.


Kalian, sila telan air liur sekarang. Ngaa... *air liuur meleleh sekarang


Selepas puas buncit akibat meatball kami pergi menonton pertunjukan sperma. Maksud saya pertunjukan bunga api. -_-'

***Kagum kagum***


Lepas tu, bercuti..dah sangap bercuti aku pergi tengok movie cerita ini...


Wenggg!!~~ *bunyi efek

Eh bukan. Cerita ini...

Wingg!!~~ *bunyi efek yang lagi cool

Dan movie ini..

Wuuu~~ *bunyi audiens yang kagum

Dan ini, Imaginarium of Dr. Parnassus.

Gling gling gling *bunyi loceng kononnya.

Serius tak larat nak imagine dah tengok movie ni. Korang tak caye tengoklah sendiri. By the way, Heath Ledger memang best.


Last Sekali aku ade gak tengok movie ni.

Awww...Sharifah Amani *lev lev lev

Sangat membuka minda cerita ini.

Oh ye, disamping itu aku ada juga pergi sini. :)

Wee..sekali-sekala mandi di sungai seronok juga. Lepas ini nak pergi Chilling la pula

p/s:- Tak duduk rumah ke Kz? patutlah kopak dod.

Friday, December 11, 2009

Berjalan bersama Gorgon. (attempt 5)

Hey geng. Sep sikit. Pap pap. Korang dah tengok cerita Zombieland? Haa..kalau belum tengok cepat-cepat pergi beli tiket banyak-banyak, pastu tengok dengan pasukan jenayah korang.



Lebey kurang kan?



Watak-watak utama cerita ini. Dari kiri Columbus, Wichita, Little Rock dan Tallahasse. (Kalau nak tahu kenapa nama mereka semua nama-nama negeri di Amerika, korang tengok sendiri cerita ini)



Real kan? Santau baibai.



Cerita Zombieland ini sumpah best gila. Semua ciri-ciri yang dicari dalam filem semua ada dari seram, aksi hinggalah ke komedi. Purrfect la senang citer. Aksi seramnya tidak mengecewakan lansung, kalau tak aku tak dengar orang menjerit akibat keriangan eh ketakutan. Komedi? jangan cakaplah, dari awal hingga ke akhir cerita aku ketawa macam Santa Claus. Ho ho ho..bodoh sungguh.. ho ho ho ho.. Ketawa tak kering gusi hingga jatuh kerusi beb. Rating untuk cerita ini ialah 5 bintang. 5 bintang!!! ye 5 bintang, bukan Bukit Bintang.


p/s :- My favourite rule "Rule number 2 - Double Tap".

Tuesday, December 8, 2009

musim meronggeng pre-attempt 5.



awuu..awuu..awuu~~
(pehal berbunyi macam serigala pulak ni??)


Aku ada seorang kawan lelaki, dia tengok cerita New Moon dengan tiga rakan lelakinya yang lain. Apa pendapat korang?


Pendapat aku, cerita New Moon tu ada serigala jadian(mungkin sebab itu kot aku buat bunyi serigala tadi). ~lame gila alasan~ (=_=)"



****************************************


OK, aku mengaku aku sekarang tengah penat gila, jadi idea untuk posting pun menjadi semakin merapu.

p/s:-


Jomlah tengok cerita ini....... ('',)

Friday, December 4, 2009

musim meronggeng attempt 1.



"Nama saya Rain".

(=_=)"



Sumpah menyampah gila tengok iklan ini. Rasa macam nak sepak-sepak saja si mamat hujan ini. Nasiblah kau jauh-gila-berpuluh-juta-kilometer sehingga niat untuk menyepak kau tidak kesampaian. Walaupun kau agak menyampah di situ tapi kau tidak menyampah di dalam cerita Ninja Assasin. Ya, kau sangat bergaya di sini. Mungkin sebab kau hero cerita ini kot. OK, sebenarnya aku ingin mereview cerita Ninja Assasin sahaja. Tah macam mana boleh terkutuk pula si mamat hujan ini. Ajaib betol.(-_-)"




Hiyarghhh...mari baca review Kz!!!



Cerita Ninja Assasin mengisahkan tentang Rogue Ninja(si mamat hujan tu la) yang ingin membalas dendam terhadap ketua puak ninja Onuzu kerana telah membunuh kekasihnya(juga seorang rogue ninja). Dalam keadaan Rogue Ninja ini ingin membalas dendam, dia pula diburu oleh ketua puak ninja ini. Ironi kan? Main kejar-kejar pula. Jika kamu ingin tahu apa kesudahan cerita ini, pergilah ke kaunter tiket wayang lalu beli dua tiket seat belakang dan beri pada saya satu. Terima kasih in advance.





Huh..terserlah gila ke-rogue-an kau itu, katang pula tu. Ni yang buat aku rasa ingin pergi ke gym ni. *bersemangat*


Storyline cerita ini pantas dan mudah untuk difahami. Dari awal hingga akhir cerita ini penuh dengan aksi-aksi bertarung yang hebat kalah cerita pepaya-man slot Aksi TV3. Memang sesuailah cerita ini dikategorikan 18SG kerana keganasan dan kekejaman babak-babak pertarungan dalam cerita ini boleh menyebabkan penonton menyumpah-nyumpah si tukang bunuh. Mungkin sebab inilah penonton bawah umur 18tahun tidak dibenarkan menonton, dikhuatiri akan terpengaruh dengan anasir negatif yang diberikan penonton lain seperti mencarut(ek eleh). Rating yang aku berikan ialah 4 bintang. Jadi kalian semua, selamat membeli dua tiket wayang dan memberi pada saya satu. *)


Wednesday, November 18, 2009

program minggu ini

ney ney ney..insyaAllah sabtu ini aku dan rakan² akan ke gunung nuang untuk melakukan satu aktiviti mendaki yang mencabar kononnya. huu..bapak gaban atromen satria baja hitam dan dash yankuro terujanya aku ini. *nama superhero tersebut adalah untuk menunjukkan teruja tahap maximum*. biasalah, dah lama tak melakukan aktiviti seperti ini, rindu pula.


kat gunung nuang la ni.
picture credited to mind-fields-ahead.blogspot.com

oh, bercakap tentang aktiviti mendaki ni aku teringat pula masa mula² dipaksa rakan² menyertai mereka bercamping di dalam dalam dalam dan dalam lagi di sebuah hutan di kemensah. ku sudah menarik muncung panjang gila menandakan rasa tidak puas hati yang terpendam dalam hati karena dipaksa mereka(tipu²). mula² macam tak suka sebab tak pernah camping walaupun di depan laman rumah, jangan haraplah aku akan camping. al maklumlah, aku kan orang yang selalu memanjakan diri sendiri. tak mainlah camping² ni(pengakuan berani mati). tapi selepas camping di dalam dalam dalam dalam hutan tersebut, ku menjadi seorang yang ternyata berbeda seperti bezanya warna hitam dan putih(cewwahh..prosa² kosanostra pula aku ini).

aktiviti berkumpulan seperti ini banyak mengajar aku nilai² kehidupan yang sangat aku hargai terutamanya kerjasama dalam kumpulan dan sifat setia kawan. teringat pula rakan² memberi dorongan dan motivasi yang kononnya menguatkan lagi daya tahan mental untuk menuju ke destinasi yang ternyata jauh jauh jauh dan jauh lagi untuk tiba.

*situasi satu*

ketika jarak untuk berhenti rehat di checkpoint ialah kira² 1.5km dihadapan dan perlu mendaki sedikit. bercampur pula memikul beg yang berat gila dan badan yang lenguh-letih-nak-baring-sangat.

rakan 1 : rakan 2, brape jauh lagi nak sampai ni? (suara letih tapi pura² bertenaga)
rakan 2 : dua minit je lagi, dua minit je lagi..
rakan 1 : yess, dah nak sampai.

5minit kemudian....

rakan 1 : rakan 2, bila lagi nak sampai ni?
rakan 2 : dua minit je lagi, dua minit je lagi..
rakan 1 : aii..tadi dah kata dua minit dah(berkata dalam hati)

lagi 5minit berikutnya

rakan 1 : rakan 2, bila nak sampai ni?? dah lebih 2minit dah ni (nada mengharapkan jawapan 2minit tidak berkumandang lagi)
rakan 2 : 2minit je lagi, 2minit je lagi..
rakan 1 : aku dah penat ni, kau jangan main². dari tadi 2minit. padahal tak sampai² pon.
rakan 2 : depan tu je.. depan tu je..sikit je lagi
rakan 1 : depan tu je lagi ea. bersemangat bersemangat.

walhal jauh lagi. adalah kira² lagi 800meter perlu mendaki untuk sampai ke checkpoint. sampai² checkpoint terus campak beg bagak lalu baring²-duduk²-mengeluh kepenatan-pastu minum air. kalau habis pow rakan punya air bagi habis juga. kerjasama kerjasama. kemudian kami rehat² sambil menunggu rakan² yang tertinggal jauh jauh jauh dan jauh di belakang..

memang pandai rakan 2 memberi motivasi pada rakan 1 kan?

pengalaman² seperti inilah yang membuatkan ku sekarang suka dan ketagih untuk melakukan aktiviti outdoor. ketagih kau tahu tak.

*situasi kedua*

ok bye.haha.

Sunday, November 15, 2009

Dying Breed

hai kaki² wayang semua. korang suka makan pai sambil tengok wayang ataupun sambil tengok wayang makan pai?haa..kalau dua² pon korang suka, ni ade cerita best untuk korang layan. sesuai sangatlah tambah² lagi bila korang makan pai.emm..nyamannya..

tajuk ceritanya ialah Dying Breed. tadaa~



yess..tengoklah posternya. gambar pai. sesuai kan? mesti korang dah teruja nak makan pai sambil tengok cerita ni ataupon sambil tengok cerita ni korang makan pai.. kan kan kan? saya tahu anda teruja-

ceritanya mengisahkan sekumpulan kecil kanibal yang ingin terus hidup di sebuah pulau tasmania di sekitar britain. mereka didatangi empat pengunjung yang memang cari nahas-padan-muka-kau. nak dijadikan cerita, pengunjung² ini tidak tahu akan kewujudan kumpulan kanibal ini, yang mereka tahu ialah kewujudan kumpulan Search, Scoin, Spin, Spoon dan macam² lagilah kumpulan yang bermula dengan huruf S. Siti Nurhaliza termasuk juga kot.(OK, ini tipu sahaja..haha..korang terkena). Tujuan sebenar si pengunjung² melawat pulau tersebut adalah kerana ingin membuat dokumentari tentang singa tasmania yang dipercayai pupus tetapi malangnya sedang mereka asyik memburu singa tanpa mereka sedari mereka pula yang diburu kanibal. main kejar² kau orang ya. part yang menariknya ialah kanibal ini tahu membuat pai, pai mereka sedap tau. disebabkan itulah anda yang gemar makan pai wajib tonton cerita ini.

okeh, cukup satu perenggan sipnosis yang merepek itu saya teruskan pula dengan komen saya tentang cerita ini. keseluruhannya cerita ini sangatlah kejam-sial-kau. kanibal ini makan manusia seperti makan pai sahaja. tak bergaya lansung, harimau makan kambing lagi bergaya tau. robek²!! walaupun gaya makan mereka tidak kuul, tatapi cerita ini tatap mak laku weh. aksi² seram dan kejam yang dipaparkan cerita ini boleh membuatkan para penonton memberikan reaksi seperti ingin ke tandas dalam keadaan emergency. menyorok di sebalik beg atau sweater untuk tidak melihat tayangan adalah perkara normal yang berlaku di dalam panggung. untuk rating, saya bagi 4.52 bintang lah kerana cerita ini berjaya menyentuh perasaan cuak para penonton. okeylah anda² semua, selamat menonton.

Thursday, November 12, 2009

sampah masyarakat

yay! exam suda abis..terlalu banyak masa terluang tapi ku risau ku akan jadi seperti ini..


sampah masyarakat

*sesi berposing tanpa malu di sebuah shopping complex terkemuka di damansara.

Wednesday, November 11, 2009

tora datang lagi!

hai..dah lama tak apdet blog ini..kelihatan sama saja dulu dan sekarang(mestilah sama..tak apdet dod,apalah kau ni!) tiba² memarahi diri sendiri..apakah??

huh..aku dengan sengajanya lagi bersifat sombong angkuh tamak haloba dan kuat makan tidak mahu update blog ini kerana aku..aku...aku..aku malulah nak cakap aku bizi..aiii..(ceh padahal dah cakap dah..malu konon.apalah!!) marah diri sendiri lagi. =(

hari ni tiba² ingin update blog yang penuh inspirasi ini kerana terlalu banyak masa terluang. =) (inspirasi lah konon)

okey, lainkali aku akan memaparkan crita baru untuk tatapan anda semua..hari ini ku terlalu penat berposing tak malu tanpa gaji di sebuah shopping complex terkemuka di damansara.

sampai di sini saja, to be continued.....

Sunday, October 11, 2009

rindu

sungguh aku sangat rindukan zaman kanak²..ponteng skolah agama semata-mata nak tengok citer Dash Yankuro la..lepak kat kedai komik la(kecik² dah pandai melepak)..ni tak leh lupe ni, petang² sharp pukol 5 pegi main bola sepak ngan kawan² kat padang depan umah..nasib tak sepak dorang *tetibe nak sepak² ni apehal ni??*

masa cepat betol berlalu tanpa aku sedari aku dah meningkat remaja jerawat baru nak tumbuh(cey cey ceyyy--kau sudah 24 tahun sekarang..tak perlu rasa terlalu muda_terimalah hakikat_baik!)..walaupun dah berkurun-kurun aku tinggalkan zaman kanak² namun memori aku tentang zaman kanak² masih lagi terpahat seperti ukiran "tipah was here" kat bawah meja sekolah tu..wei..kawan² mase kecik² dulu..korang tau tak yang aku masih ingat lagi kat korang(cume lupa name skit² je :P) dan korang tau tak yang aku kekadang berharap gak nak lepak² balik ngan korang macam mase kita ngah baru nak up tu..tapi tu lah..susah betol nak jejak kasih korang ni_korang takde facebook ke?? hoho..kalo korang ade facebook senang skit nak setting reunion dowh cam budak² sekarang buat..ni yang aku jeles ngan bebudak zaman skang ni..kecik² da pandai pake komputer, siap ade account facebook agi..zaman aku dulu tu, sape tau pakai komputer tu kire power gile dah..kalau ade email tu kira mantap lah..tu belom kira jadi mod dalam mirc tu..memang legend la kan..kalau korang dulu² terer pake komputer musti kita dah keep in touch dah kan? kan? kan? ni korang memang terer pon tapi terer main game jer(hoh..cakap orang, diri sendiri bagaimana??)

eh..oklah..malas betol aku nak melayan perasan..tak sudah² sampai bile..baik aku layan stok² lagu yang ngah beratur untuk dilayan..okay..babai!!

p/s: kawan² lama yang kenal saya..sila add account facebook saya kalu anda ketemu saya (http://www.facebook.com/kamaruzaman.abdulhalim)

Malique_OK




assalammualaikum..dari general~*terbawa²*
siyes lagu ni bes gile bagi aku..layan pap pap!

ye..arini aku nak review sikit album Malique bertajuk OK yang menawarkan dua CD dimana banyak lagu² kat CD pertama dah jadi hit yang bermain di corong² radio antaranya kau yang punya, VVS1, OK, Mantera beradu dan banyak lagi..rap Malique setelah bertapa selama tiga tahun nampaknya semakin mantap+matang..isi² rap masih pedas seperti pedasnya cili padi..psss*bunyi pedas*

album ni menawarkan dua CD setiap satu mengandungi 10 buah tajuk lagu..so total dia ade 20 buah tajuk lagu..rege murah beb..RM30 camtu jer..ok la tu kan..20buah tajuk lagu untuk RM30, sangat berbaloi-baloi..kedua-dua CD memberikan tahap kepuasan yang tidak mengecewakan, man-top-gun lah senang citer..

personal faveret aku dalam album ni ialah Assalammualaikum, OK ngan rahsia..bes³! macam bawak motor suzuki best tu..vroom²..kebaboo!!*tetibe kebaboo* :P

OK-lah..last but not least--support our local band, belilah yang original..yang international tu korang download jer..haha..kidding :P..ok bye!

Sunday, September 27, 2009

rongeng-rongeng bebeh!

fuh..lame siyot tak upload gambo kat blog ni..tetibe hari ni dengan rase gedik2 tak berbelah baginye aku nak upload gambo..cube test power skit ngan kelajuan broadband yang sembang kencang tak nak kalah+bajet terbaik antara lain+service mahal daripada kualiti ni untuk upload gambo2 yang telah di kecikkan saiznye agar cepat sikit upload jap(ayat panjang sangat sampai susah nak paham kan)..hasilnya ialah masih lembab macam siput varvey tapi syabas bete jugalah kerana process mengupload gambo telah berjaya walaupon sempat membancuh dan meminum dua gelas kopi sambil menyusun playlist mp3..syabas inpektor sahab!


ni ha gambo kami sekuarga bercuti kat melaka..sebelah kiri saye adelah musuh ketat


alamak eii..bajetnyer..kompem musuh2 akan kondem habislah gambo ni..


eh eh..senget senget plak..tengah main joget2 ngan anak sedara gamaknye..


seperti yang karam singh walia cakaplah..alah membeli menang memakai ataupun harapkan pagar, pagar makan padi*tetibe*

okelah..setakat ni saje sesi gambo2 ni..malu la i kalu sume gambo i letak sini..(pehal tah membuat perangai menyampah ni)okey..babai..

Thursday, September 24, 2009

tujuh (7) part 2

oklah kawan2, ni aku dengan bajet rajinnye telah menyambung entri bertitle tujuh(7) ni..rajin sungguh aku ni..ni yang mak bapak suke ni..dah la rajin suka nombor 7 pulak tu..gile berbaloi-baloi..ok, terlampau-lampau lak promote diri, kang ade yang kene conteng arang di muka kang..hehe..

mengikut sebuah hadith yang aku tak ingat sape yang sampaikan(korang boleh cekidaud sendiri kalau tak caye), pada zaman baginda(Nabi Muhammad s.a.w), sahabat2 ade menanyakan tentang makna hari-hari pada baginda, maka baginda pon bersabda :-

  1. Jumaat - Hari Jumaat adalah hari yang baik untuk mengadakan perhubungan dan pernikahan.
  2. Sabtu - Hari Sabtu adalah di namakan sebagai hari tipu daya, kerana pada hari itu orang-orang kafir Quraish telah mengadakan tipu daya pada perjanjian Darrun Nadwah.
  3. Ahad - Hari Ahad adalah hari yang baik untuk bertanam dan membuat binaan, kerana pada hari Ahad Allah memulakan menciptakan dunia dan membangunnya.
  4. Isnin - Hari Isnin adalah hari yang baik untuk musafir dan untuk berniaga, kerana bahawasanya pada hari Isnin Nabi Syith telah musafir dalam urusan perniagaan dan beliau banyak mendapatkan keuntungan dari perniagaannya.
  5. Selasa - Hari Selasa adalah hari berdarah, kerana pada hari itu, bermulanya Siti Hawa berhaid, dan pada hari itu pula mula-mula terjadinya pembunuhan anak Nabi Adam iaitu Qabil membunuh Habil.
  6. Rabu - Hari Rabu adalah hari kebinasaan yang berkekalan, kerana pada hari itu Allah SWT menenggelamkan Fir'aun bersama kaumnya. Kaum Samud dan kaum 'Ad yang mereka itu adalah kaum Nabi Saleh, juga di binasakan oleh Allah pada hari Rabu.
  7. Khamis - Hari Khamis adalah hari yang baik untuk menuntut sekalian hajat, kerana bahawasanya Nabi Ibrahim AS pergi ke istana raja Mesir, maka raja Mesir menunaikan hajatnya dan mengembalikan isterinya Siti Sarah.
owh..bercakap pasal makna hari ni kan, aku ade ter-across satu website ni..dia citer pasal hari sabtu yakni hari tipu daya..korang boleh cekidaud website ni (klik sini) sendiri sebab memang lagi best bace sumber dia daripada bace kat blog aku neh..korang bolehlah wat research sendiri pasal makna2 hari ni..seronok tau, macam2 boleh blaja..mungkin boleh membantu mempertingkatkan kualiti kehidupan korang(chewah..bajet dow aku ni)

ow oh..nampaknya "to be continued" telah mencemburui kita, jadi sampai sini saja kawan2..ok babai

tujuh (7) part 1

ye, tengok tajuk pon patut dah dapat agak dah entri ni pasal nombor 7..kenapa dengan nombor 7? ape yang bes sangat pasal nombor 7 ni? apesal kau buat entri nombor 7 ni? (mungkin ni lah soklan2 yang bermain di kotak pemikiran korang--jadi berpikirlah di luar kotak..*tetibe je*)
ok lah, membazir sungguh perenggan ni..skip to the content..zassSs

nombor 7 ni kan adalah salah satu nombor feveret aku..ini adelah kerana ia adalah nombor 7(sebab ni macam tak konkrit..rase cam nak penyepak jer si penulis ni..haha) oklah2, ia mungkin kerana aku lahir pada bulan ketujuh dalam calendar gregorian yakni bulan julai..tahukah anda nama julai diambil sempena nama diktator roman dulu2 iaitu Julius Caesar..mungkinkah emak Julius panggil Julius dengan panggilan "Julai' atau mungkin kawan2 Julius penah mengejek Julius dengan panggilan "Gulai"..itu kita tidak tahu(ape yang aku merepek ni??)

okay, balik kepada cerite asal yang aku nak cerite kat korang daripada tadi lagi..tahukah korang bahawa nombor 7 ni memainkan peranan besar dalam fakta (tau, tapi wat2 dono je..pebende faktanye weh..citer ah skit)

faktanya adelah seperti berikut:-
  • ade 7 hari dalam seminggu
  • ade 7 lapis tanah di bumi
  • ade 7 lapis langit
  • ade 7 tingkat surga
  • ade 7 tingkat neraka
penerangan untuk fakta2 ni memang banyak..kalo nak citer dalam entri ni memang panjang tak ingat la beb..insyaAllah nanti aku akan terangkan satu persatu untuk korang (tu pun kalo aku rajin la..hehe) oklah..sampai sini saje..sekian..

Friday, September 11, 2009

lawa habaq hang!

pagi tadi kul 3.50a.m. 11-09-2009, aku terpegun..memang lawa giler sampai bleh tercakap lawa abaq hang(padahal bukan bahasa rasmi aku pun slang kedah ni)..

bukan terpegun ape sangat..dah lame aku tak tengok langit secantik tu.."bulan dipagari bintang"
memang chantek giler, dekat 20minit gak la aku tengok langit..terpegun tahap gaban nye pasal..

mane tak terpegun..langit clear, awan lak nipis-nipis je..bintang berkelip-kelip kalah atromen punye kelip tu..biasenye aku tengok satu dua je bintang yang berkelip tapi pagi tadi banyak giler..tu yang terpegun tu..dah macam kene pagar dah bulan..fuh!mantop!!

(alaa..tengok langit pon nak post kat blog)sebab sangat lawa la aku post kat blog :) ..korang tak caye korang tengok la sendiri.. kalo sempat la :P

mintak mahap gambar takde sebab aku rase takde camera yang mampu tangkap scene macam tu..huhu..

Thursday, September 3, 2009

orphan

saya memang suke tengok wayang(statement skema)..baru-baru ni aku ade tengok citer yang giler horror+kejam nak mampos+lawak sebab reaksi audiens=best tahap nak post kat blog untuk promote citer ni..

citer yang aku tengok tu tajuk dia Orphan. poster citer tu plak gambar sorang budak wat muke yang emo macam emily the strange tu. ini membuatkan aku menyagka jalan citer dia cam predictable jer tapi ternyata meleset ke tepi sampai masuk longkang sangkaan ku ini..rupe-rupenya citer tu mempunyai plot yang kompleks tahap pertama complex(bes shopping kat situ, barang murah..hehe..) (-_-")--senang btol melalut mamat nih

citer ni memang aku rekemen la pada peminat2 citer horror sebab citer ni memang best sampai cashier yang jaga kaunter tu pon promote citer ni dengan bersungguh-sungguhnya siap cakap "saya tengok citer ni dua kali, best!"<



korang tengok la poster ni..muke nak ketat dow siap ade tanye "can you keep a secret?" lagi..psiko..psiko..


uiskk..cam citer jangan pandang belakang pon ade bile tengok scene ni..

untuk review citer ni korang bleh pegi SINI sebab aku malas nak tulis panjang2 kat sini..hoho..

cakap lepas

ape tu cakap lepas eh?
adakah ianya seseorang yang suka bercakap perkataan lepas macam ni "lepas..lepas, lepas lepas lepas dan lepas lagi.."(ape yang aku melalut ni??huu)

cakap lepas ni kan bagi akulah ialah orang yang bercakap tanpa memikirkan kesannya macam ni "herman suka bercakap tentang perkara lepas"(haha..auta jer..harap bersabar ye.. sebenarnya bukan ini maksud aku, korang paham2 je lah pebende cakap lepas tu..eheh).

perbuatan cakap lepas ni kan sangat annoying bila ape yang orang tu cakap tak berasas contohnya "mak joyah rumah sebelah tu takde hati perut langsung" walhal pekerjaan mak joyah ialah mejual sate hati dan perut di warung dekat simpang tu (ni macam fitnah plak..korang paham2 sendiri jugaklah yang ni--aku bukan pemberi contoh yang baik..huuu T_T )

korang musti penah encounter ngan orang yang 'cakap lepas' ni kan..camne reaksi korang agaknye??..hmm..cam aku kan..aku biasanye dengar+tengok dulu. kalu orang tu dah over sangat bercakap lepas sampai boleh menyebabkan aku bertukar menjadi super saiya(oke, ni tipu..mane aku bleh jadi super saiya, super ring buleh la.. :P ) barulah aku akan tegur dia..pedas pun pedaslah janji rock eh janji orang tu berenti cakap lepas..

nasihat aku untuk orang yang selalu cakap lepas--"berfikirlah dulu kesannya sebelum kita bercakap sesuatu"(nasihat ni dah basi..tapi mende basi ni kekadang berguna gak kan?)

p/s : ape yang besnye cakap lepas?? lu pikirlah sendiri~
kzklub