Sunday, January 23, 2011

Lopo Lagi.

Kenapa perlu ke air terjun Lopo? Hah, inilah sebabnya kenapa korang perlu mandi sana. Tak payah pergi Sunway Lagoon kena bayar sampai 70hengget, air terjun Lopo ni pun dah cukup heaven dah. Terbaek wa cakap sama lu dan kawan lu.





postscript : video takde bunyi kasi korang kecewa lebih, :P

Thursday, December 2, 2010

Amfibia.

Aku ini seorang yang curious sehinggakan cerita The Curious Case Of Benjamin Button pun aku tengok kerana ada perkataan 'curious' sahaja. Untuk menambahkan elemen curious dalam diri aku, aku pergi tonton cerita kutukan ramai yakni 2 Alam. Waddehel weh! jangan kritik je tahu, tengok dululah baru tahu. Bak kata Kiah Tempe "don't judge the movie by Dr Rozmey's wig". Cerita itu sebenarnya boleh tahan...

Nak dijadikan cerita, sehari sebelum menonton 2 Alam aku pergi menonton cerita pujian ramai iaitu Ngangkung. Ohh, sumpah cerita tersebut mendukacitakan lara aku kerana jalan ceritanya yang bosan dan membuatkan salur kentut ku menangis teresak esak dek tak jadi kentut. Biasanya kalau cerita best aku kentut kentut. Proot proot!! *punggung berair

Apa yang membuatkan aku curious dan mahu tengok cerita ini adalah kerana trailer ini yang di ambil dari youtube,



Ok, part muka si Rozmey tu memang tidak mengujakan tapi yang menariknya ialah mesej yang cuba disampaikan dalam cerita ini yakni 'senantiasalah ingat mati', lagipun barisan pelakon memang tak nak kalah tapi macam mana orang lain boleh kata cerita ini tak bagus. Musykil tahu, jadi aku pun pergilah menonton cerita ini dan serius aku rasa cerita ini lagi bagus dari Ngangkung. Serius kurius.

postscript : Pegi tengok nun, don't see what others tell you to see but see it on your own. (Ceh, apa falsampah yang memeningkan ini). -___-" Last but not least "Don't judge the movie by dR Rozmey's wig". Sekian :P


9 Disember ni Hantu Kak Limah Balik Kampung, anda dah booking tiket?

Sunday, November 28, 2010

Selamat Hari Guru Encik Pitka.



Senarai buku yang dihasilkan oleh Guru Pitka.

Sebenarnya entri ini tiada kaitan dengan Guru Pitka. Haha..


Hai, meng'update' blog bukanlah cita-citaku, namun aku masih meng'update'nya seolah-olah ia tersenarai dalam ruangan cita-cita di dalam borang pelepasan sekolah rendah dulu. Kini umurku dah mencecah lapan juta tahun, maka sudah sampai masanya aku mengejar cita-citaku yakni menjadi seorang bapak yang baik hati dan sering membuli anak-anaknya. Dulu masa kanak-kanak dulu, cikgu beri borang suruh isi. Kat ruangan cita-cita tu aku tak tahu nak isi apa jadi aku tengoklah member sebelah, dia tulis jurutera. Aku pun tulis juruteralah jugak (ceh, cita-cita pun nak meniru -___-") padahal hakikatnya aku sendiri pun tak tahu jurutera tu apa. haha..

Kemudian setelah selesai mengisi borang, cikgu pula mempersoalkan aku, "Awak nak jadi jurutera apa Kamaruzaman Kz Abdul Halim?". Mestilah aku kaget kerana aku sendiri pun tak tahu jurutera tu apa. Aku pun menoleh ke kanan dan ke kiri sambil menyanyi lagu senario...

Toleh kanan toleh kiri
Toleh depan tapi bukan belakang
Pukul lima jemput dia
Alih alih mak bapaknya yang ada

Tiba-tiba idea datang untuk meng'auta' cikgu tersebut, lantas aku terus jawab "Saya nak jadi pereka cipta cikgu!". Cikgu pun memberi reaksi terkejut dan tidak berpuas hati lalu menambah soalan sesuka hati "Tapi awak tulis kat sini awak nak jadi jurutera Kamaruzaman Kz Abdul Halim, bukannya pereka cipta". Aku terdiam kerana tidak tahu untuk menjawab apa... Ternyata aku ini bukan seorang yang suka menjawab dan pendiam orangnya. Baik betul Kamaruzaman Kz Abdul Halim ini. :-P

Tapi kini bila dewasa, ku mula memahami alam pekerjaan dan porno dan aku dapati bahawa pereka cipta itu juga sebenarnya tergolong dalam golongan jurutera. Kini baru aku sedar, rupa-rupanya aku juga telah di'auta' oleh cikgu tersebut. Berani betul beliau memperkotak-katikkan aku. Ciss..

post script : jangan meng'auta' orang yang lebih tua kerana mereka lebih pandai meng'auta'. Berapa banyak auta daa...


Friday, November 19, 2010

Tak jadi nak serius.

Kau pernah tak berada dalam situasi stress sampai nak marah tapi sebab sesuatu peristiwa mencuit bahu, puting, pusat dan hati, kau akhirnya tak jadi nak marah dan akhirnya kau gelak berdekah-dekah? (macam panjang sangat soalan ni) Tak paham soalan? Ok, macam ni...
Kau pernah tak berada dalam situasi stress sampai nak marah tapi sebab sesuatu peristiwa mencuit dahi, hidung, kaki dan hati, kau akhirnya tak jadi nak marah dan akhirnya kau gelak berdekah-dekah? (tah pape mengulangi soalan yang tak paham ini, organ badan je lain). -___-"

Ok ok macam ni, kau bayangkan semasa kau sedang asyik memandu sambil menyanyi lagu Asyik-Amelina remix, secara tiba-tiba sebuah kereta merah memandu laju dan kemudian memintas kau secara kurang hajar lantas kau terus men'cabeb' (carut+bebel) tanda menunjukkan protes dengan tindakan pemandu yang kurang hajar tersebut.

"Cilaka punya orang bawak macam sial, dah la muka banyak jeragat pastu korek hidung guna jari telunjuk pulak tu!! Kalau aku dapat kau, aku kentut kuat-kuat depan muka kau sampai puas. Grr..."

Kemudian, tiba-tiba punggung kau terkentut. Kentut tu baunya busuk amat pulak tu, bau macam petai. Pastu kau tergelak sipu-sipu sebab tak dapat menahan bau kentut tersebut. Cepat-cepat bukak tingkap untuk mengambil udara segar. Haa.. pernah alami tak?

Ok, tak lawak tapi apa yang aku nak cakap ni lebih kurang macam video ni la. Nak serius tapi akhirnya tergelak jugak...



postscript : aku selalu tergelak masa tengah serius. T_T

Sunday, October 31, 2010

Tiada tajuk.

Asal nak menaip je takde idea, asal takde idea je nak menaip. Babi sungguh!



Ini bukan babi.
Haha..comel sungguh. :D
Posting ini tiada motif. Sekian.

post script: Sebenarnya tiada idea nak posting apa. Heheh.. :P

Thursday, October 21, 2010

Sedap.

Ok stop, tekan button 'pause' dulu kat 'music dumper' tu sebab aku nak share lagi lagu best yang boleh bikin peti ais rumah korang panas lalu termasaklah telur-telur, sayur-mayur dan ikan-ikan yang ada di dalamnya. Pastu korang boleh makan terus (tipu je, sila mengacah mak enon sekarang). :P

ACAH MAK ENON!

Heheh.. Okla, kembali ke topik asal, lagu yang aku nak share ni mesti ramai yang pernah dengar especially peminat Butter. Bukan peanut butter mahupun butter yang korang guna sapu kat roti pastu taruk gula sikit tu(sedap), tapi Butterfingers. Yess.. lagu ni memang 'epic' gila, walaupun liriknya appreciate legend-legend kat Malaysia ni, tapi lagu ni sendiri dah cukup legend untuk di'appreciate'. Mari dengarkan~

Epitome - Butterfingers.



postscript : pegi cari sendiri kat mana nak download lagu ni. :P

Wednesday, October 20, 2010

You must be wondering.

Hye, rindu aku tak? Tak payah nak rindu rindu, aku santau kang. :P (gila arrogant dan bajet bagus) Bajet Belanjawan 2011 betul. Tiba-tiba.

Pasti ramai yang tertanya-tanya lagu apa yang mendayu-dayu kat blog aku ni. Aku tau lagu ni sedap, sebab tu korang tertanya-tanya tu. Nak cari pastu download la tu. (Hah, sumpah perasan amat). :-/

Sebenarnya aku nak share lagu ni sebab dia punya lirik tu mendalam sedalam perigi belakang rumah kat kampung aku tu, siap ada ikan keli berenang-renang lagi. Haa..dalam kan? Ada bait lagu dia yang berbunyi "there's a peace inside us all, let it be your friend. It will help you carry on, in the end." Memang bermakna la bait-bait ni bagi aku, tak patah semangat den mendongarnyo. Kalau korang tengah down buleh la melayan lagu ni. Kompem korang akan teringat aku nye. Haha..

By the way, the song is call "Inside us all" performed by Creed. You can download it here and voila! enjoy the song. I believe at some point it might cheer your day. Peace :-) (bajet baik pulak, citt!)

postscript : taktik mempengaruh subliminal mind pihak lawan ke ni? nak suruh ingat-ingat pulak. :P