Monday, September 5, 2011

edisi raya.

masa memang pantas meninggalkan kita. rasa macam baru semalam update post lepas. (alasan kan?) Entry kali ni aku nak kasi panjang-panjang kasi korang membaca lebih sikit. orang kata orang yang banyak membaca ni luas pengetahuannya. haa.. agak-agak minda korang sempit, moh le luaskan minda dengan membaca entry istimewa raya ni. (kan.. terasa luaskan minda lepas baca intro yang paling panjang dalam dunia ni?)

untuk entry istimewa raya kali ini aku akan kupaskan bawang dan tumiskan bersama sambal untuk buat nasi goreng. emm.. sedap! tetiba lapar semasa menaip walaupun sedar yang aku sebenarnya dah lari tajuk. aku nak pegi makan la camni, tak jadi la nak karang panjang-panjang. bukannya tipikal malaysian nak baca pun. dorang nak tengok gambar je. ape celup baca entry 700 patah perkataanS? :P

selamat hari raya. maap maap maap... *hayun penyapu.

p/s : gambaq raya? memang tak la.. hehe

Thursday, August 25, 2011

masa terlalu pantas meninggalkan kita.

hoh.. orang lama sudah kembali. fui.. lama kan gua tak update blog ni.
orang lain tak update blog sampai bersawang je, gua lama tak update sampai tumbuh misai dan janggut siap. sebab tu gua orang lama, lama tak update. kau ada?!
mula-mula tak nak update blog sebab malas nak cungkil idea,
lama-lama tak update sebab busy terlebih kalah PM kita yang sempat update twitter tu. :P

haa.. citer pasal busy terlebih ni teringat pulak masa kerja, (ye, aku sudah kerja sekarang. kecoh kan?)
aku punyalah busy kerja sampai... sampai aku tak sempat la..
ahh.. aku masih sempat!
dikesempatan ini saya ingin menyusun doploh jari-jemari tangan dan kaki (motif menyusun jari tak tahu)
ingin mengucapkan selamat berpuasa pada kesemua umat islam.
yang bawak motor sambil hisap rokok tu, bawak-bawaklah cover line. :P


p/s : ada ampat hari lagi, kira sempat la kan? hehe..

Tuesday, May 31, 2011

Hitam itu Perilly's.

Sepakokutakokusuttatuyakyee..

Mesti korang tak tau ape yang korang sebut tadi kan? well, aku pun main taip je. Selamat membaca. hehe..

Korang pernah tak menconteng arang di muka korang? haa.. mesti tak pernah kan sebab takut muka tak kiut lepas tu semua orang dah tak like status facebook korang hingga terasa diri seolah-olah dipulaukan kan? Pastu mula la tak boleh nak tulis status "kenapa orang suka stalk gua haa?" Bajet diri itu terlalu femes sehingga baru stalk sikit dah nak kecoh. :P
Tapi dengan adanya teknologi baru, kini korang boleh menconteng arang di muka sendiri sambil menggalakkan pengguna facebook untuk like profile picture korang banyak-banyak.

Memperkenalkan.....



*gambar dicuri di i-offer.com

haa.. nampak? korang dah boleh menconteng arang di muka sendiri sambil terasa hensem macam Aaron Aziz walaupun tak. hehe..

Itu baru menconteng arang di muka, ada lagi baru. Lagi cool dari ini..

Tak cukup dengan menconteng arang di muka, memperkenalkan menconteng arang di gigi pula. Tadaa...



Gempak tak boleh conteng arang kat gigi pulak? Memang hitamlah gigi camtu. haha. *Menyempitkan minda sendiri.

Kesimpulannya, dengan penggunaan arang sekarang kita mampu untuk tampak lebih hensem dan terampil walaupun arang itu hitam dan tidak menarik paras rupanya. (ceh, nak guna jugak perkataan terampil walaupun tiada kaitan) Moral of the story is, benda yang buruk tak selalunya buruk. Sekian pesanan khidmat masyarakat dari saya, Muhammad Ammar Daniel Shah bukan nama sebenar (ceh, nama nak hensem je).


Watakungsiwatikungkalibaikalakalajengking...

Sekali lagi, aku pun tak tau ape yang aku taip ni. hehe..




Monday, May 30, 2011

Internasionale.

"mere nam he kuchi kuk dey, sulu safles".

Nampak tak, gua macam pandai cakap bahasa hindustan.

dah, tu je. Pendek gila entry ni. Haha..

Fenomena masa kini.



Kuci kulu kule kake de wili?

Aaa emmmm...



Friday, May 27, 2011

Kreatif.

Kreatif didefinisikan sebagai sesuatu yang baru, unik dan tidak dijangka kewujudannya.

Contohnya Justin Bieber, dia adalah sesuatu yang baru dalam industri musik, unik dengan gaya rambutnya dan tidak dapat dijangka yang dia sebenarnya adalah lelaki. Kreatif ialah Justin Bieber.

*kentut berdarah.

Sunday, January 23, 2011

Lopo Lagi.

Kenapa perlu ke air terjun Lopo? Hah, inilah sebabnya kenapa korang perlu mandi sana. Tak payah pergi Sunway Lagoon kena bayar sampai 70hengget, air terjun Lopo ni pun dah cukup heaven dah. Terbaek wa cakap sama lu dan kawan lu.





postscript : video takde bunyi kasi korang kecewa lebih, :P

Thursday, December 2, 2010

Amfibia.

Aku ini seorang yang curious sehinggakan cerita The Curious Case Of Benjamin Button pun aku tengok kerana ada perkataan 'curious' sahaja. Untuk menambahkan elemen curious dalam diri aku, aku pergi tonton cerita kutukan ramai yakni 2 Alam. Waddehel weh! jangan kritik je tahu, tengok dululah baru tahu. Bak kata Kiah Tempe "don't judge the movie by Dr Rozmey's wig". Cerita itu sebenarnya boleh tahan...

Nak dijadikan cerita, sehari sebelum menonton 2 Alam aku pergi menonton cerita pujian ramai iaitu Ngangkung. Ohh, sumpah cerita tersebut mendukacitakan lara aku kerana jalan ceritanya yang bosan dan membuatkan salur kentut ku menangis teresak esak dek tak jadi kentut. Biasanya kalau cerita best aku kentut kentut. Proot proot!! *punggung berair

Apa yang membuatkan aku curious dan mahu tengok cerita ini adalah kerana trailer ini yang di ambil dari youtube,



Ok, part muka si Rozmey tu memang tidak mengujakan tapi yang menariknya ialah mesej yang cuba disampaikan dalam cerita ini yakni 'senantiasalah ingat mati', lagipun barisan pelakon memang tak nak kalah tapi macam mana orang lain boleh kata cerita ini tak bagus. Musykil tahu, jadi aku pun pergilah menonton cerita ini dan serius aku rasa cerita ini lagi bagus dari Ngangkung. Serius kurius.

postscript : Pegi tengok nun, don't see what others tell you to see but see it on your own. (Ceh, apa falsampah yang memeningkan ini). -___-" Last but not least "Don't judge the movie by dR Rozmey's wig". Sekian :P


9 Disember ni Hantu Kak Limah Balik Kampung, anda dah booking tiket?