Monday, April 12, 2010

Tuah ayam nampak di kaki?

Uuulalaa..jarang gila update blog ini semenjak dua menjak ini. *tiup habuk sedikit.
Itulah hasil bertungkus lumus mengejar masa untuk menyiapkan report FYP dan assignment yang tiba-tiba wujud (padahal tak ambil kisah tentang kehadiran assignment dek sibuk menyiapkan tugasan FYP) -___-" . Last-last blog yang istimewa ini pula ditinggalkan begitu sahaja. Mesti anda rendu gila nak baca hasil nukilan saye kan? (ceewahh..'nukilan'! macam haram) haha *gelak perasan comel.

Apa yang hendak dikongsi kali ini ialah ini...



Nampak tak betapa tuah memainkan peranan penting juga dalam hidup manusia. Nampak tak? Walau macam mana kita berusaha pun, tuah juga memainkan peranan dalam menentukan nasib kita nanti. Tahukah anda tuah itu datang daripada siapa? Go seek!
(Semestinya datang daripada Yang Maha Esa).

p/s :- rasa bertuah pula lepas daripada azab represent FYP. Diucapkan takziah pada mereka yang perlu present semula FYP mereka.

Wednesday, April 7, 2010

Tic TAG Toe.

Kena tag lagi (T_T) *tangisan berganda

Memandangkan saya ini orang yang bertanggung-jawab (tanggung lalu menjawab) maka saya pun menjawab soalan tag ini...

'Love' for you is?
Cornetto! Takpun kerepek sihat (itu kerepek cap Lurve kan?). Sah saya cuma pikir tentang makanan sahaja. -___- "Acah mak enon... Love to me is a gift from God for people to live a harmony life and to understand God's nature. (ayat novel mana kau ciplak ini Kz!!)

List 10 person you want to do this tag,
Banyaknya nak kena tag, letih tahu memikirkan nama-nama ini...
  • Jenggo (Bab-bab gini dia memang ultra)
  • Zarith Arfia Zinedine (ZAZ!!)
  • Syifa Lolihati (Sila reserve tiket wayang untuk saya :D)
  • Alia Momentum (Amik soalan yang lagi susah dari VB ini. haha)
  • Stesen Adibah
  • Menteri Wanlat
  • Iqah Si Misteri Bulan
  • Nazirah Blubbubblub blub blub blub (tenggelam..bila nak update!) haha..
  • Johann Robertson *cipta
  • Vladimir Stefanovic *cipta lagi :D

p/s:- rasa macam mahu makan ais krim cornetto sahaja.
Kawan-kawan yang copy paste soalan ini, sila tekan button berbentuk pemadam putih yang terletak di sebelah button Add Video itu agar kotak-kotak biru di belakang tulisan tidak kelihatan.

Saturday, April 3, 2010

Tahu tak saya di'tag' lagi.

Memandangkan saye dah ketandusan idea untuk menghiburkan anda, maka saya tanpa berlengah lagi menjawab soalan tag yang membosankan ini. Lihatlah dunia!! *muka cari gaduh

1. Who is yourself at home?
  • Seekor badak comel yang sering menguap dengan penuh gaya. :-O

2. Who is yourself besides a friend?
  • The most handsome enemy ever. (wah wah wah sawah..ke-poyo-an tahap kosmik!)

3. 5 things that you aspire but have not achieved yet.
  • Acer Aspire
  • Aspirasi
  • Aspa
  • Sebuah negeri
  • Sebiji kapal selam untuk ke Kuala Lumpur.

4. who is your spouse's name?
  • Brad Pitt dan Catherine Zeta Jones. (menipu terang-terangan adalah lebih baik) :P

5. 5 things you like most about your partner.
  • Sebuah kotak imaginasi.
  • Berkelajuan 300km sejam.
  • Mampu milik.
  • Macam-macam ada.
  • Misteri
p/s:-Siapa sebenarnya teman saya ini?

6. The date when you couple?
  • 63 February 2090 *tidak wujud tarikh ini. -__-"

7. The bitter memories with your partner.
  • Makan garam bersama-sama?

8. The theme song of your love.
  • Lagu negaraku tak pon itik gembo-gembo?

9. What changes you want to see from your partner?
  • HENSHIN!! berubah menjadi Kamen Rider.

10. Tag 10 of your other friends.
  • Azman simpang tiga.
  • Dollah anak Mail Todi.
  • Salman Khan. *saya berkawan dengan Salman Khan..waahhhh!!
  • Rokiah "kak Rok" Selamat.
  • Zarith Arfia Zinedine (ZAZ!!).
  • Iqah misteri si bulan.
  • Rani Mukagergaji.
  • Juhi Cakerawala.
  • Syifa' Lolihati.
  • Alia Momentum.
p/s:- penat memikirkan nama-nama ini. -__-"

Saturday, March 27, 2010

Hadi, pagi ini merdeka....*intro lagu gelimat
Hari ini ialah hari untuk pelajar-pelajar UniKL IPROM untuk mempersembahkan hasil 6 bulan mereka...

Perasaan gementar akan presentation Final Year Project (FYP) adalah seolah-olah perasaan gementar yang akan membuatkan anda terkencing di dalam seluar dengan secara tidak sengaja. Perasaan ini juga akan menyebabkan student-student UniKL yang akan present hari ini mula post status-status yang membabitkan FYP di muka-buku mereka contohnya "aku cuak bro present hari ini, sila doakan kejayaan aku" (-__-" apakah?? bukan kena pukul dengan kayu besbol secara sadis pon) atau "Panel panel sekalian, sila luluskan aku. Kalau tak aku letak singgam yang telah dikunyah kat seat kereta kau!!" (mentang-mentang terer main mafia wars, berlagak gangster pula. Huhuhu...).

Intro entah hape hape. Apa yang hendak saye sampaikan di sini ialah...

"Selamat present hari ini pelajar-pelajar tahun akhir UniKL IPROM. Good Luck!! Semoga tidak terkentut semasa present. :P ".

p/s:- ini memang tidak logika, mengapa saya masih sempat berblogging di masa genting ini?? -__-"

Saturday, March 20, 2010

ingat tukang tilik betul sangat ke?

Peristiwa :

Ada seorang mamat ini minat pada minah ini. Pada suatu hari, mamat ini terlihat minah ini berjalan dengan seorang mamat yang lain. Maka mamat ini pun jeles apabila melihat keadaan itu lalu tanpa sebarang penangguhan masa, mamat ini pun terus menganggap bahawa mamat itu adalah kekasih minah tersebut sedangkan hakikat yang sebenar ialah mamat itu adalah adik kepada minah tersebut.

Nampak tak? Nampak tak betapa lame nya cerita ini (sila pilih cerita yang lebih bagus Kz).

Apa yang hendak saya sampaikan ialah betapa negatifnya dan merugikannya jika anda cepat beranggapan terhadap sesuatu perkara. Ia menunjukkan kegelojohan anda dalam melakukan sesuatu perkara. Cepat sangat membuat keputusan tanpa soal selidik. Sebelum anda decide untuk melakukan sesuatu, silalah merancang dan analisa tindakan anda itu sebelum anda melaksanakannya. Janganlah jadi seperti mereka-mereka ini ya...


Sunday, March 14, 2010

Wajah baru seh.

Wah..memang waddefark la kan (ooppss..terbuat anda mencarut pula :P ). Tiba-tiba berwajah baru pula blog ini. Okay, blog ini officially under-renovation-process lagi (sebenarnya tidak tahu nak edit macam mana -____-" ). Kalau anda semua rasa lama gila nak loading page blog saya lalu menyalahkan servis internet anda akibat kelembapan tersebut, maka saya syorkan anda klik pada tab posts RSS di atas. Memang cepat gila super duper lah kelajuan loading dia nanti. Lagi satu, jangan lupa beritahu saya pendapat anda tentang perubahan yang dilakukan. Sekian terima kasih. :)

p/s:- okay, sekarang aku ada masalah nak log out. Kat mana pula button log out duduk ni??

Saturday, March 13, 2010

Its been a long time...

Saya disuruh untuk buat tag ini, maka inilah hasilnya...

1. Adakah anda rasa anda HOT?
  • lagi mahu tanya soalan cepu silver ini..mestilah saye sangat cool. gegegeg.... *efek terlalu cool seperti baru keluar peti ais
2. Upload wallpaper pc/laptop yang anda guna sekarang
  • takyah..lame giler dod.

3. Cerita pasal gambar
  • pada suatu hari, Samad ke kedai membeli ubat batuk untuk ibunya yang sakit...

4. Bila kali terakhir makan pizza?
  • sengaja tanya soalan yang buat aku lapar. dah, aku nak makan pizza sekarang juga..
5. Lagu terakhir anda dengar
  • lagu tema kebosanan..(sebenarnya tak ingat lagu apa)
6. Apa anda buat selain menyelesaikan tag ni
  • kau tak nak tahu. :(
  • baiklah-baiklah...tengah korek hidung. :-0
  • acah mak enon..

7. Selain nama sendiri,anda dipanggil nama apa?
  • Brad Pitt, John Travolta, Power Rangers merah, yang ni paling best, David Beckham. Ok, aku tipu sahaja..mereka panggil aku Kz.
Tag lagi 8 orang (8orang sedikit sangat dod)
  • Perdana Menteri Uganda
  • Menteri Penerangan Nigeria
  • Artis terkenal Mongolia
  • Peguam Mahkamah Tinggi Jamaica
  • Petani Thailand
  • Reporter Majalah Kids
  • Mak Cik Cleaner yang shift pukul 11 tu..
  • Penerbit rancangan Barney and Friends.

9. Siapakah no 1 bagi anda
  • Sumpah saye tak kenal dia.

10. Katakan sesuatu pada no 5
  • Saya nak beras siam grade A dengan harga murah..

11. No 3 ada hubungan dengan siapa
  • Dia ada skandal kah?

12. Bagaimana pula dengan no 4
  • Cepat-cepat la cari bini Leman oi..

13. Pesanan kepada orang no 6
  • Column kau tak best langsung..sila tukar kerja sekarang,. (acah je..hehe)

14. kata² cinta untuk orang no 2
  • you~ *suara romantic habis. :P

15. Adakah no 7 dan no 8 ada persamaan?
  • saya tidak pasti apa kaitan mak cik cleaner dan penerbit rancangan barney.. ~___~

16. Berikan 5 yang anda tau tentang orang yg mengtag anda
  • Nama dia Shukriah
  • Masa kanak-kanak dahulu pakai baju purple
  • Dia ada blog.
  • Pernah memandu Mitsubishi Lancer X
  • Pernah pergi air terjun Chilling
p/s :- Masih sengal seperti sedia kala...