Korang pernah dengar kisah batu belah batu bertangkup? Alaa.. citer yang si Ibu kena makan dek batu tu la. Pernah dengar? Tak pernah, meh sini aku nak cerita.
Kisahnya bermula pada suatu hari si balu seorang ibu kepada dua orang anak, kakak yang sulungnya dan bongsunya ialah adik baru pulang ke rumah membawa ikan tembakul yang bertelur untuk santapan mereka anak beranak. Nak dijadikan cerita, setelah selesai memasak si ibu keluar rumah sambil memesan si kakak untuk memberi si adik makan dan tinggalkan sedikit telur tembakul itu untuk ibunya. Setelah habis bahagian si adik, si adik terus menangis merayu meminta-minta untuk makan telur ikan itu. Si kakak yang menjadi bimbang akan keadaan adik memberikan telur itu kepada adik sehingga habis kesemuanya. Apabila pulangnya si ibu, si ibu terkilan tak dapat merasa telur ikan itu lalu berlarilah beliau ke batu belah batu bertangkup lalu menyeru
“batu belah batu bertangkup, telanlah aku, ambillah aku… aku keempunan telur ikan tembakul.” dan akhirnya si ibu pun ditelan batu itu.
Amik kau, menangis ibu kena makan ngan batu. Tu makan dia..
-__-" Susahnya nak buat summary cerita ni. Jadi apa yang aku nak bincangkan ialah ini, aku percaya bahawa orang zaman dulu suka meninggalkan pesan mereka dalam bentuk simbol. Simbol itu datang dalam pelbagai bentuk seperti lagu, mitos, karangan, objek, logo dan lain-lain. Jelas sekali kita tahu bahawa cerita ini adalah karangan orang zaman dulu semata-mata kerana jalan ceritanya yang sangat tak masuk dek logik akal. Ada ke batu boleh makan orang? tak logik di situ... Jadi dengan itu, ia menguatkan lagi keyakinan aku bahawa kisah ini tujuannya hanyalah ingin memesan kita semata-mata dengan menggunakan pelbagai simbol di dalam kisahnya.
Aku berpendapat bahawa, kisah ini menjelaskan bahawa sebuah negara itu mempunyai rakyat yang tamak dan gelojoh di mana ia disimbolkan sebagai seorang adik yang dah dapat bahagian sendiri lalu masih merasa tidak cukup lalu meminta-minta lagi sama seperti manusia yang tidak pernah merasakan kepuasan lalu meminta-minta lagi. Korang mesti pernah dengar pesan ni : makan bila lapar, berhenti sebelum kenyang. Itu juga adalah suatu simbol pesanan supaya kita buat sesuatu bila kita perlu dan berhentilah dari melakukan sesuatu itu sebelum sesuatu itu melampaui batasnya. Contohnya pembangunan, sebuah negara memerlukan pembagunan tetapi jika pembangunan sebuah negara itu melampaui batas pasti akan terima kesan buruknya seperti tanah runtuh, pemanasan global dan sebagainya. Jadi haruslah kita berhenti sebelum sampai batasnya. Kalau tak perut kita pasti akan memboyot. lol.
This is not good bro..
This is totally wrong.. Kalau korang jahat dan tamak, maka inilah hasilnya. Spiderman hitam yang.... (isi sendirik)
Banyak lagi pesanan-pesanan orang zaman dulu dalam kisah batu belah batu bertangkup ni. Nak ungkapkan semuanya kat sini dah boleh buat thesis dah aku. lol. Jadi aku membiarkan korang pulak berfikir sejenak apakah pesanan-pesanan yang ditinggalkan mereka. Sesungguhnya pesan itu takkan ditinggalkan dengan sengaja, pasti ada sesuatu mustahak yang ingin mereka sampaikan kepada anak muda. Renung-renungkanlah~ Ecehmakk.. kemain.